Resepi Homemade Saya Paling Sedap
Sunday, October 12, 2014Sebenarnya semua yang saya masak semua sedap. Bahahahah. Kan saya kata hidup kena yakin.
Jadi saya yakin yang saya masak semua paling sedap. Jadi hari nie nak kongsi resepi paling sedap dan paling mudah. Tutup mata pun boleh siap. Dan saya yakin resepi ni semua golongan boleh makan. Atok, nenek, suami, baby..semualah, kalau ada kucing. Mungkin dia pun suka.
Oh entry ini bagi menyahut CABARAN BLOG 44 HARI. Tu je nak bagitahu.
Apakah resepinya?
Iaitu Nasi Goreng Telur Tersedap. Hambik kau nama dia. Eh eh, jangan pandang sebelah mata. Walaupun nasi goreng telur. Bisa buat tambah 10 kali.
Bahannya:
2 pinggan nasi tak habis semalam
2 biji telur
5 ulas bawang putih
Mixed Vege jenama Simplot tak pun Weeties, brand lain keras tak sedap
Minyak
Garam
Sos tiram
Caranya:
Panaskan minyak
Ketuk bawang putih, kalau suka cincang sikit, masukkan dalam kuali
Buat sampai agak kuning, tapi jangan hangus, kang pahit
Pecahkan telur dalam kuali. Kacau ceoat-cepat. Jangan lupa basuh dulu telur.
Agak masak, masukkan nasi.
Masukkan mixed vege.
Godak.
Akhir sekali masukkan garam dan sostiram
Siap..kalau suka garing boleh goreng lama sikit
Anaklah request pagi tadi nak makan nasi. Lauk semalam habis. Jadi gorenglah nasi goreng telur ni. Bapak budak-budak pun suka. Tapi dia takde, kerja di Paka.
Khamis depan baru balik. Eh eh, apa pasal masuk cerita laki i nie..rindu gamaknya.
Resepi ni sesuai untuk bawa bekal anak. Bekal sendiri pun boleh. Maklumlah, minyak dah naik. Jadi ikut saranan kerajaan, ayuh berjimat. Kadang terfikir tang mana lagi lah deme nie nak suruh rakyat berjimat. Pelik haku.
Ok dah, sebelum makin banyak yang saya rapukan. Kita sudahi entry ini dengan Tasbeeh Kifarah dan Surah Al Asri.
0 comments