Cara Asah Pisau Mudah & Berkesan!
Thursday, October 16, 2014Selalu macam mana anda asah pisau? Dulu saya rasa macam susah sangat nak asah pisau. Adalah guna pengasah yang boleh golek-golek. Gula batu lesung. Tapi rasa macam makin tumpul.
Tu yang nafsu nak beli pisau je setiap bulan. Maklumlah rajin masak. Pisau senang haus. Bahahahaha.
Sampailah saya jumpa cara asah pisau paling mudah tapi kesan. Mula-mula tu skeptikal lah sikit. Elleh ye ke boleh tahan? Macam tipu je..
Tapi say cuba juga. Caranya:
1-Sediakan pisau tumpul dan mug seramik.
2-Tonggengkan mug, sebab nak guna bahagian bawah mug.
3-Geselkan kedua bahagian pisau, dari bawah ke atas. Atau atas ke bawah. Ikut suka andalah.
Lepas tu, test potong bawang ke tomato ke. Pasti korang terperanjat.
Bak boleh refer gambar untuk lebih paham. Tak paham boleh Whatsapp. Hahahaha.
0 comments