Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup Makan Sebiji Pasti Tak Puas

Saturday, February 07, 2015

Bila terasa puas dengan nasi, sesekali ubah selera. Kali ni buat resepi cucur ikan bilis rangup. Ini resepi turun temurun, dari arwah mak tok. Mungkin sama je dengan resepi cucur bilis lain. Tapi ada sesuatu yang unik, buat cucur lembut sampai ke petang.


Ada yang guna telur nak bagi lembut. Tapi yang ni tak guna telur pun. Tapi lembut sungguh isi dalam cucur bilis ni. Kat luar elok je rangup. Makan sebiji memang tak puas. Kena berbiji-biji barulah puas.

resepi cucur ikan bilis, resepi cucur bilis, cucur ikan bilis, resepi cekodok ikan bilis,


Dari beli cucur bilis ready made. Baiklah buat sendiri. Tak susah mana pun.

Bahan-bahan pun senang je nak dapat. Rasanya mesti ada kat kabinet dapur masing-masing.

Bahan-bahan Resepi Cucur Ikan Bilis Rangup Tapi Lembut:

8 sudu besar tepung gandum
1 mug air suam
Sebiji kentang (potong dadu)
Ikan bilis (ikutlah selera masing-masing)
Secubit garam

Tips: Boleh juga gantikan bilis dengan udang kering, atau udang basah pun boleh. Dan kalau suka bawang, potonglah dadu dan masukkan sekali.

Cara-cara:

1-Masukkan tepung dan garam dalam satu bekas.
2-Tuang air sikit-sikit dan gaul sampai rata.
3-Kalau suka boleh tumbuk sikit bilis sebelum masukkan ke dalam tepung.
4-Masukkan kentang dan bilis dan gaul rata.
5-Panaskan minyak dan gorenglah.

Tips: Tak payah gaul sampai sebati sebab nanti tepung jadi tepu dan cucur jadi sejat. Pastikan minyak betul-betul panas untuk elak cucur bilis serap minyak dengan banyak. 
Bagi mendapatkan resepi cucur ikan bilis yang comel, gunakan jari untuk masukkan adunan ke dalam kuali panas.

Resepi cucur bilis ni sesuai untuk sekali hadap. Beriya suami dan anak-anak makan.

Kalau ada anak lebih dari 3 orang dan suka sangat dengan cucur bolehlah gandakan adunan. Sebabnya kita orang 5 beranak tak sampai 1/2 jam habis dah.

Lagi best kalau ada lebih kuah gulai ke. Cicah dengan resepi cucur bilis ni. Aduh sedapnya...

Tapi semalam takde kuah gulai. Cicah dengan sos cili dan mayonis. Pergh, sedap kut.

Rasa macam hari-hari nak buat cucur. Tapi teringatkan kolestrolnya, seminggu sekali je lah.

Tak pun boleh pakai perisai kolestrol Phytocol sebelum makan. Tak sempat kolestrol melekat jadi lemak tepu dalam badan, dah kena tendang keluar.

Kalau korang jenis yang suka makan makanan yang berlemak dan kolestrol tinggi. Tapi takut jadi gemuk. Memang sesuailah sangat Phytocol ni. 

Harus di bawa merata. Sebelum makan, telan je 2 biji. Lepas tu boleh makan tanpa was-was.

Nak buat resepi cucur bilis tiap hari pun boleh. Oh nanti kalau dah cuba resepi ni, mehlah datang komen kat blog. Nak tahu juga apa kata korang.

Bye-bye!

You Might Also Like

24 comments

  1. menarik..simple je..tp klu letak tauge mst sedap lg kn..

    ReplyDelete
  2. Wahhh akakkkk bagus nyaaa
    Mak and ayah saya sukaaa πŸ’—πŸ’— trimasss

    ReplyDelete
  3. kul 5.30 baca resepi ni...kul 6 try buat,,,6.15 dah habis diimkn....tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan dah kata. puas hati bila tengok semua licin :D

      Delete
  4. salam..kentang tu nak lecek lg atau potong dadu je? πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kentang potong dadu saje...nanti bila goreng dia akan masak sekali

      Delete
  5. kentang tu kene rebus dulu ye sis?

    ReplyDelete
  6. tak payah rebus, dadukan saja...jangan risau nanti dia masak sekali

    ReplyDelete
  7. sungguh sedap saya buat...tq sis krn bg resepi yg ringkas n sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, makin ramai dapat makan jemput sedap.

      Delete
  8. Resepi yg sgt sedap...terima kasih.

    ReplyDelete
  9. kentang tu satu kelainan.pastu rasanya lain dr biasa..x sabar nk try

    ReplyDelete
  10. Nak buat cekodok jap lagi.
    Phytocol dah habis. Telan Omega guard je pun boleh kan..

    ReplyDelete
  11. Sy buat letak bawang dan ikan bilis pon sedap. Apa2 pon tq sisπŸ˜‰.. basic itu penting..

    ReplyDelete
  12. Ikan bilis tuh kena bsuh dulu kan?

    ReplyDelete
  13. Ikan bilis tuh kena bsuh dulu kan?

    ReplyDelete
  14. Kalau takde kentang, boleh ganti dengan apa ye?

    ReplyDelete
  15. Saya pn selalu buat mcm ni mak saya yg ajar hihi memang sedap...

    ReplyDelete
  16. Klu letak telur lain ker rasanye sis

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube