Siapa Saya?
Dari Ibu Bekerja Menjadi WAHM
Ibu yang telah membuat keputusan nekad untuk bekerja dari rumah dan bergelar Working At Home Mom (WAHM). Keinginan untuk menjaga anak sendiri mengatasi gaji lumayan yang saya dapat setiap bulan.
Jadi saya perlu bertindak untuk mencari jalan bagaimana mahu bergaji walaupun duduk di rumah.
Bermula tahun 2009 menemukan saya dengan Shaklee. Hanya bermula semata-mata untuk mencari 'sesuatu' untuk menambah susu dan atasi masalah saya yang keletihan kronik.
Bayangkan pukul 9.00 malam saya dah tertidur dan hanya berjaga 6.00 pagi esok. Saya rasa 'life' hilang. Masa bersama suami pun tiada.
Alhamdulillah Set Penyusuan Basic yang saya ambil membantu selesaikan kedua-dua masalah saya. Stok susu dari cukup-cukup makan berubah sampai saya boleh buat stok beku EBM. Badan pula lebih rasa bertenaga dan tak sepenat dulu. Jadi adalah masa berduaan bersama suami. Life getting better.
Dek kerana rasa puas hati dan rasa seronok, maka saya kongsikan dengan kawan-kawan terdekat. Ramai juga yang berminat, lalu saya syorkan untuk terus membeli dengan Puan Lyna.
Dan bila saya kongsikan di FB, ada saja kawan yang PM nak tahu apa yang saya ambil.
Seronok berkongsi, akhirnya saya rasa berbaloi juga jika saya mulakan perniagaan Shaklee ini.
Waktu itu memang saya sudah ada blog, tapi cikai sahaja. Hanya kongsikan cerita harian. Tak tahu pula saya blog boleh jadi medium online terbaik untuk jana pendapatan.
Alhamdulilah, setelah dapat bimbingan terbaik dari Puan Lyna. Blog welovesusuibu.blogspot.com sekarang antara blog yang sentisa mendapat 1st Rank di Carian Google.
Akhirnya, bulan 8 tahun 2014. Saya nekad untuk terus berhenti kerja. Sebab impian saya mahu bergaji banyak dan menjaga anak di rumah telah dipenuhi.
Saya sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Anak-anak ada di depan mata walaupun saya sibuk uruskan perniagaan dan urusan rumah. Saya boleh masak dan suap anak-anak saya. Dan paling penting anak saya tak perlu bersusah payah naik bas sekolah untuk ke sekolah. Mungkin saya 'freaking paranoid mother' takut dengan cerita-cerita yang melibatkan keselamatan anak. Tapi saya puas hati dan syukur sangat.
Sebab dapat laksana tugas seorang ibu.
Insyaallah jika kita ada impian, dan mula mengambil langkah. Impian yang selama ini asyik difikirkan akan jadi realiti. Tiada apa yang mustahil.
Apa yang Membuatkan Saya Jatuh Cinta dengan Bisnes Shaklee?
Pernah satu ketika dulu join satu bisnes lain. Tapi saya tak mampu dan tak suka dengan kelas-kelas malam mereka. Sampaikan saya terpaksa tinggalkan anak-anak dan suami. Akhirnya saya berhenti begitu saja.
Tak perlu buat apa yang tak suka. Buat apa kita suka. Macam saya suka nak duit banyak, tapi taknaktinggalkan anak-anak.
Hanya melalui kelas-kelas online FB Group, Whatsapp dan Web Seminar segala ilmu untuk mulakan dan terus berjaya dalam perniagaan dapat dipelajari. Sangat praktikal dan sesuai bagi suri-suri rumah tangga atau ibu bekerja yang mahu mula menjana pendapatan sampingan.
Jikalaupun berjumpa secara offline ianya lebih kepada perjumpaan santai. Paling penting acara pot luck dan bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing.
======================================================
Jika anda salah seorang yang sedang mencari jalan untuk menambahkan pendapatan. Mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak, ibu ayah. Dan bantu suami luaskan pendapatan keluarga. Serta mahu mencapai segala impian yang diidamkan.
Jom sertai keluarga besar kami Empayar Jutawan. Insyaallah anda akan merasai kehebatan bersama bisnes ini. Nak tahu lanjut dan sertai kami, Whatsapp/SMS saya di 016 773 1892. Atau boleh isikan Borang Peluang Tambah Pendapatan Dari Rumah ini.
Let's The Greatness Begin NOW!