5 Sebab Shaklee Bisnes Dari Rumah Paling Popular 2014
Thursday, June 26, 2014
Shaklee semakin menjadi fenomena. Antara bisnes dari rumah yang paling popular. Dan juga yang paling dipilih oleh orang, terutama surirumah untuk mula berniaga.
Tapi mesti ada tertanya-tanya, apakah yang membuatkan orang sanggup mulakan bisnes dari rumah dengan Shaklee? Apa bagus sangat ke?
Bagus atau tidak, anda nilailah sendiri.
5 Sebab Shaklee Bisnes Dari Rumah Paling Popular 2014:
1. Menjanjikan Bonus Bulanan Yang Tinggi
Ya Shaklee bayar bonus secara bulanan. Dalam masa 30 hari, anda layak menerima RM2,500 (+-) kalau anda benar-benar buat apa yang perlu dibuat. Bukanlah anda goyang-goyang kaki atau silang panggung tiba-tiba dapat RM2,500.
Sudah semestinya perlukan usaha dan sebaiknya berada dalam kumpulan yang betul. Mentor kami Presidential Master Shareza telah lebih 5 tahun bersama Shaklee. Dan bonus bulanan yang beliau terima bukan lagi 5 atau 6 angka, tapi 7 angka. Dan tahukah anda yang K Cery dulu hanya mahukan RM5000 sahaja bonus bulanan dari Shaklee.
Be in right group, buat apa mereka yang telah berjaya buat, yakin dan konsisten. Hasilnya, anda mungkin bakal mengubah 360-degree kehidupan anda.
2. Bisnes Plan Yang Mesra Keluarga
Shaklee adalah bisnes keluarga. Kenapa saya kata begini? Sudah pastilah sebab ia adalah bisnes paling popular dari rumah. Maknya, anda tak perlu keluar rumah untuk jalankan perniagaan. Hatta bagi tujuan beli barang customer atau pos barang.
Anak-anak boleh bersama anda 24 jam. Boleh masak, boleh hantar ambil anak dari sekolah. Kalau anda pergi bercuti bersama keluarga sekalipun, bisnes anda masih tetap boleh berjalan. Customer masih akan menerima produk, walaupun anda bercuti di London.
Paling menyeronokkan, hampir semua 'event' Shaklee mesra kanak-kanak. Masih tetap bergembira, tanpa perlu sedih atau risau anak di rumah. Dan jika anda berjaya menjadi Master Coordinator (pangkat tertinggi dalam Shaklee), anda akan naik pentas bersama suami dan juga anak-anak. Bayangkan, hebat dan meriah bukan?
duit masuk, anak tetap di depan mata |
3. Modal Kecil, Sekecil RM65
Jenis bisnes dari rumah apa yang anda boleh mulakan dengan RM65? Tudung? Mungkin ya, anda boleh buat 17 helai stok tudung, anggaran RM5 sehelai. Tapi, bayangkan kalau tudung tak laku? Mungkin akhirnya, anda sendiri yang akan pakai tudung-tudung tu.
RM65 diperlukan untuk anda mendaftar menjadi ahli Shaklee yang sah. Dan anda boleh mulakan bisnes dari rumah anda. Tiada stok yang perlu dibeli.
Hanya bila ada customer buat order, dan lepas customer bayar. Barulah anda beli.
Tak perlu dulukan duit, tak payah beli stok.
4. Beli Produk Secara Online
Kan sudah saya katakan, Shaklee bisnes dari rumah pilihan surirumah. Jika ada customer nak produk. Anda hanya perlu buka Shaklee2u.com.my dan buatkan belian. Produk yang di'order' akan dibungkus oleh Shaklee. Juga terus dihantar ke rumah customer.
Jimat duit minyak kereta. Dan tak payah bersesak-sesak keluar. Tambahan lagi musim 'perompak' dan jerebu, adalah lagi baik jika anda di rumah saja.
5. Produk Yang Berkesan
Shaklee adalah satu-satunya syarikat makanan tambahan yang mempunyai pusat kajian sendiri. Setiap produk baru atau produk yang dipertingkatkan akan menjalani beberapa siri kajian sebelum mula dijual.
Produk yang telah teruji dan berkesan sahaja yang dijual. Dan pastnya setiap produk Shaklee selamat, semulajadi dan berkesan.
Jadi bagaimana? Bagus bukan bisnes Shaklee ini? Saya yakin hanya dengan 5 sebab ini saja akan bantu anda membuka mata. Dan membuatkan anda tak sabar-sabar mahu mulakan bisnes dari rumah.
Anda tidak akan berseorangan bagi mulakan bisnes. Ini kerana startegi pemasaran dan teknik untuk mendapatkan bonus 4 angka dalam masa 30 hari akan dipelajari. Saya tunjukkan langkah satu persatu. Yang penting anda bersedia, dan mahu lakukannya.
Jika anda minat mahu mulakan bisnes Shaklee dari rumah. Bolehlah hubungi saya, Suriya Majid di 016 773 1892 sekarang!
0 comments