Cara Buat Kek Coklat Moist Paling Senang Tapi Super Sedap

Tuesday, June 10, 2014

Lama tak kongsi pasal resepi di sini. Kali nie nak kongsi cara buat kek coklat moist, paling senang tapi sangat sedap. Tak payah pakai mixer. Guna tangan je. Anak saya yang umur 5 tahun pun buat. Inikan pula anda.

Berikut senarai bahan:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
  • Masukkan semua Bahan A dalam periuk, masak sekejap hingga gula larut. Tak payah tunggu menggelegak. Tutup api. Dan sejukkan. Nak cepat sejuk letak depan atau bawah kipas.

Bahan B
4 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla
  • Pecahkan telur dan pukullah hingga agak kembang dan sebati. Lepas tu masukkan esen vanilla dan pukul lagi sikit. Kemudian letak tepi.

Bahan C
1 cawan tepung (tak kisah tepung naik sendiri atau tepung gandum)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
  • Masukkan dalam pengayak (kalau tak paham alat untuk ayak tepung), ayaklah sekali, nak buat lebih pun boleh. Lepas tu letak tepi.

Akhir sekali, waktu penyatuan semua bahan-bahan.
  • Masukkan secara berselang seli bahan B dan bahan C ke dalam bahan A.
  • Guna senduk saja.
  • Hanya gaul dan kaup bagi sebatikan adunan kek.
  • Dan sudah, masukkan adunan ke dalam loyang (kalau tak nak letak, bolehlah letak mentega pada dasar dan tepi loyang, atau boleh letak kertas minyak).
  • Kemudian sediakan pengkukus atas dapur.
  • Letakkan aluminium foil di atas loyang (untuk elak kek berlubang-lubang).
  • Kukuslah di antara 30-45 minit sehingga benar-benar masak (nak tahu masak ke tak, cucukkan lidi pencungkil gigi di tengah kek dan keluarkan. jika bersih maknanya sudah masak)

cara buat kek coklat kukus, resepi kek coklat, resepi kek coklat kukus, resepi kek coklat anis, resepi kek coklat azlita masam manis, resepi kek coklat anis nabilah
hiasan tu atas permintaan si kakak, agak-agak anda kenal ke objek di atas kek nie?

Mudah sangat kan cara buat kek coklat moist nie. Berbaloi sangat buat, sebab rasa dia memamg superb.

Nak lagi best boleh ganache untuk letak atas kek.

3 sudu besar koko
1/2 tin susu pekat
3 sudu mentega
  • Satukan semua bahan dalam periuk, guna api sederhana, cairkan dan ratakan bahan-bahan. Tutup api. Tuangkan atas kek.
Siap.

Nak lagi sedap, boleh makan dengan ice cream vanilla. Sungguh lega dan manis saja rasa di tekak.

Bolehlah kongsikan resepi dan cara buat kek coklat moist dengan kawan-kawan. Lepas ni jimat, tak payah beli. Boleh buat sendiri. Selamat mencuba.


You Might Also Like

6 comments

  1. salam sis..sya xde periuk kukus..klau pkai oven nk bakar brape lame ea?? suhu dia?? tq sis

    ReplyDelete
  2. Wahh sedap nya tgok. Nk cuba nty tq :)

    ReplyDelete
  3. Sy tgh kkus kek.ikut resepi ni 100%.. X sbr tggu hsilnya nnt...

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube