Ketahui Saiz Perut Bayi Supaya Betul Jumlah Susu Yang Diberi

Friday, July 03, 2015

Nampak macam tak penting tentang saiz perut bayi. Tapi bila kita sebagai ibu tahu berapa besar perutnya, proses menyusukan anak jadi lebih mudah. Paling penting kuantiti susu yang betul dapat diberikan kepada bayi.


Kebanyakan ibu bila lepas lahirkan anak akan menggelabah bila anaknya nangis. Pada dia bila anak menangis adalah tanda lapar susu. Come on lah kak, kalau bayi tu boleh bercakap dah tentu dia akan bercakap.

Tapi satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah melalui tangisan. Tak selesa, gatal, bising, terang sangat dan pelbagai lagi sebab bayi menangis. Selain kena tahu saiz perut bayi, ibu juga perlu belajar untuk kenali tanda bayi nak menyusu.




Tahu atau tidak yang semasa di dalam rahim, air ketuban adalah antara sumber zat dan makanan bayi. Sesekali dia akan menelan air ketuban. Dan jumlah yang ditelan hanyalah seteguk, kerana itulah jumlah yang mampu ditampung oleh perutnya yang kecil.

Jadi boleh bayangkan betapa kecilnya perut bayi kita. Saiz perut ini akan berubah beberapa kali dalam seminggu.


saiz perut bayi, saiz perut bayi sebulan, saiz perut bayi 2 bulan, saiz perut bayi 4 bulan, jumlah susu untuk bayi baru lahir, jumlah susu bayi, jumlah sekali pam,

1. Hari Pertama - Hari Kedua

Saiz perutnya hanyalah sebesar buah ceri, atau biji guli.

Terlampau kecil dan jumlah susu yang diperlukan juga begitu sedikit dalam 5-7 ml. Cuba ingat kembali waktu bayi lahir, adakah susu keluar mencurah-curah?

Allah itu Maha Bijaksana, sesuai dengan kejadian perut bayi yang kecil. Allah SWT ciptakan kolostrum, cairan emas yang mengandungi banyak khasiat untuk tumbesaran dan perlindungan untuk bayi.

Kolostrum biasanya berwarna kuning keemasan dan akan berubah menjadi susu matang dalam tempoh 1-2 minggu selepas bayi lahir. Usah panik tentang susu ada atau tidak, sebaiknya dakaplah bayi dan biarkan dia menyusu.

Jika bayi ada mengalami komplikasi dan tidak boleh menyusu langsung. Cubalah untuk pam kolostrum dan berikan padanya.

2. Hari Ketiga - Hari Keempat

Perut bayi akan berubah menjadi sebesar kacang walnut. Atau sebesar genggaman tangannya.

Jumlah susu yang sesuai adalah lebih kurang 22-27 ml atau 1 auns. Oleh kerana perut bayi kecil, permintaan bayi untuk disusukan adalah kerap. 1-2 jam sekali bayi perlu disusukan.

Penyusuan yang kerap sangat membantu mengelakkan bayi dari terkena risiko penyakit kuning. Apabila dia kerap minum susu, maka keraplah kadar pembuangannya. Birubilin yang menyebabkan kuning akan keluar bersama-sama najis bayi.

Berbeza jika bayi diberikan susu formula, dia akan lebih gemar tidur dan menjadi pasif. Ditambah lagi susu formula lambat dihadam berbeza dengan susu ibu.

3- Hari Kelima - Hari Keenam

Saiz perut si comel membesar kepada sebesar buah aprikot.

Ketika ini bayi boleh minum sebanyak 1.5 ke 2 auns. Dan masih perlu disusukan dengan kerap.

Jika bayi jenis yang suka tidur, 2-3 jam sekali bayi perlu dikejutkan untuk menyusu. Usah bedung, atau memakaikan pakaian yang selesa supaya dia tak terlampau lena tidur.

Tidur terlalu lama tanpa disusukan boleh membuatkan bacaan birubilin meningkat. Pujuklah dia untuk menyusu, atau pamkan susu dan berikan susu menggunakan cawan kecil.

4- Hari Ketujuh - Hari Ke 21

Pada waktu ini perut bayi telah membesar sebesar sebiji telur ayam.

Jumlah susu yang diperlukan juga bertambah kepada 2.5 ke 5 oz bagi setiap sesi penyusuan. Dan saiz perut ini akan membesar selari dengan pertambahan usia bayi.

Saiz perut bayi ini adalah panduan bagi setiap ibu yang mahu menyusukan anaknya. Supaya lebih tenang dan tahu apa tindakan yang perlu diambil apabila bayi meragam.

Jadi adakah perlu ibu pam susu dan menyukat susu yang terhasil?

Tidak perlu, jika tiada keperluan. Penyusuan secara terus adalah yang terbaik. Kebiasaannya jumlah susu yang dipam tidak sama dengan susu yang dihisap.

Asalkan bayi nampak sihat dan aktif. Dan menghasilkan bahan buangan setiap hari. Itu adalah tanda yang si comel mendapat susu yang cukup.

Usah tertipu dengan tanda-tanda palsu susu tak cukup!

Keep calm and breastfeeding!


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube