Vivix Shaklee Buat Ibu, Walau Bocor Ku Usahakan Jua

Tuesday, July 07, 2015

Anak mana yang tak sayangkan ibu kan? Bila dia mengadu tak sihat, risau hati. Terus terfikir nak hadiahkan Vivix Shaklee buat ibu.


Sudahlah duduk jauh dengan ibu. MD di Ampang, ibu di JB. Kalau ada depan mata, bolehlah nak tolong picit-picitkan ke apa. Usia ibu MD nak masuk 6 series dah. Alhamdulillah takde penyakit bahaya. Cuma ada sinus yang agak teruk, dan masalah lutut.

Tambah rasa terusik tu, bila dia kata "terawih tahun ni zero agaknya". Sebab dia mengenangkan badannya yang tak larat. Sudahlah ibu suka solat terawih kat surau. Mesti dia sedih kalau tahun ni tak dapat buat.

Sebelum ni, MD selalu juga bagi Vivix pada ibu. Cuma masa nak berpuasa ni, MD lupa nak hadiahkan kat dia. Sampailah dia kata nak beli Vivix tu. 

Sanggup ibu nak beli, sebab kesihatan dan tenaga dia improve sesangat. Ibu MD ni jenis yang 'penyimpan' orangnya. Selagi dia boleh jimat, dia jimat. Tapi sebab nak Vivix, dia sanggup beli. Harga Vivix sebotol pun boleh tahan.

Dan mestilah ibu MD tak nak susahkan anaknya.

Tapi takkanlah tergamak MD nak suruh ibu beli. Walaupun masa tu, poket MD pun bocor juga. Tapi bertekad juga nak bagi Vivix Shaklee buat ibu.

vivix shaklee, vivix shaklee tahan berapa lama, vivix shaklee cara makan
orang kata kami serupa :)

Ibu kata lepas makan Vivix Shaklee:

1- Sinus dah tak teruk, kalau dulu hampir setiap hari ibu akan bersin-bersin teruk. Sampaikan nak solat tu terkeluar air hidung yang jernih. Kepala berat, memang terbaringlah ibu kalau kena sinus tu. 

Alhamdulillah beza sangat sekarang. Jarang dah nak dengar dia bersin masa MD call dia.

2- Ibu rasa bertenaga, tak cepat letih. Sampai kawan-kawan dia pelik tengok ibu yang energetic manjang.

3- Lutut dah kurang sakit. Bila berusia rata-rata orang mesti sakit lutut. Termasuklah ibu MD. Nak panjat tangga tu memang taklah kut. Tapi lepas konsisten dengan Vivix, lutut dah tak sakit macam dulu. Setakat hari ini, ibu MD masih berjaya solat normal, tanpa duduk kat kerusi.

Benda paling gembira buat MD, bila call ibu suara dia happy. Sebagai anak mestilah kita risau bila ibu kita sakit kan? Vivix Shaklee tu kira ikhtiar MD untuk 'jaga' ibu, walaupun dari jauh.

Berjuta jasa ibu, memang sampai mati MD tak terbalas. Tapi inilah yang MD dapat lakukan untuk buat ibu bahagia selagi masa masih ada. Berbakti pada orang tua, kan disayang Allah.

Ada kisah di sebalik Vivix Shaklee Buat Ibu di Bulan Puasa ni. Masa ni poket MD bocor, kiranya memang tak cukuplah nak belikan buat ibu. 

Tapi MD yakin duit ke segala rezeki ni milik Allah SWT. MD doa minta ALLAH bagi duit supaya MD boleh bagi juga Vivix sebelum puasa.

Punyalah besar kuasa Dia, yang Maha Besar. Macam rezeki dari langit turun mencurah hari tu. Bukan setakat duit buat beli Vivix, siap ada banyak lebih lagi.

Masa ibu kata nak beli tu, MD ye kan je. Konon nak buat surprise kat ibu. Senyap-senyap MD beli dan poskan.

Gembira betul dia masa terima Vivix tu. Sekarang kalau call dia, mesti dia excited nak cerita pasal berjaya solat terawih kat masjid. Kalau solat kat masjid tu kira impian dia je.

Mana taknya, tangga kemainlah tinggi kat Masjid Taman Universiti tu. Dia nak solat kat bawah untuk warga emas dia segan. Tu yang kemain gembira bila boleh daki sampai ke ruang solat wanita.

Siap dia kata tak ngantuk langsung. Solat terwaih kat tempat ibu 20 rakaat. Dia siap sedar lagi dah berapa rakaat dia buat. Kalau tahun lepas, dalam solat pun boleh tertidur sebab penat sangat.

Bahagiakan orang, pasti Allah SWT bahagiakan kita.

Dah masuk malam ke 21 pun kan malam ni. Jom kita pulun 10 malam akhir, jadi pemburu Malam Qadar. Moga Ramadhan kali ini jadi yang terbaik buat kita. Insyaallah.

Oh ye, bulan ini ada promosi Vivix Shaklee, beli 6 percuma 1. Harga retail RM503.50, tapi sebab prmosi ada harga istimewa sebab boleh beli kongsi-kongsi.

Kalau ada yang berkongsi beli Vivix ni, bolehlah Whatsapp MD di 016 773 1892. Nanti MD bagitahu berapa harganya. Bawa balik Vivix ke kampung semperna raya ni, mesti ibu suka sangat.

vivix shaklee, vivix shaklee tahan berapa lama, vivix shaklee cara makan

You Might Also Like

1 comments

  1. Tak terbalas jasa ibu. Sekurang- kurangnya hadiah kan mereka vivix. Mesti senyum je ibu.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube