5 Cara Bijak Menyusu Dan Berpuasa Supaya Dapat Berpuasa Penuh 7 Tahun!
Thursday, July 02, 2015Menyusu dan berpuasa bukanlah satu pekara yang mudah. Sampaikan Allah berikan ruksah (kemudahan) bagi ibu yang hamil dan menyusukan. Ibu dibenarkan untuk tidak berpuasa sekiranya risaukan kesihatan bayi atau diri sendiri atau kedua-duanya sekali.
Tapi apa yang membuatkan ibu muda ini boleh je berpuasa walaupun dia menyusu. Dan juga ada masa dia hamil dan menyusukan anak, tetapi maintain berpuasa di bulan Ramadan. Dia juga nampak bertenaga dan lebih kuat dari orang yang tak menyusukan atau hamil.
Puan Salwa dari Putrajaya, akhirnya dia bersedia kongsikan rahsianya kekal berpuasa walaupun asyik je hamil dan menyusukan. Nak tahu? Boleh tekan butang 'play' pada video di bawah:
Tahu tak yang video ini diambil pada ketika siang hari di bulan Ramadan. Dan Puan Salwa ni berpuasa dan masih menyusukan anaknya yang berusia lebih kurang 8 bulan. Lelaki tau anaknya. Kan baby boy kuat menyusu.
Tapi nampak tak betapa segar dan cerianya muka dia. Macam tak puasa pulak dia.
Bukanlah ibu tak digalakkan mengambil ruksah berpuasa. Tetapi jika ibu ada pilihan untuk kekal sihat dan rasa kuat untuk berpuasa mengapa tidak. Lagipula, jika ibu merasa sihat dan berpuasa tak
mendatang mudarat bagi dirinya dan bayi. Adalah lebih baik berpuasa
baginya. Malahan menurut ulama wajib berpuasa ke atasnya.
Oleh itu MakDara (MD) nak kongsikan cara yang betul bagi ibu yang hamil, menyusukan atau keduanya sekali untuk kekal berpuasa. Sayang kan, Ramadan tu datang setahun sekali. Tahun ini bertemu, tak pasti tahun depan bersua lagi atau tidak.
5 Cara Bijak Untuk Kekal Menyusu dan Berpuasa
1- Betulkan Mind Setting
'Ish awak kan menyusukan anak, tak payahlah puasa'. Tahu tak yang berpuasa ini tidak akan menyebabkan susu menjadi kurang. Atau ibu mengalami dehidrasi yang teruk.
Berpuasa tidak akan menggangu penghasilan susu. Dan kuantiti susu juga tidak akan mengurang dan merudum dengan teruk. Jika sebelum ini ibu merasa yang berpuasa itu ancaman, maka tukarlah fikiran itu. Berpuasa adalah selamat bagi ibu menyusukan atau hamil.
Kecuali ibu mengalami kekurangan nutrisi. Dan itu MD rasa tak berlaku di negara kita Malaysia. Sebab bila berbuka, bermacam-macam juadah ready atas meja kan?
2- Terus Menyusukan
Usah berhenti menyusukan anak di bulan puasa, kerana itu hanya akan membuatkan payudara berhenti menghasilkan susu. Teruskan rutin menyusu dan mengepam seperti biasa.
Selagi ibu tak merasa dehidrasi yang teruk atau mula merasa pening kepala, it's ok untuk terus menyusu.
3- Minum Air Yang Cukup
Berpuasa di siang hari bukanlah alasan kita tak cukup minum air. Gunakanlah masa yang ada selepas berbuka hingga ke sahur untuk minum air yang cukup.
Ingat, jangan sesekali minum sekali banyak. Kerana itu hanya membuatkan badan mudah terdehidrasi.
Minum sedikit-sedikit sehingga cukup 8 gelas air sehari. Air berwarna dan berperisa tidk termasuk dalam bilangan 8 gelas itu ye.
4- Elak Stress
Stress adalah bahaya, bukan saja buat hati sakit. Tetapi susu juga boleh merudum dengan cepat. Tambah pula di bulan puasa, selain tak makan dan tak minum kita mestilah berpuasa dari stress dan cepat marah.
Barulah markah puasa lebih tinggi. Dan yang lebih penting susu yang cukup dapat dihasilkan oleh ibu.
5-Makanan Penggalak Susu dan Penambah Tenaga
Antara makanan yang paling popular di bulan puasa adalah kurma. Dan tahukah ibu yang kurma ini sangat baik untuk galakkan penghasilan susu dan menambah tenaga. Terdapat juga makanan-makanan lain yang boleh diambil supaya susu tidak terjejas.
Selain itu, ibu juga boleh mencuba apa yang diamalkan Puan Salwa sampaikan 7 tahun dia kekal berpuasa walaupun menyusukan atau menyusukan dan hamil.
Mahu terus menyusu dan berpuasa dengan sihat dan ceria? Boleh Whatsapp MD di 016 773 1892 untuk perkongsian secara detail. Dan dapatkan tips menyusu dan berpuasa secara PERCUMA.
1 comments
Huhu..terima kasih kongsikan..tang stress tu memang la..sila elakkan yer..haha
ReplyDelete