Resepi Kuih Tart Nenas Klasik Super Gebu, Rapuh & Cair Di Mulut

Tuesday, July 07, 2015

Siapalah yang tak suka kuih tart nenas kan? Paling MakDara (MD) suka tart buatan arwah MakTok. Ya Allah, rasanya.....macam dibuai mimpi lena. The moment kuih tart mencair dalam mulut, aduhai. Tak tau nak cerita macam mana.


Adalah juga kitaorang cuba buat. Tapi tak tahu, rasanya tak sama. The feeling is gone.

Sebab dah malas nak rasa frust begitu, akhirnya MD beli je. At least memang kita dah expect lah rasanya takkan sama macam tart mak tok.

Sampailah bila puasa tahun ni, anak MD yang sulung request suruh buat kuih. Kalau ikut hati, mahu saja ku tunjuk. Tapi tulah, ibu mana sanggup hampakan permintaan anak kan. Dah alang-alang nak buat tu, MD why not try bat tart nenas?

Maka gigihlah pencarian resepi kuih tart nenas paling klasik kat Google. Pada MD the classic kuih tart nenas, bahan-bahannya mudah. Dan takde campuran benda-benda lain, selain dari butter, tepung, minyak sapi dan telur.

Kalau dah campur benda lain, MD panggil biskut tart.

Dan akhirnya, MD jumpa resepi yang hampir serupa dengan arwah. Terima kasih Kak Anim . Moga bertambah murahlah rezeki akak, terima kasih lagi sekali sebab kongsi resepi tart paling sedap ni. Rasanya buat MD teringat tart arwah mak tok.

Kalau tak keberatan, sudilah kiranya sedekahkan Al-Fatihah untuk Mak Tok, Aminah bt Esa. Terima kasih ye, Allah sajalah yang dapat membalas jasa kalian.

Tak sabar nak kongsi resepi Kuih Tart Nenas Klasik ni. Bagi resepi asal boleh jenguk ke blog Kak Anim. MD ni suka derhaka resepi. Jadi ada buat sikit tweak, sebab bagi mudah nak sukat guna cawan.



kuih tart nenas, tart nenas gebu, tart nenas bunga, tart nenas sedap, tart nenas gebu sukatan cawan, resepi tart nenas

Pastri

Bahan-bahan:


1- Tepung 2 3/4 cawan
2- Butter 1/2 cawan (MD guna pure butter, Anchor Salted)
3- Minyak Sapi 1/2 cawan (pure ghee, no added vege oil)
4- Telur Gred B 1 biji
5- Garam 1/4 sudu kecil

Cara-caranya:

1- Ayakkan tepung, letak tepi.
2- Dalam bekas lain masukkan butter, minyak sapi dan telur. Mix guna whisker sampai sebati. Tak payah kembang.
3- Masukkan tepung perlahan-lahan dan gaul guna tangan. Gaul sampai adunan jadi doh. Paling best bila semua adunan boleh membentuk jadi satu doh besar.
4- Lepas tu, rehatkan sekejap dalam 15-20 minit dalam peti sejuk.
5- Finallay, bolelah mula mengetart. 

kuih tart nenas, tart nenas gebu, tart nenas bunga, tart nenas sedap, tart nenas gebu sukatan cawan, resepi tart nenas

Jem Nenas


MD malas nak buat, so beli je kat kedai bakery Taman Bukit Indah ni. Sedap pulak tu jem dia. Tapi kalau nak buat pun boleh. Blog Kak Anim pun ada cerita cara nak buat jem nenas.

Akhir sekali, MD nak kongsi tips dan trick untuk resepi tart nenas ni:

1- Bagi pastikan jem tak kering bila di bakar, gaulkan 2-3 sudu butter bersama jem sebelum diguna. Hasilnya walau lama mana pun dibakar, jem tetap lembut.
2- Bagi mereka yang malas nak menorak pastri, boleh tiru gaya Kak Gee ni. Ambil segenggam pastri, bulatkan dan lepas tu leperkan dalam 1/2 inci dan teraplah guna acuan tart. Ada info bergambar di blog Kak Gee.
3- Nak lagi cepat dan tak messy main dengan jem. Bulatkan kecil-kecil (ikut selera korang nak jem banyak ke sikit) dan letak tepi. Bila nak pakai tu, ambil dan tepek je atas tart yang dah diterap.
4- Panaskan oven sebelum mula mengadun untuk kepanasan yang optimum.
5- Bakar selama 25 minit dengan suhu 170ºC-180ºC.
6- Cawan yang MD guna adalah cawan metrik iaitu cawan ada sukatan. 

kuih tart nenas, tart nenas gebu, tart nenas bunga, tart nenas sedap, tart nenas gebu sukatan cawan, resepi tart nenas
Tak susah pun nak membuat kuih tart nenas ni. Puas rasa sebab dapat makan tart yang best macam ni. Rapuh, gebu dan paling syok melted dalam mulut.

Disebabkan MD nak juga korang makan tart klasik yang best ni. Kalau nak lah kan? Boleh order kat MD di 016 773 1892, Whatsapp je.

Ok MD nak pergi sidai baju jap. Terima kasih sudi bertandang di sini. Oh kalau nak order vitamin Shaklee pun boleh. Contact je :)

You Might Also Like

5 comments

  1. salam sis.. nak tanya tepung tu semua tepung gandum atau ade sukatan tepung jagung atau tepung susu?tq

    ReplyDelete
  2. salam sis... nak tanya tepung tu semua tepung gandum atau ade sukatan tepung jagung atau tepung susu sekali? tq sis

    ReplyDelete
  3. Saya dah try ...memang gebu dan cair di mulut...thanks alot for ur tips dik..really its help me a lot n it turn out soo delicious. ..semoga Allah murahkan rezeki adik dan sihat selalu yea...

    ReplyDelete
  4. Salam sis, i pun nk tau u guna tepung ape?

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube