5 Panduan Bekerja Dari Rumah Supaya Kekal Produktif

Saturday, July 11, 2015

Keputusan bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi jika tekad dan nekad telah bulat, maka teruskan.


Tetapi apakah panduan supaya dapat terus kekal produktif?

Tambah-tambah lagi bila bekerja di rumah sambil menjaga anak-anak. Dan uruskan rumah tangga.

Masih bolehkah kekal produktif?

Insyaallah, dengan 5 panduan bekerja dari rumah. Di mana pun kita bekerja, tetap dan terus produktif.

serupa macam MD, cuma tukar lelaki ini kepada wanita

1- Bangun Awal

Awal disini bukanlah bermakna 6 pagi. Kerana pukul 6 pagi adalah waktu kebanyakan orang bangun.

Bangun lebih awal, paling kurang sebelum Subuh.

Sebagai orang Islam, kita sangat dituntut untuk bangun di sepertiga malam. Gunakan kesempatan ini untuk bermunajat kepada-Nya. Dan mohonlah apa saja hajat seperti kejayaan di dunia dan akhirat.

2- 10 Minit Untuk Diri Sendiri

Lepas solat, peruntukan 10 minit khas untuk diri sendiri.

Gunakan masa ini untuk buat nota kesyukuran dan membayangkan kejayaan yang akan diperolehi pada hari tersebut.

Tips untuk berjaya, adalah dengan percaya sebelum ianya berlaku.

3- To Do List

Jika difikirkan pasti serabut kepala. Mana nak jaga anak lagi, nak buat kerja-kerja bisnes lagi. Tak masuk lagi nak kemas yang bersepah macam kapal karam.

Relax. Usah gelabah.

Ambil pen dan kertas. Senaraikan apa yang perlu dilakukan. Dari sekecil perkara hinggalah yang besar.

Dan lebih baik jika bahagikan mengikut kategori.

Ingat ya, masa tu sangat relatif. Dan singkat atau panjang masa bergantung pada sangkaan kita. Jadi jadikan masa sebagai kawan, bukan lawan.

4- Guna Teknik Time Block 

Buat time block mengikut to do list yang telah dibuat.

Buat time block yang munasabah. Jangan terlampau over expected dan akhirnya semua perkara terbengkalai.

5- Dahulukan Keluarga

Cuba kaji semula mengapa kita sanggup berhenti kerja dan memilih bekerja dari rumah?

Ia adalah untuk keluarga bukan? Nak menjaga anak dengan tangan sendiri.

Jadi jangan jadikan anak sebagai halangan atau memandang mereka sebagai menyusahkan. 

Dahulukan apa saja keperluannya. Dan ambillah tindakan yang bijak.

Bukan mudah ye nak mula bekerja sendiri di rumah. Tapi ianya bukanlah mustahil.  

MakDara (MD) ucapkan selamat maju jaya buat semua!

You Might Also Like

3 comments

  1. Setakat menulis blog pada waktu malam. Itulah masa yang ada untuk memerah otak mencari bahan menulis di blog. :)

    ReplyDelete
  2. Mmg best klu bekerja dr rumah..
    Fleksible time!!.

    ReplyDelete
  3. Nice tips.. sejak bekerja dari rumah, hati perlu lebih tabah..harapkan rezeki Allah..

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube