7 Punca Asyik Mengantuk Sampai Tertidur Waktu Bawa Kereta, Atasi Disini!

Thursday, July 02, 2015

Hish bahaya kalau tengah bawa kereta dan tertidur. Padahal pagi tadi dah minum kopi pekat. Tah apa punca asyik mengantuk je. Silap langkah, terus tidur selamanya.

Nauzubillah. Minta dijauhkan dari kita semua.

MakDara (MD) pun pernah juga sekali terkena. Sedar-sedar kereta dah sipi-sipi nak masuk longkang. Wah punyalah azab nak pulas stereng kereta manual. Alhamdulillah, sempat elak. Terus terbuntang mata lepas tu.

Lagilah kalau yang memang bekerja sebagai pemandu. Baik teksi, mahupun lori. Risiko atas jalan tu memang tinggi. Yelah, selalu sangat kita dengar kemalangan yang puncanya sebab tertidur dan terbabas.

Oleh itu, MD nak kongsikan 7 Punca Asyik Mengantuk dan Cara Mengatasinya:

punca asyik mengantuk, asyik mengantuk, asyik mengantuk kenapa, mengantuk tengahari, ngantuk berlebihan, mengantuk lepas makan, mengantuk siang hari, punca mengantuk siang hari,

1- Tak Cukup Tidur

Pernah rasa tak cukup tidur? Terasa macam weng (melayang-layang) saja kepala. Dan sudah tentu kalau begini, susah nak fokus apatah lagi bila bawa kenderaan.

Cara Atasi: Cuba buat power nap. Kalau tiba-tiba mengantuk semasa bawa kenderaan. Berhenti sekejap di tempat selamat dan tidur sebentar. Dan juga dapatkan tidur yang cukup di malam hari. Tempoh tidur yang terbaik bagi dewasa adalah 6-8 jam.

Bagi mendapatkan tidur yang berkualiti, 'haramkan' tv, laptop atau telefon masuk ke bilik tidur. Biarkan bilik gelap untuk mood tidur yang baik.

2- Masalah Gangguan Semasa Tidur

Ia bukanlah gangguan berupa hantu atau pun mimpi yang seram. Tapi ia adalah gangguan yang dipanggil sleep apnea. Sleep apnea ini adalah antara punca asyik mengantuk yang tidak disedari.

Gangguan ini menyebabkan anda tidak mendapat tidur yang cukup. Semasa tidur, pernafasan bagi penghidap sleep apnea ini akan terhenti seketika. Dan menyebabkan anda terjaga, tetapi anda mungkin tidak menyedarinya. Bahaya bukan?

Cara Atasi: Jika anda merasa sleep apnea inilah yang menjadi punca asyik mengantuk, eloklah berjumpa dengan doktor. Selain itu amalkan gaya hidup sihat, turunkan berat jika gemuk dan sebaiknya berhentilah menghisap rokok.

Mungkin anda juga boleh gunakan alat Tekanan Salur Udara Positif Berterusan Nasal (n-CPAP) yang memaksa oksigen masuk ke paru-paru melalui tiub hidung. Ini bagi membantu anda mendapat tidur yang secukupnya.

3- Tak Cukup Nutrisi

Bukan saja makan terlalu sikit, tetapi makan banyak tapi tak cukup nutrisi pun boleh menyebabkan asyik mengantuk di siang hari. Nutrisi yang cukup sangat penting bagi menjana tenaga harian dan baik untuk mengelakkan dari rasa mengantuk tak memasal.

Cara Atasi: Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan cukup nutrisi. Kurangkan karbohidrat dan ambil protein yang cukup. Makan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jika anda merasa payah nak makan cukup nutrisi, bolehlah cuba mengambil multivitamin, Vita Lea with Iron Formula. Nak secara PERCUMA? Boleh SMS/Whatsapp MD di 016 773 1892.

4- Anemia

Masalah ini selalu terjadi dikalangan kaum wanita. Anemia ini terjadi bila badan kekurangan zat besi dan menyebabkan sel darah merah berkurang. Sel darah merah ini kerjanya adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu dan organ badan.

Bila oksigen berkurang, maka lebih mudah untuk merasa mengantuk dan letih.

Cara Atasi: Ambil makanan-makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti badam, daging dan sayuran hijau. Selain itu boleh mengambil makanan tambahan yang mengandungi zat besi.

5-Dehidrasi

Atau kekurangan air dalam badan. Merasa haus itu adalah tanda yang badan perlukan air untuk bekerja dengan optimum. Oleh itu, jangan sesekali buat derq jika merasa haus.

Air umpama minyak untuk kereta. Ia menjana badan agar dapat berfungsi dengan baik.

Cara Atasi: Pastikan berusaha untuk mengambil cukup cairan iaitu 8 gelas air (no calorie) sehari. 8 gelas ini tidak termasuk air kopi atau air-air berperisa yang lain.  

6- Diabetes

Ini juga menjadi punca asyik mengantuk. Gula yang sepatutnya masuk ke sel-sel badan untuk menjana tenaga tersangkut di saluran darah. Akibat dari masalah insulin di dalam badan. Dan akhirnya menyebabkan badan menjadi letih dan mudah mengantuk.

Cara Atasi: Seeloknya berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi memastikan adakah ianya diabetes atau bukan. Dan jika ianya diabetes, cubalah untuk menurunkan berat badan, mengambil terapi insulin atau ubat bagi memproses gula dalam darah. 

Selain itu anda juga boleh mencuba rawatan secara semulajadi untuk atasi masalah diabetes.

7- Terlebih Kaffein

Ya betul kaffein membantu untuk mengelakkan rasa asyik mengantuk. Tapi jika kaffien diambil berlebihan ia akan menyebabkan degupan jantung menjadi laju, tekanan darah meningkat dan sentiasa berdebar.

Cara Atasi: Kurangkan pengambilan kaffein. Atau boleh cuba mengambil teh tanpa kaffein. Teh ini adalah rahsia MD kekal cergas dan fokus walaupun kurang tidur. Nak tahu teh apakah ini? Boleh dengar sharing Puan Maria dalam video di bawah:




 
Bila mengantuk kita jadi tak produktif, dan akhirnya banyak kerja yang terbengkalai. MD memang perlukan sangat 'sesuatu' untuk hilangkan rasa mengantuk.

Siang hari agak mustahil nak buat workdesk di rumah dek kerana melayan anak. Jadi waktu paling terbaik adalah bila anak-anak dah tidur. Ya, memang best kalau tidur sekali.

Tapi MD ada tanggungjawab lain yang nak diselesaikan di malam hari. Bila ambil teh ini pukul 9-10 malam, memang hilang rasa mengantuk. Dan paling best, boleh fokus untuk siapkan kerja-kerja. Walaupun tidur cuma 2-3 jam, esoknya masih boleh 'berfungsi' sediakala.

Mahu cuba teh tanpa kaffein yang best ni? Boleh SMS/Whatsapp MD di 016 773 1892. Atau jika nak cepat, boleh terus beli dengan klik pada BELI TEH BEST sekarang.

Terima kasih ye kerana sudi membaca. MD sayang semua.

You Might Also Like

2 comments

  1. Sama macam saya..saya pun sejak bulan puasa ni asyik megantuk aje..tidur dah cukup..makan dah kenyang..mungkin tak cukup nutrisi la tu..

    ReplyDelete
  2. Memang rasa teruk sangat kalau mengantuk masa puasa ni..huhu

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube