Assalamualaikum,
Manusia mana yang tak pernah ada masalah. Masalah takkan pernah selesai bila kita lari darinya. Cara yang terbaik adalah hadapi masalah.
Ramai antara dari kita, bila sebut saja masalah mesti timbul imej negatif. Tapi tahu tak, bahawa ada 1001 kebaikan dari masalah.
Cuma kita buta untuk menilai kebaikan masalah.
Buku Senyumlah mengubah perspektif MakDara(MD) tentang masalah. Syed Alwi Alatas kongsikan 9 kebaikan yang ada pada masalah:
1. Masalah Buat Kita Jadi Lebih Kuat dan Cekap
“Smooth seas do not make skillful sailors”, pernah dengar peribahasa ini? Laut yang penuh ombak dan gelombanglah yang membuatkan pelaut dapat tingkatkan kemampuan dan kemahirannya.
Berbanding dengan laut tenang, mungkin pelaut hanya akan duduk relax minum air kopi panas.
Masalah yang membuatkan manusia berfikir dengan lebih baik. Contoh, oleh kerana payahnya nak berhubung da

2. Masalah Buat Kita Belajar
Seperti usahawan masalah untuk mendapatkan pelanggan akan membuatkan kita belajar. Kita mula mencari teknik-teknik dan belajar secara online ataupun offline.
Perkara yang kita alami setiap hari juga adalah peluang untuk kita belajar. Jika sebelum ini kita letak satu sudu besar garam dalam gulai yang kita masak. Hasilnya gulai menjadi masin.
Pasti esok kalau kita menggulai lagi kita takkan ulangi kesilapan yang sama. Kita sudah pandai kurangkan garam, agar rasanya tak masin.

3. Masalah Jadikan Kita Bersungguh-sungguh
Kerana itulah zon selesa takkan menjadikan kita orang yang lebih baik. Seperti katak yang berada di dalam balang air, diletakkan api di bawah dan dipanaskan perlahan-lahan. Si katak takkan perasan air mula mendidih, lalu ia mati.
Berbeza dengan katak yang dicampakkan pada air panas, ia sudah pasti terus melompat keluar bagi menyelamtkan nyawanya.
Jadi jangan pernah tertipu dengan zon selesa, kerana ia langsung tak selesa.

4. Masalah Mengurangkan Dosa, Menambah Pahala
“Seorang mukmin tidak terkena duri dan yang lebih besar dari duri kecuali dengannya Allah mengangkatnya satu darjat dan menghapuskan darinya satu kesalahan” Riwayat Muslim daripada Aisyah.
Hanya terkena tusukan duri pun diampunkan dosa dan diangkat darjat, apatah lagi jika diberikan masalah yang lebih besar. Sebagai orang yang beriman kita mesti yakin dengan ketentuan dari-Nya.

5. ‘Masalah’ Dianggap Sebagai Satu Sedekah
“Seorang Muslim yang menanam atau menabur benih, lalu ada sebahagian yang dimakan oleh burung atau manusia, ataupun oleh binatang, nescaya semua itu akan menjadi sedekah baginya” Riwayat Burkhari Muslim.
Kehilangan barang atau duit juga dianggap sebagai masalah. Kebiasaannya kita pasti mengeluh dan marah apabila ia hilang.
Tapi apa yang kita tak tahu adalah, kehilangan duit itu mungkin adalah atas sebab keengganan kita mengeluarkannya kepada mereka yang memerlukan. Iaitu melalui zakat dan sedekah.
Dalam hal ini, maknanya kita telah ‘dipaksa’ mengeluarkan zakat dan sedekah. Jadi berlapanglah dada.

6. Masalah Buat Kita Lebih Bijak
Apabila sesuatu masalah berlaku, ia akan memaksa otak kita untuk memikirkan jalan penyelesaian. Otak yang banyak digunakan untuk berfikir menjadikan seseorang itu lebih cerdas.
Oleh kerana itu sebagai ibu ayah usahlah menjadi jalan penyelesaian kepada anak-anak. Sebaliknya berikan peluang untuk anak selesaikan masalahnya. Menjadikan anak selesa hanya akan ‘membunuhnya’.
Albert Einstein pernah berkata “It's not that I’m so smart, it’s just that I stay with problem longer”.

7. Masalah Buat Kita Lebih Menghargai
Manusia hanya akan lebih dihargai apabila ianya tiada. Samalah seperti dikala kita rakyat Malaysia dirundung jerebu teruk. Waktu itulah kita rindukan matahari.
Padahal sebelumnya kita langsung tak kisahkan tentang kewujudan mahatari. Ianya kerana kita sudah terbiasa.
Tapi apabila matahari hilang, barulah kita mula rinduinya.

8. Masalah Bantu Dapat Kesenangan
Setiap kesenangan yang diperolehi sekarang adalah kerana kesusahan kita dahulu. Sebelum sesuatu perniagaan menjadi maju, banyak payah jerih yang harus dilalui.
Allah telahpun berfirman di dalam Surah Al-Insyirah “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”. Dan ayat ini diulang lagi pada ayat berikut.
Jadi yakinlah akan pertolongan Allah setiap kali kita diduga dengan masalah.

9. Masalah Buat Kita Jadi Empati
Jika kita pernah hidup susah di masa lalu, sudah tentu kita akan mudah merasa empati jika melihat ada orang yang mengalami nasib yang serupa.
Jika kita jarang mengalami masalah di dalam hidup, ia mungkin akan menjadikan kita kurang sensitif terhadap masalah.
Rasa sakit dan kesusahan akan membuatkan diri kita menjadi lebih berperikemanusiaan. Jika tidak, kita akan menjadi lebih angkuh kerana tenggelam dengan kesenangan dan keselesaan yang dimiliki.
Hadapilah masalah dengan senyuman dan ketenangan. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Lari dari masalah hanya akan memburukkan keadaan.
Bersyukurlah setiap kali kita hadapi masalah.