3 Cara Mudah Tingkatkan Produktiviti Anda Ke Tahap 10 Kali Ganda!

Wednesday, March 18, 2015

Sikap bandingkan diri tak terer macam orang lain hanya buat kita makin tak berjaya. Mahu berjaya, kita mesti tingkatkan produktiviti.


Kalau kita asyik bandingkan diri dengan jiran sebelah yang ada 5 biji BWM. Atau pun bandingkan diri dengan Dato'Qu Puteh, yang dah tentu tak kenal siapa pun kita. Itu hanya akan buat kita makin tak puashati dan tak gembira dengan hidup yang kita ada sekarang.

Bila tak gembira, maka dah tentulah kita sedih. Dan bila sedih macam mana nak jadi produktif kan? Jadi cara paling baik adalah dengan menerima dan gembira dengan kehidupan kita sekarang. Bagaimana caranya nak terima dan gembira dengan hidup, semuanya ada dalam video 1:42 minit ni.



Buang karen je nak banding-bandingkan diri dengan orang lain. Kalau nak bandingkan sangat, cuba bandingkan diri dengan kucing. Mesti hilang rasa tak yakin tu. Terus rasa yakin boleh sangat.

Macam Mak Dara (MD) lah. Kalau terasa je macam 'ish, siapalah aku ni, takpelah dia tu hebat', cepat-cepat MD lawan dan cakap 'elleh ada aku kisah, aku pun hebat tau'. Lepas tu terus hilang dah rasa tak best tu.

Lagi-lagilah MD kerja sendiri kat rumah. Sendiri bos sendiri kuli. Haruslah menjaga motivasi diri kan? Bila dah termotivasi, barulah makin senang nak tingkatkan produktiviti diri ni.

tingkatkan produktiviti, tips jadi orang berjaya, tips orang berjaya, tips orang kaya


Bila produktiviti dah meningkat, barulah output atau hasil pun banyak. Ni kalau produktiviti pun mandom je, tak logik lah kalau nak hasil yang banyak sampai boleh buat kau kaya dan berjaya. Ye tak?

Boleh cuba 3 cara mudah tingkatkan produktiviti anda sampai meningkat ke 10 kali ganda.


1-Bangun Awal Pagi
Inilah sebenarnya rahsia kebanyakan orang berjaya termasuklah Donald Trump. Tak kenal Donald? Huh silalah Google ye. 

Awal pagi di sini bukanlah 9.00 pagi. Kalau itulah maksud kalian pasal bangun pagi, MD rasa eloklah korang ubah. Awal pagi yang MD kata ni adalah pagi sebelum Subuh.

Nak bangun Subuh pun payah? Hah kalau dah macam ni, jangan mimpilah nak berjaya. Bukanlah MD skeptikal pasal orang bangun lewat. Tapi kebanyakkan bila bangun lewat, semua perkara jadi serabut.

Jadi cubalah bangun awal pagi. 1/2 jam sebelum Subuh pun elok dah. Minta pada Allah 'Ya Allah, tolonglah aku, aku nak bangun pagi, bangunkanlah aku pukul 5.15 pagi dan aku boleh terus bangun mandi'. Kita kalau bersungguh nak, takkanlah Allah SWT tak bagi. Benda yang kita tak minta pun Allah bagi free. Ye tak?

2- Mandi Pagi
Dah lepas bangun awal tu, tak payah sibuk tengok iPhone 6 baru korang tu ye. Bangun baca doa bangun tidur, atau paling kurang sebutlah Alhamdulillah.

Lepas tu capai tuala, straight pergi bilik air. Ada heater? Tak payah bukak. Mandi dengan air sejuk. Kenapa tak boleh air panas? Bukanlah tak boleh, cuma air sejuk ni bagus nak bangunkan sel-sel badan dan otak supaya bersambung. Dan lagi satu, mandi air sejuk ni boleh bantu kuruskan badan. Sebab lemak terbakar dan bagi badan rasa panas lawan rasa sejuk air.

Dah lepas mandi, rasa fresh sangat. Sekejap je hilang sejuk gedi tu.

3- Tak Tengok TV
Yang ini MD sokong sangat. Sebab apa tau, MD perasan kalau dah mula bukak TV. Lagi-lagi channel kegemaran Universal TV. Konon nak tengok satu ni je, lepas tu meleret-leret.

Sampai 2 jam kekadang tengok TV. Lepas tu mulalah rasa rugi yang amat. Padahal kalau 2 jam tu dah boleh siap 2 entry blog lagi. Siap blogwalking pun complete.

Jadi cara paling selamat nak tingkatkan produktiviti adalah dengan cara tak tengok TV. Kalau nak tengok sangat pun, allocate lah masa. Contoh time rehat dalam sejam. Lepas tutup.

Nampak mudah kan, bangun awal, mandi awal dan tak tengok TV untuk tingkat produktiviti. Tapi sebenarnya agak payah kan, sebab kita dah terbiasa.

Tapi tak semua yang biasa kita buat tu betul. Jadi sama-samalah kita betulkan yang biasa. Dan biasakan yang betul. Supaya sama-sama kita hidup lebih produktif dan berjaya.

Eh tapi kan, terfikir pulak tiba-tiba, kalau nak compare lah kan isteri ke suami lagi produktif? Pada MD rasa of course lah isteri kan? Pasal boleh buat 2-3 kerja dalam satu masa yang sama. Tak percaya boleh baca lanjut di Kehebatan Seorang Isteri Yang Tak Mungkin Suami Boleh Tandingi!

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube