1 Tips Murah Rezeki Paling Senang Tapi Ramai Takut Nak Buat

Friday, March 13, 2015

Siapalah yang tak nak murah rezeki? Takde lagi yang doa supaya sempitkan rezeki. Mahu rezeki senang masuk ada satu tips murah rezeki yang paling senang nak buat. Tapi ramai yang takut nak buat.


Nak tahu apa?

Bersedekah. Senang kan? Senang cakap, tapi ramai yang takut nak buat. Takut bajet bulanan lari, tak pun missed soru. Jadi dia lebih rela senyum saja bila tabung masjid melintas. Yelah kan senyum pun sedekah.

Beri sedekah ni matematiknya bukan matematik dunia, macam 10-1=9. Tapi sedekah ni matematik Allah SWT. 1 kita bagi, 10 Allah beri balik pada kita. Kurang yakin? Boleh tengok dalam video kat bawah ni, apa tips murah rezeki nombor 1 ni boleh buat pada kita:



'Tidak ada milik kita, semua yang ada Allah yang punya' macam lagu nasyid Rabbani ni kata, takde satu pun kita punya. Termasuklah harta kita, duit gaji, duit pinjaman hatta anak isteri pun bukan kita yang punya.

Dalam setiap rezeki yang di tangan kita sebenarnya ada hak untuk orang lain. Sebab itulah 2.5% zakat pendapatan wajib kita tunaikan,

Kita sedap-sedap makan kat Tony's Roma, tapi ada ramai lagi yang korek tong sampah belakang Tony's Roma cari 'left over food'. Ramai lagi yang ada susah, bukan kita tak nampak. Dalam newsfeed kita pun selalu lalu lalang.

Tapi kita bila nampak 'nak bantuan' baca sebelah mata je. Tak pun paling 'horror' scroll laju-laju sambil fikir 'takpelah ramai lagi yang kaya boleh tolong'. Habis tu kita?

Nak bersedekah, tak perlu kaya. Nilai 0.10 tapi kalau kita ikhlas, tinggi nilainya di sisi Allah. 

Selain dari bersedekah, ada lagi banyak tips murah rezeki yang boleh dibuat. Saya kongsikan 3 lagi amalan yang boleh beri murah rezeki:

1- Solat Awal Waktu
Bila azan berkumandang je, cepat-cepat bangun. Tinggalkan segala kerja yang dilaksana. Susah? Memanglah, tapi kalau tak usaha, macam mana nak berjaya kan? 
Mungkin boleh buat target, kalau sebelum ni selalu solat hujung waktu, buat KPI baru. Cuba untuk solat satu jam pertama selepas azan. Mohon Allah berikan kekuatan dan buatlah secara konsisten.

2- Solat Sunat Dhuha
Solat sunat dhuha ini tujuannya adalah untuk menyatakan yang kita bersyukur dengan rezeki yang diberikan pada kita. Bila kita bersyukur, maka Allah akan murahkan rezeki kita. 

Tak susah pun buat solat sunat ini, paling kurang 2 rakaat. Waktu paling baik, atau lebih afdhal adalah apabila matahari mula naik. Kalau kat Malaysia dalam pukul 9.30 pagi - 10.30 pagi.

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


3- Selalu Beristighfar
Bermaksud sentiasa memohon ampun pada Allah swt di atas kesalahan yang dilakukan. Mohon ampun bersungguh-sungguh dan berazam takkan mengulangi dosa yang telah dilakukan. Dosa yang dilakukan tanpa taubat akan menjadi penghalang kepada kemurahan rezeki. Orang kata rezeki sangkut.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang memang nyata buat maksiat, tapi hidupnya mewah? Inilah yang dipanggil Istidraj. Ia adalah tanda kemurkaan Allah swt pada hamba Nya. Allah akan memberikan dia harta dan kemewahan untuk membuat dia lupa akan Nya.

Ingatlah kemurahan rezeki bukan bermakna duit atau harta benda semata. Kesihatan, ketenangan hati dan urusan agama yang menjadi lebih baik juga adalah rezeki.

Usah sempitkan makna rezeki itu sendiri. Boleh bernafas saja dan masih bergelar Islam adalah rezeki dan nikmat yang paling besar.


Syarat paling utama murah rezeki adalah kita mendahulukan Allah swt dalam segala hal. Dan jadikan dunia ini sebagai jambatan atau tempat kita berbuat kebaikan. Supaya kita semua punyai tempat di syurga kelak.



You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube