Sakit Sendi Jari Sampai Pinggan Terlepas & Pecah, Apa Nak Buat?
Tuesday, March 03, 2015Sakit sendi jari, terutama jari tangan sangat menggangu tugas harian. Lagi-lagilah kalau suri rumah. Macam-macam kerja gunakan jari seperti basuh pinggan, lipat kain juga memasak.
Jika sakit menyerang, basuh pinggan pun boleh terlepas sampai pecah pinggan. Terkadang sampai boleh tertangguh semua kerja. Yelah biasanya boleh memasak dalam satu jam. Tapi bila sakit sendi jari mungkin dua jam atau lebih. Itu tak termasuk kerja-kerja lain.
Bila rumah tak kemas, mulalah suami tarik muka. Atau lebih sadis ada yang kena bebel. Padahal suami tak tahu sakitnya jari ni.
Bagaimana Nak Hilangkan Sakit Sendi Jari?
Sakit pada sendi jari boleh makin teruk jika tak dihilangkan di peringkat awal. Sakit yang berlarutan boleh menjadikan jari bengkak, mengeras tak boleh dibengkok, dan lebih teruk jari jadi berbonggol-bonggol. Dan waktu itu mungkin pembedahan sahaja yang boleh memulihkan kembali jari. Itu pun tiada jaminan jari boleh kembali normal.
Oleh itu bertindaklah segera untuk hilangkan sakit sendi jari ini!
Berikut adalah tanda-tanda anda mengalami sakit sendi jari:
- jari mengeras
- jari mula membengkak
- sakit terasa hingga ke pergelangan tangan
- jari merasa kebas
- mudah letih
- dan sakit yang berpanjangan lebih dari sejam ketika diserang
Punca-punca sakit ini boleh terjadi, adalah kerana:
- penyakit keturunan
- keadaan persekitaran seperti virus atau bakteria
- hormon dalam badan yang bercelaru
Pembedahan adalah pilihan terakhir bagi menghilangkan sakit sendi jari ini. Diantaranya adalah:
- berjumpa doktor dan mengambil ubat-ubat untuk hilangkan sakit ketika diserang
- berehat
- buat senaman pada kawasan yang sakit
- memakai 'splint' bagi melegakan tekanan
- elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan garam
- membuat fizikal terapi
- dan juga mengamalkan vitamin sendi bagi menghilangkan punca penyakit dan jari kembali sihat
Sumber: www.webmd.com
beginilah rupa sakit sendi jari yang tak dirawat segera |
Hilangkan sakit sendi jari dengan segera. Elakkan dari jari mencacat cacat akibat sakit. Bukan pinggan saja yang boleh pecah, anda mungkin tak berupaya membuat sebarang kerja rumah lagi.
Tiada yang layak menjaga diri kita selain diri kita sendiri.
Anda mahu order set sendi atau mahu bertanya-tanya dulu pun OK, boleh Whatsapp saya di 016 773 1892. Atau jika mahu terus membuat pembelian menggunakan debit atau kredit, boleh terus tekan butang 'Buy Now' di bawah.
0 comments