Ubat Kencing Manis Paling Berkesan & Tak Pantang Makan!

Wednesday, March 18, 2015

Terkejut Mak Dara (MD) bila tahu, 2.6 juta orang Malaysia ada penyakit diabetis ni. Setahu MD ubat kencing manis yang ada hanyalah untuk mengawal paras gula. Dan melambatkan kesan kencing manis ini pada organ yang lain.


Sebab itulah kencing manis bukanlah penyakit yang boleh di pandang remeh. Kerana ia boleh membawa maut.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan penyakit kencing manis ini boleh berlaku. Berikut adalah 7 faktor yang paling popular:

1- Keturunan
Usah salah faham, kencing manis tak merebak melalui darah. Ia disebut penyakit keturunan kerana corak pemakanan yang sama diamalkan turun temurun. 

Sebagai contoh, kalau mak bancuh teh dan bubuh gula 5 sudu besar. Maka anak pun akan buat perkara yang sama. Melainkan jika anak sudah ada kesedaran dan nak elak penyakit ini.

2- Gemuk atau Obesiti
Tak lain dan tak bukan yang menyebabkan obesiti ini adalah kegagalan diri mengawal nafsu makan. Ya betul makan tu penting untuk hidup. Tapi kalau sudah lebih makan, maka kencing manis senang terjadi.

Lebih-lebih lagi bila umur sudah meningkat ke 40an. Ditambah lagi dengan faktor stress dan tak suka bersenam, menjadikan penyakit ini antara yang popular di Malaysia. Adakah anda mahu menambah kepada angka 2.6 juta?

3- Suka Makanan Segera
Suasana kerja yang pantas dan masa yang agak suntuk di rumah membuatkan makanan segara adalah pilihan yang baik. Tapi tahukah anda yang ia makanan yang bahaya.

Bukan saja membuat orang mudah dapat penyakit kencing manis. Tapi juga banyak penyakit bahaya yang lain macam sakit jantung.

4- Tekanan Darah Tinggi
Atau hipertensi juga adalah penyebab utama penyakit kencing manis ini. Ia berlaku bila paras kolestrol jahat dalam badan tinggi. Jika anda seorang yang payah pantang makan, Phytocol-ST adalah pilihan yang terbaik.


Kerana ia membantu menyekat kolestrol  dari masuk ke dalam saluran darah. Hanya ambil 2 biji sebelum makan, dan anda boleh makan tanpa rasa takut.

5- Pankreas Gagal Berfungsi
Pankreas adalah organ yang menghasilkan insulin. Insulin ini adalah hormon yang menstabilkan gula dalam darah. Dan jika ia tak terhasil atau tak cukup, ia membuatkan kandungan gula dalam darah meningkat. Dan risiko kencing manis semakin meningkat.

Rujukan: webmd.com

ubat kencing manis, ubati kencing manis, rawat kencing manis, cara rawat kencing manis, turunkan gula darah, turunkan gula dengan cepat


Apakah Ubat Kencing Manis Paling Berkesan?

Setahu MD, masih belum ada ubat yang dapat bebaskan pesakit dari penyakit kencing manis. Ubat yang ada hanyalah untuk mengawal paras gula dalam darah. Dan melambatkan kesan kencing manis terhadap organ lain dalam badan seperti buah pinggang.

Mustahil jika penyakit kencing manis ini boleh disembuhkan hanya dengan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor.

Selain dari terus mengambil ubat, apa yang ada boleh lakukan untuk merawat kencing manis ini adalah dengan:

1- Turunkan Berat Badan
Dapatkan berat badan yang optimum dan sihat. Jika berat badan diturunkan ke paras selamat, paras gula dalam darah juga akan menurun.

2- Diet Yang Seimbang
Kurangkan pengambilan karbohidrat yang boleh bertukar menjadi gula dalam darah. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Juga makan protein yang baik, yang bebas dari kolestrol seperti soya. Pastikan hanya soya Non-GMO.

Disamping itu minum air secukupnya. 

3- Bersenam
Mulakan dengan sesuatu yang ringan. Seperti berjalan laju disekeliling rumah. Atau pilih senaman yang anda gemari dan mampu buat.

4-  Kawal Stress
Salah satu caranya adalah dengan berfikiran positif. Dan elakkan diri dari keadaan yang boleh menimbulkan stress.

5- Jaga Paras Gula Dalam Darah
 Buat semakan berkala bagi menentukan paras gula dalam darah. Makan ubat secara berjadual, kawal stress dan juga amalkan pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi.

Disamping itu anda boleh mengambil Vivix bagi membantu ubati kencing manis secara selamat dan semulajadi.

Vivix adalah supplemen yang terbaik dan berkesan untuk bebas dari kencing manis. Dan ia telah diakui oleh banyak pihak.

Berikut adalah testimoni pesakit kencing manis yang telah turun paras gulanya selepas mengambil Vivix. 

Bagaimana Vivix Berkesan?

Vivix ini adalah supplemen yang kaya anti oksidan. Dan ianya adalah satu-satunya supplemen yang dapat menembusi DNA badan seseorang. 

Apabila terkena penyakit kencing manis, DNA dalam badan terjejas dan sel-sel banyak rosak. Jadi Vivix membantu memulihkan sel-sel badan yang rosak dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

Kelebihan Vivix adalah kerana ia mengandungi anggur muscadine. Anggur ini mampu menurunkan paras gula secara semulajadi hanya dalam satu malam sahaja. Dan ia telah diakui paling berkesan, mudah dan pantas dalam mengawal paras gula dalam darah tanpa sedikit pun rasa sakit.

Bertindak segara jika anda sudah disahkan ada penyakit kencing manis. Lambat bertindak hanya akan burukkan keadaan, organ badan rosak dan mungkin juga kaki terpaksa di potong. 

Sayangi diri dan ubatlah kencing manis secepat mungkin.

Nak order Vivix, boleh SMS/Whatsapp MD di 016 773 1892. Jika mahukan penerangan lanjut juga dialu-alukan.

Atau jika anda mahu terus beli Vivix, boleh klik pada --> Beli Vivix Sekarang!

You Might Also Like

1 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube