Sakit Tulang Belakang Lepas Lahirkan Anak Sampai Tak Boleh Duduk, Apa Nak Buat?

Monday, March 09, 2015

Sakit tulang belakang dan lenguh-lenguh badan, ni pun satu perkara yang biasa sangat bagi mak-mak lepas lahirkan anak. Sampaikan nak duduk pun sakit mencucuk. Bila mengiring susukan anak, bangun-bangun je tangan kebas.


Sampailah paling kronik, bila ada benjolan tulang tumbuh pada tangan. Dan anak yang disusukannya masa umur 5 bulan, gigi dah decay. Barulah dia perasan yang dia ada masalah kurang kalsium rupanya. Tengoklah apa yang mak ni buat nak bagi setel masalah sakit tulang belakang:



Semasa mak-mak mengandung urat-urat di badan jadi lebih mengembang dari masa tak mengandung. Jadi kecederaan mudah berlaku di sekitar pinggang dan belakang badan. Kalsium antara mineral yang penting untuk menjaga kesihatan urat dan tulang semasa mengandung.

Keperluan kalsium masa mengandung bukan untuk mak-mak saja, tapi juga banyak diserap oleh anak di dalam kandungan. Jadi bila kurang kalsium yang paling terasa sekali adalah mak.

Sebab itulah sakit tulang belakang masih berlarutan lepas lahirkan anak. Kekurangan kalsium yang tak di atasi semasa hamil, makin meruncing bila lepas lahirkan anak.

sakit tulang belakang, sakit belakang, sakit belakang badan, sakit belakang badan semasa hamil, sakit belakang lepas bangun tidur, sakit belakang lepas bersalin


Ditambah stress semasa meneran untuk lahirkan anak. Juga diet semasa pantang yang mungkin juga tak cukup nutrisi. Sakit semakin menjadi-jadi. 

Nak keluar berjalan-jalan dengan keluar pun rasa tak selesa sebab sakit. Aktiviti yang sebelum ini suka gila nak buat, sekarang tak boleh buat. Dan suami pun tarik muka, sebab isteri sakit bila masa nak bersama.

Kerja rumah pun banyak yang tertangguh. Dan dukung anak yang tah berapa kg tu je pun dah rasa tak larat sangat. Pendek kata, sakit tulang belakang ini benar-benar mengganggu hidup.

Pengalaman masa mengandungkan anak pertama, masa kejadian usia baby dalam perut 6 bulan. Terlupa kut mengandung time tu, saya bongkok badan dengan kelajuan macam orang tak preggy. Sekali 'krup' bunyi kat belakang badan.

Oleh kerana tak hati-hati dan kalsium tak cukup saya menderita dekat 2 tahun sakit tulang belakang. Saya langsung tak boleh duduk menyusukan anak. Terpaksa baring setiap kali susukan anak. Kalau duduk juga, sakitnya bak dicucuk-cucuk.

Dan lepas tu, bila saya mengandung memanglah saya tak pernah lupa ambil kalsium.

Berikut adalah 9 tips untuk melegakan sakit tulang belakang:

1- Amalkan postur badan yang betul. Seperti berdiri dengan tegak dan letakkan bantal kecil pada kerusi untuk menampung bahagian belakang badan. Elakkan membongkokkan badan bila duduk dan berjalan. Tegakkan bahu dan berjalan atau berdiri dengan betul.

2- Pakai kasut atau sandal yang sesuai. Ingat ye, elakkan 'flat-shoes' kerana ia hanya membuatkan sakit makin terasa disebabkan tekanan. Oleh itu pakai kasut yang bertumit rendah.

3- Angkat barang dengan hati-hati. Jika terpaksa mengambil barang di lantai, pastikan anda mencangkuk untuk mengambil barang, bukan membongkokkan badan. Atau lebih baik, minta bantuan orang disekeliling.

4- Tidur secara mengiring, kerana tidur terlentang hanya akan menyebabkan bahagian belakang badan dapat tekanan yang lebih.

5- Urutan secara perlahan juga dapat melegakan dan mencegah sakit tulang belakang bertambah teruk. Atau boleh juga letakkan ice pack pada bahagian yang sakit.

7- Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang  

8- Cuba untuk lakukan fizikal terapi bagi merawat kesakit


Usah biarkan sakit tulang belakang ini berlarutan. Ia mungkin akan menyebabkan kecacatan tulang seumur hidup dan mungkin juga lumpuh. Sayangi tulang belakang masing-masing ya.

Jika nak tanya-tanya pasal vitamin apa yang baik untuk sakit tulang belakang ni, boleh Whatsapp ke 016 773 1892.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube