Resepi Sotong Masak Hitam Paling Senang Tapi Sedap Kut!

Saturday, March 21, 2015

Hah siapa pernah makan sotong masak hitam ni? Dulu kalau Mak Dara (MD) cerita dengan kawan pasal sotong hitam ni, mesti diaorang pelik. Sampai ada yang kata 'ei tak kotor ke?'.


Tapi MD tak kisah, pasal diaorang ni tak tahu lagi nikmat resepi ni. Kalau masak ni, makan dengan nasi panas je pun dah ok. Tak pandang lelauk lain.

Ini resepi original dari ibu MD. Nak buat, ya ampun senang sangat. Bagi adik-adik yang baru kahwin, tapi belum reti masak sangat. Boleh cuba resepi ni. Kut lah lepas makan sotong masak hitam, suami makin sayang.

Bahan-bahannya:
  • 6 ekor sotong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 batang cili api
  • 1 ulas bawang besar
  • 1/2 sudu garam dan serbuk kunyit (boleh tambah atau kurangkan ikut selera korang)

Cara-caranya:
  • Asingkan kepala dan badan sotong, cabut perlahan-lahan. Jangan sampai hitam aka ink sotong pecah. Buang bahagian keras atas kepala sotong. Keluarkan tulang nipis dalam badan sotong dan cuci bersih. Lepas tu keratlah 3-4 bahagian, ikut saiz sotong.
  • Gaulkan sotong yang dah bersih dengan serbuk kunyit dan garam.
  • Dalam lesung tumbuk kasar bawang putih dan cili api. Dan hiris bulat bawang merah.
  • Letak minyak dan panaskan kuali. Masukkan sotong dan gorengkan. Nanti hitam tu akan pecah semasa digoreng. Kemudian masukkan bawang putih dan cili api tadi, dan gaul mesra.
  • Bila sotong agak masak, masukkan bawang besar. Masak sikit lagi, dan siap.
sotong masak hitam, resepi sotong masak hitam, sotong masak ink, sotong masak hitam indonesia, cara masak sotong hitam

Tips Special:
1- Lepas basuh sotong tu, toskan dulu bagi air keluar.
2- Kalau suka kuah pekat, tak payah tutup kuali nak bagi sotong masak.
3- Tak payah lama-lama masak sotong, nanti overcooked jadi keras tak sedap.
4- Kalau suka boleh bubuh sayur sekali dalam sotong masak hitam ni, macam brokolli.

Bila taip resepi ni pun dah teringat-ingat rasa dia. MD ni punyalah tak nak bazirkan hitam sotong tu, bila dah angkat sotong masuk dalam pinggan. Laju-laju MD bubuh sikit nasi dalam kuali dan golek-golekkan. Uish nikmat makan nasi hitam.

Boleh kena juga dengan sambal belacan, goreng ikan kembung dan sayur kacang goreng. Mesti bertambah-tambah nasi.

Tapi jangan melampau-lampau. Kalau dah makan sepinggan penuh pun masih lapar. Boleh telan Alfalfa, bagi kawal nafsu serakah tu.

Bahaya makan nasi banyak-banyak ni. Bukan je boleh buat badan naik, tapi boleh kena kencing manis.

Tak susah sebenarnya nak masak ni. Lagipun asal isteri yang masak mesti suami suka. Anak pun happy. Tak sama dengan makan kat luar ni.

Lagipun air tangan tu yang penting. Masak dengan kasih sayang, tambah pula zikir-zikir masa masak. Bila makan tu meresap kat jiwa suami dan anak-anak. Sebab tulah ada pepatah nak ikat suami, mesti jaga perut dia.

Kalau makan kat luar, dengan tah siapa-siapa yang masak. Tah bersih ke tak. Tahu-tahu masuk perut. Itu semua mempengaruhi jiwa anak-anak.

Senang sangatkan sotong masak hitam ni kan? Cuba tau jangan tak cuba. Nanti kalau dah cuba share dengan MD sedap ke tak tau.

Oh sebelum lupa, MD nak bagitahu ni. Kalau korang ada hajatkan vitamin nak sihat, cantik, kurus ke, carilah MD ye. Boleh Whatsapp di 016 773 1892. Nak tanya-tanya je pun boleh.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube