Anak Asyik Demam Duduk Di Taska Sampai Prestasi Kerja Pun Merosot, Atasi Di Sini

Wednesday, March 04, 2015

Ibu manalah tak risau jika anak asyik demam. Baru minggu yang lalu kebah demam, ini pengasuh bagitahu badan anak panas. Tahu sudah risiko hantar anak ke taska, penyakit mudah berjangkit. Tapi apalah pilihan yang ada demi nak membantu suami.


Zaman sekarang semua perlu duit, bila GST tak tahulah apa akan jadi. Risau sebab sana sini company berhentikan orang kerja. Jadi kenalah jaga prestasi supaya tak merosot, tapi kalau asyik cuti bila anak demam, apa kata bos?

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk elak anak asyik demam? Video di bawah ada jawapannya:



Apabila anak demam cara yang terbaik adalah kita sebagai ibu menjaganya sendiri di rumah. Jika terus dihantar ke taska, mungkin akan berjangkit pula kepada anak orang lain.

Cara Elak Anak Asyik Demam

  • bekalkan pinggan, cawan, sudu dan garpu untuk anak anda, dan beritahu pengasuh supaya tak berkongsi dengan anak-anak lain
  • ajarkan anak kerap membasuh tangan, terutamanya selepas makan dan selepas ke bilik air
  • berikan hand sanitizer untuk di bawa anak ke taska, dan minta bantuan pengasuh untuk memantau anak
  • berikan makanan yang berkhasit untuk anak, lebih baik bekalkan makanan semasa anak di taska
  • ajarkan anak untuk tidak memegang hidung, mulut dan mata kerana bahagian tersebut mudah dimasuki bakteria dan virus
  • tunjukkan cara yang betul pada anak bila bersin dan batuk, tutup mulut atau hidung
  • berikan vitamin sebagai pelengkap makanan untuk membina antibodi badan yang kuat dan tak mudah kena penyakit
  • pastikan anak anda minum dengan secukupnya



Selain dari ubat, terdapat cara lain untuk meredakan demam anak-anak. Terlalu kerap memberikan ubat kepada anak boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman anak-anak. 

Cara yang paling mujarab untuk melegakan anak yang asyik demam adalah sentuhan ibunya. Kerapkan peluk anak semasa ini. Selain itu cara berikut juga boleh dilakukan jika anak demam:
  • basahkan tuala dan letakkan di atas dahi anak
  • buat 'sponging' atau basahkan badan dan kepala anak, terutama di bahagian ketiak dan pelipat
  • berikan banyak air kepada anak, kerana air boleh meredakan kepanasan
  • buka kipas perlahan supaya udara boleh 'circulate' dengan baik
  • elakkan memakai baju yang tebal
  • tak perlu menyelimutkan anak kerana ia hanya akan menambah kepanasan badan

Mencegah lebih baik dari merawat. Hati-hati musim panas sedang melanda, ia juga boleh menyebabkan anak mudah demam. Jadi ambillah langkah pencegahan untuk mengelak anak asyik demam. 

Nak order Set Anak Sihat boleh Whatsapp saya di 016 773 1892. Kalau anda nak survey-survey dulu pun OK je.

Dan kalau anda nak terus membeli secara online dengan menggunakan kad debit atau kredit, boleh tekan butang 'Buy Now' sekarang.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0aa009391d33cae0536040843c3f6735

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube