Rambut Gugur Banyak Sampai Suami Seram Melihat, Apa Nak Buat?

Wednesday, March 11, 2015

Rambut gugur tu biasa, tapi kalau rambur gugur banyak? Bila lepas mandi segumpal rambut kena kutip. Kalau sesekali takpe lah, kalau hari-hari.


Memanglah pakai tudung. Kalau kat rumah, takkan nak bertudung pulak. Pelik karang suami tengok. Tapi bila bukak je tudung suami buat muka seram. Mana tak nya, rambut suami lagi banyak. Takkanlah nak biarkan botak, isteri botak? Oh tidak!

Dan disebabkan tak nak jadi botak inilah Puan Maria buat sesuatu. Dia terpaksa untuk elak anaknya keliru, yang botak ini ibu ataupun ayah. Jawapannya semua ada dalam video 50 saat di bawah:


Bagi mengatasi masalah rambut gugur banyak ini, perkara yang perlu diambil tahu adalah penyebab kepada masalah. Kerana bila sudah jelas apa yang menyebabkan rambut suka terjun dari kepala, lagi senanglah langkah nak atasi rambut dari terus gugur.

5 Punca Rambut Gugur Banyak Yang Mungkin Anda Tak Sedar


1- Hormon Tak Stabil
Paling kerap berlaku bila seorang itu lepas melahirkan anak. Dan paling ketara bila umur anak menjelang 5-6 bulan, waktu ini anak sudah pandai menyembur.

Biasakan dengar mak-mak kata habis rambut aku gugur sebab anak dah pandai main sembur air liur. Sebenarnya takde kaitan pun air liur anak dengan rambut gugur tu. Sebab semasa mak-mak mengandung hormon dalam meningkat dan ini menghalang rambut gugur. Tetapi bila lepas melahirkan anak, hormon badan akan kembali ke paras normal. Dan rambut akan gugur seperti sebelumnya. 

Oleh itu penting menjaga kestabilan hormon dalam badan. Semakin kurang hormon, makin banyaklah rambut yang terus gugur dan tak tumbuh yang baru. Pengambilan protein kelas 1 seperti Energizing Soy Protein membantu menggalakkan pertumbuhan rambut baru selepas rambut gugur.

2- Tekanan 
Banyak masalah timbul jika seseorang tertekan. Rambut juga boleh jadi gugur jika anda mengalami tekanan. Sama seperti pasangan yang baru berkahwin, stress atau tekanan boleh mengundang masalah sukar dapat anak. Vitamin kesuburan Shaklee, dapat membantu meningkatkan peluang menimang cahaya mata.

Sudahlah tertekan dengan masalah ditempat kerja. Kini bertambah stress bila rambut gugur tak tentu hala. Nak berdandan depan suami pun jadi malu, sebab rambut nipis sangat. Tak kan nak pakai rambut palsu?

rambut gugur banyak, rambut mudah gugur, rambut mudah putus, rambut gugur teruk, rambut gugur banyak sangat, rambut gugur selepas bersalin, rambut gugur selepas rebonding


3- Makanan Tak Sihat
Sudahlah stress, makan pun tak jaga. Dari lunch sampai ke dinner asyik fast food. Jadi tak hairanlah kalau selak rambut je pun, dah boleh gugur berhelai-helai.

Jagalah pemakanan, nak lagi sihat masak sendiri di rumah. Kalau tak boleh, pilihlah makanan yang sihat. Dan disamping itu makan vitamin untuk rambut kuat dan lebat. 

4- Pakai Tudung Yang Tak Sesuai
Pilih tudung yang tak panas dan tak memerangkap haba. Kerana bila panas ia boleh membuatkan kulit kepala berpeluh. Bila dah berpeluh, ia lebih mudah mengundang kelemumur.

Kelemumur yang teruk akan membuatkan akar rambut tak kuat. Jadi mudahlah rambut nak gugur secara berjemaah.

Tengokkan iklan shampoo bagi wanita bertudung, semua stok garu-garu kepala gatal tak selesa. Jadi pilihlah tudung yang selesa, dan sejuk di kepala. Supaya mahkota wanita cantik terbela.

5- Tak Jaga Kebersihan Rambut
Sikap kurang kisah atau sambil lewa menjaga kebersihan rambut juga menjadi punca rambut gugur. Terutama bagi wanita yang bertudung. Kulit kepala yang terlalu berminyak lebih mudah memerangkap kotoran. Yang boleh menyebabkan kelemumur.

Oleh itu basuhlah rambut, paling kurang sekali dalam masa dua hari. Elakkan guna shampoo yang tinggi bahan kimia. Boleh guna shampoo yang di buat dari bahan semula jadi dan bebas bahan kimia.

Setiap yang dikurniakan Allah SWT adalah nikmat. Begitu juga dengan rambut. Orang yang tak de rambut sangatlah mengharapkan rambut tumbuh.

Jadi kita yang ada rambut jagalah nikmat yang satu ini. Sayangi rambut, elakkan dari rambut gugur banyak. Lagi pun, mesti malu kan dengan suami bila dia belai rambut kita, melekat-lekat rambut kat tangan dia. Jangan sampai suami serik nak belai lagi.

Nak borak-borak pasal vitamin rambut kuat dan lebat boleh SMS/Whatsapp di 016 773 1892. 

Atau nak beli serta merta, boleh terus klik 'Buy Now' di bawah:

 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=354fdb0a06857ad757d94eb86ccdbf06


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube