breastfeeding
Ibu Runsing, Anak Tak Puas Menyusu Sebab Susu Cair. Atasi SEGERA.
Friday, July 14, 2017
"Saya risau, anak tak puas menyusu. Dan menyusu pun tetap saja dia merengek. Bukan saya tak ada susu. Susu banyak, tapi tak pekat. Akak boleh bantu?".
Ini antara krisis ibu menyusu yang biasa Eray dengar. Susu banyak, tapi anak tak puas menyusu.
Agaknya kenapa perkara macam ini boleh berlaku? Bukan ke sepatutnya bila susu banyak, anak akan kenyang?
Ada beberapa sebab yang boleh mempengaruhi kualiti susu badan. Susu badan yang baik sepatutnya akan menghilangkan haus di anak. Dan ia juga mengeyangkan perut anak dan dia boleh tidur lena. Tak meragam dan merengek.
sumber: parents.com |
Susu Ibu Yang Berkualiti?
Susu ibu yang baik dan berkualiti adalah susu yang seimbang komposisinya. Mengandungi cukup air, lemak dan penuh dengan nutrisi.
Biasanya susu yang baik akan lebih pekat dan berwarna kekuningan. Susu jenis ini yang menghilangkan haus dan mengenyangkan bayi. Malah yang lebih penting, ianya faktor utama tumbesaran bayi.
Susu yang cair, adalah susu awal yang keluar semasa setiap sesi
penyusuan atau mengepam. Ia juga dipanggil sebagai foremilk. Bertindak
sebagai penghilang dahaga.
Kemudian pada tengah atau
akhir sesi penyusuan, barulah hidmilk akan keluar. Hindmilk ini
mengandungi lemak yang akan mengenyangkan.
Jika cukup keduanya, bayi akan lebih tenang selepas menyusu. Silap-silap terus tertidur kekenyangan.
Tiada lagi masalah anak tak puas menyusu.
Adalah sedikit masa 'emas' untuk ibu melakukan perkara lain.
Namun, masih ramai ibu yang menyusukan tidak jelas mengenai perkara ini.
Faktor Susu Kurang Berkualiti
1- Lambat Mengepam atau Menyusukan
Mungkin ada ibu yang terfikir, lebih baik aku tangguh dulu mengepam lagi 2-3 jam. Masa tu mesti susu aku mencurah-curah, yelah sebab dah bengkak. Bengkak kan tanda susu banyak.
Ini salah faham yang sering berlaku. Payudara yang bengkak akan menyebabkan komposisi susu menjadi tak seimbang.
Susu akan mengandungi lebih banyak air. Dan bayi juga boleh terkena risiko kembung perut.
Bayangkan saja, orang yang sedang lapar. Kemudian kita suruh dia minum air banyak, tentu kembung kan?
Samalah juga dengan bayi. Susu yang cair ini akan memenuhkan perutnya, tetapi ia tidak mengenyangkan.
Itu yang selepas minum susu, bayi tetap merengek dan minta disusukan semula.
Sebaiknya susukan bayi pada setiap 2-3 jam sekali. Atau perhatikan tanda-tanda bayi mahu disusukan.
Jangan tunggu bayi menangis baru hendak menyusukan. Kalau bayi mula masukkan tangan ke dalam mulut, itulah tanda yang amat pasti bahawa bayi lapar.
Walaupun baru sejam lepas dia menyusu. Ibu kena ulang semula menyusukannya.
2- Kekurangan Protein Dalam Diet Harian
Protein adalah nutrisi terpenting bagi menghasilkan susu yang pekat berkhasiat. Menu ibu yang menyusu WAJIB ada protein.
Samaada ikan, telur, daging ataupun ikan. Namun protein jenis ini mudah rosak semasa proses penyediaan. Samaada terlebih masak, atau dipanaskan berkali-kali.
Ini yang menyebabkan walaupun sudah ambil protein, tetap saja susu cair dan tidak pekat. Kesannya anak tetap merengek selepas menyusu akibat anak tak puas menyusu.
Kalau makan berlebihan sangat, nanti naik pula berat badan. Kalau boleh ibu mesti mahu badan maintain slim walaupun menyusukan anak kan?
Cara yang paling selamat, ambil protein yang berasakan tumbuhan. Seperti Energizing Soy Protein (ESP).
Zero kolestrol dan berindeks glisemik rendah. Menghasilkan susu yang pekat berkualiti, tanpa memerlukan ibu untuk makan lebih banyak.
Oh ESP juga membuatkan ibu tetap slim. Dan kulit pun bertambah molek halus.
Jika kedua-kedua masalah ini dapat ditangani dengan baik, ibu pasti dapat menyusukan sehingga bayi puas menyusu.
Tiada lagi episod anak tak puas menyusu. Sehingga menyebabkan dia merengek dan meragam.
Ibulah orang yang paling bahagia jika melihat bayi tertidur kenyang selepas menyusu. Apatah lagi bila semakin hari, berat badan bayi bertambah dan makin comel.
Jika anda perlukan ESP untuk membantu atasi masalah anak tak puas menyusu ini, boleh hubungi;