Luka Bersalin Terbuka, Elak Dari Melarat SEGERA!
Wednesday, March 08, 2017
Assalamualaikum,
Seramnya bila ada kawan Eray kata luka bersalin terbuka. Kawan Eray ni jenis lasak, dalam berpantang pun ligat buat kerja.
Tapi bila dah terbuka tu, paniklah dia.
Pasal lukanya tak sembuh lagi. Tak ingat pula Eray dia pergi jahit semula atau tidak. Tapi memang ambil masa yang lamalah juga untuk luka bersalinnya sembuh.
Azablah juga sementara nak tunggu sembuh.
Selain dari lasak masa berpantang, penjagaan yang tak sempurna masa pantang pun boleh membuatkan luka bersalin terbuka.
Membasuh luka dengan cecair Dettol pun boleh jadi sebab jahitan terbuka. Mungkin tidak serasi, atau tidak dicairkan dahulu dengan air sehingga benang jahitan terhakis sebelum waktunya.
Eray pun ada juga pengalaman luka bersalin terbuka. Waktu berpantang anak pertama. Syukurlah yang menjaga Eray ibu sendiri. Bila terasa semacam minta ibu tolong tengokkan.
Nak tengok sendiri jangan harap! Takut!
Sudah pun masuk dua minggu, tapi masih rasa basah. Masih rasa ngilu dan sakit.
Ibu kata ada bahagian luka yang terbuka, benang tak ada dah. Mujurlah sikit saja ibu kata.
Itu pun dah takut sangat. Siapalah yang sanggup nak kena jahit kali kedua hidup-hidup kan?
Akhirnya bercantum juga. Itu pun dah nak dekat empat minggu berpantang. Lambat kan?
Patutlah syurga itu di bawah telepak kaki ibu. Sudahlah sakit bersalin, tambah lagi sakit luka jahitan yang tak sembuh-sembuh.
Berbeza semasa berpantang anak kedua dan ketiga. Luka bersalin sekejap saja dah sembuh.
Dua minggu berpantang luka dah kering. Bila duduk pun dah rasa selesa. Nak membuang pun tak seram dah tau.
Kalau tak, selagi boleh nak kepit.
Belajar dari pengalaman berpantang anak pertama. Bila nutrisi tak cukup, luka memang lambat sembuh.
Itu yang boleh membawa kepada risiko luka bersalin terbuka. Lagi parah kalau luka kena jangkitan kuman dan bernanah.
Oh seram!
Bila dah tahu tentang kebaikan Set Berpantang Shaklee, Eray memang bertekad nak mengambilnya.
Syukurlah, sangat serasi. Luka cepat sembuh, serta badan pun rasa bertenaga. Terasa macam bukan dalam pantang pula. Hehe.
Set ini lengkap dengan semua vitamin dan mineral yang ibu berpantang perlukan. Eray rasa penting supplemen semasa pantang.
Yelah makan semasa berpantang kan bercatu. Elok lengkapkan dengan supplemen.
Apa yang Eray amalkan, selepas sarapan mesti ambil Vitalea, B Complex dan SR Vita C.
Vitalea untuk bekalkan tenaga, maklumlah bila ada bayi sah-sahlah tidur tak berapa nak cukup. Bila makan multivamin Shaklee terasa badan bertenaga.
B Complex pula untuk kurangkan stress. Berpantang anak pertama tak stress sangat, sebab banyak masa untuk diri sendiri. Tapi bila anak kedua ketiga, memang perlu sangat vitamin ini.
Tak sabar, boleh meroyan pula.
SR Vita C bagus untuk cepat keringkan luka. Bila luka dah kering, barulah berani nak melasak sikit.
Menyusukan anak buat Eray asyik lapar. Tapi dalam pantang, tak berani makan banyak. Nanti berat tak turun pula.
Penyelesaiannya Eray akan bancuh Energizing Soy Protein (ESP) sebagai alas perut sebelum makan tengah hari. Lagi pun ESP bagus untuk hasilkan sel-sel baru yang sihat dan cantik. Luka pun cepat sembuh dan cantik bercantum.
Susu badan pun jadi lebih pekat. Bayi pun tak meragam sangat, mudah nak dijaga. Lagi-lagi bila berpantang sendiri.
Sebelum tidur pula, Eray pastikan ambil kalsium dengan cukup. Caranya dengan mengambil 4 biji Ostematrix.
Esok pagi bangun hilang segala lenguh badan. Bolehlah sambung menjaga diri berpantang dan bayi kecil yang asyik nak menyusu je.
Khas untuk penjagaan luaran Eray guna Nona Roguy. Bagi cucian bahagian luka, Eray guna uncang cucian Nona Roguy. Tekap-tekap kering air, Eray sapukan sikit dengan Minyak Herbanika.
Selepas mandi, terasa segar sangat. Insyaallah berpantang kali keempat nanti pun Eray bercadang menggunakan Set Berpantang Shaklee dan Nona Roguy.
Kawan-kawan yang tengah berpantang tu, jagalah elok-elok luka bersalin tu ye. Dr Hana ada kongsikan cara mudah jaga luka bersalin, klik saja di sini.
Tak nak luka bersalin terbuka, bolehlah cuba ambil Set Berpantang Shaklee. Menag terasa sangat kelainannya.
Nak order? Boleh SMS/WA Eray di 0167731892.
Cara pengambilan set yang betul akan Eray berikan. Insyallah Eray ikuti perkembangan proses berpantang secara khusus melalui WA.
Berpantang bukanlah menyeksakan, kalau kita tahu cara yang betul. Setuju?
2 comments
Assalamualaikum eray...nk tny...luka epi saya bernanah...buatkan saya stress..boleh ke saya amalkan vita c shaklee...masih blom terlambat ke...?
ReplyDeletewaalaikumsalam pija, kena pergi ke klinik kesihatan untuk dapatkan antibiotik. dalam masa yang sama ambil vita c shaklee dan vivix.
Delete