Set Berpantang Paling Sesuai Untuk Yang Berpantang Sendiri

Friday, March 24, 2017

Assalamualaikum,

Berpantang sendiri bukanlah satu pilihan yang baik. Tetapi jika keadaan sudah memaksa, apa lagi yang boleh dibuat melainkan dengan mengharunginya sehingga tamat.


44 hari ini, jika tidak betul dijaga. Maka meranalah badan kemudian hari.

Walaupun berpantang sendiri, cubalah sebaiknya untuk buat yang terbaik.

Antara satu perkara yang paling penting semasa berpantang adalah pemilihan set berpantang itu sendiri. Percaya atau tidak set berpantang ini sangat mempengaruhi ibu ketika berpantang.



Bayangkan sajalah, dengan badan yang masih lemah. Luka bersalin yang belum sembuh. Anak mahu menyusu dan perhatian.

Jika tidak ditangani dengan baik, mungkin saja ibu boleh meroyan. Apatah lagi jika berpantang sendiri.

Terdapat 3 perkara yang ibu perlu titik beratkan semasa tempoh 44 hari berpantang;

1- Luka Selepas Bersalin

Ini bukan hanya luka koyakan, episotomi atau c-sect. Tetapi ia melibatkan luka-luka di dalam rahim. Luka yang lambat sembuh membuatkan ibu tertekan.

Oleh itu, dapatkan set berpantang yang bagus dan pantas menyembuhkan luka luaran dan dalaman. Luka yang mula membaik akan memudahkan lagi urusan si ibu yang berpantang sendiri.

2- Makan Ketika Pantang

Ketika berpantang cuba untuk amalkan pemakanan yang seimbang. Kalau sebelum ini anda jenis bantai semua, jadikan waktu berpantang sebagai permulaan untuk makan dengan sihat.

Pastikan makanan lengkap dengan karbohidrat, protein dan fiber. 

Pilih cara memasak yang mudah, seperti grill, stim atau merebus. Sayuran pula, kalau nak mudah makan saja salad atau ulam-ulaman.

3- Elakkan Tekanan yang Tidak Penting

Seperti rumah yang berselerak, kain bertimbun tak berlipat dan anak-anak yang asyik nak bergaduh. Ketika ini belajar untuk terima dan bersabar.

Rumah berselerak, minta suami bantu uruskan. Kain, kalau ada masa lipatlah perlahan-lahan. Elak untuk berasa tertekan.

Ambil juga vitamin b-complex bagi mengawal tekanan.

Nampak macam senang dan mudah untuk dibuat bukan? Tapi percayalah kenyataannya taklah seperti yang dibayangkan.

Kerana itulah anda perlukan set berpantang yang sesuai untuk berpantang sendiri. Set ini mesti mampu 'selesaikan' ketiga-tiga perkara penting di atas.

Set berpantang itu mestilah praktikal, mudah untuk diambil. Mesti mengandungi keperluan vitamin dan mineral ibu berpantang dan menyusukan.

Paling penting, ia mampu membantu menyembuhkan luka-luka bersalin dengan cepat.

Jadi apakah set berpantang yang paling sesuai itu?

Tentulah Set Berpantang Shaklee, telah terbukti membantu ramai ibu-ibu yang berpantang sendiri mengharungi 44 hari dengan baik.

Set ini mengandungi tujuh item iaitu Vivix, Vita Lea with Iron Formula, B-Complex, Sustained Release Vita C, Energizing Soy Protein (ESP), Alfalfa Complex dan Omega Guard.

Sangat praktikal untuk diambil. Tidak memerlukan waktu yang lama untuk menyediakannya.

Insyaallah, anda pasti mengalami pengalaman berpantang yang bahagia. Bukan lagi berpantang yang menyusahkan, busuk dan tak selesa seperti yang kawan-kawan anda beritahu.

Anda rasa lebih bertenaga walaupun tak cukup tidur melayan anak nak menyusu. Luka bersalin cepat sembuh, dalam masa dua minggu luka akan mengering.

Walaupun tidak dapat makan dengan cukup seimbang, anda tetap dapat vitamin dan mineral yang mencukupi. Set berpantang ini akan melengkap keperluan nutrisi.

Sebagai bonus, berat badan akan juga akan menurun dengan jayanya. Habis tempoh berpantang, berat akan kembali seperti sebelum mengandung dahulu.

Selain itu, kulit muka pun jadi lebih sihat dan berseri-seri. Memang nampak perbezaan yang ketara sekali. Mesti terkejut kawan-kawan sepejabat bila melihat anda naik kerja nanti. 

Badan ramping, muka pun cantik berseri-seri. Paling penting, suami pun pasti gembira yang amat.

Anda rasakanlah sendiri pengalaman berpantang sendiri dengan Set Berpantang Shaklee ini. Bagaimana cara mendapatkan set ini?

Anda boleh hubungi saya melalui SMS/WA di 0167731892. Setiap pembelian akan saya berikan konsultasi khusus dan cara pengambilan set yang betul.

Barulah anda akan rasakan kesannya yang optimum.

Bertindak segera. Anda berhak rasai dan dapatkan tempoh berpantang yang indah walaupun berpantang sendiri.


You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube