Susu Terlalu Banyak, Cuba Tips Berkesan Ini Bagi Mengatasinya

Friday, March 10, 2017

Assalamualaikum,

Ibu mana tidak suka susu banyak, tapi kalau susu terlalu banyak ia boleh menjadi satu masalah. Bukan saja tidak selesa, malah nak menyusukan anak pun jadi susah.


Ibu yang ada masalah begini mesti tahu bagaimana rasanya bukan?

Masalah susu terlalu banyak ini juga boleh mengundang kepada masalah penyusuan yang lain. Seperti payudara bengkak, susu tersumbat dan mastitis.

Terkadang akan merasa sakit yang amat di kala berlakunya LDR (let down reflex). Ini disebabkan susu seperti dipaksa keluar.

Susu yang terlalu banyak dan laju menyukarkan bayi untuk menghisap. Bayi akan sering tersedak dan susu akan keluar melimpah dari mulutnya sebelum sempat dia menelan.

Akhirnya bayi akan meragam. Ibu pula akan jadi sedih dan risau dengan masalah yang dihadapinya.

Sebenarnya susu terlalu banyak ini terjadi disebabkan kombinasi LDR yang terlampau aktif dan foremilk dan hindmilk tidak seimbang.

Bayi akan minum lebih banyak foremilk, tanpa sempat mendapatkan hindmilk. Ini menyebabkan bayi mudah lapar kembali dan asyik meragam mahu menyusu.

Selain itu, perut bayi juga akan mudah kembung dan kerap muntah susu.

susu terlalu banyak, susu banyak, kurangkan susu ibu, kurangkan susu badan, susu ibu banyak, susu badan banyak, oversupply breast milk


Masalah ini jika tidak ditangani dengan baik mungkin ibu lemah semangat dan berhenti menyusukan. Ibu usah risau, Insyaallah tips-tips di bawah ini akan membantu atasi masalah ini;

1- Berikan Hanya Sebelah Payudara Setiap Kali Menyusu


Biarkan bayi menyusu selama mana yang dia mahu pada sebelah payudara. Jika dia menyusu kurang dari 15 minit dan kemudiannya minta untuk disusukan lagi berikan saja payudara yang sama.

Biarkan bayi menyusu lagi selama 15 hingga 20 minit.

Jangan tawarkan payudara yang sebelah lagi. Kemungkinan besar dia sudahpun mendapatkan semua susu semasa menyusu tadi.

Kebanyakkan bayi yang baru lahir punyai sifat suka menghisap. Anda boleh gunakan puting supaya bayi menjadi lebih tenang.

Gunakan juga milk collector dan letakkan pada sebelah lagi payudara untuk mengumpul susu yang keluar kerana LDR. Jika anda merasa tidak selesa pamlah sebentar untuk melegakannya.

Tapi ingat usah pam sehingga kosong. Ini hanya akan membuatkan susu bertambah banyak.

2-  Ubah Posisi Ketika Menyusu


Terdapat beberapa posisi yang melawan graviti. Ini akan bantu memperlahankan pengeluaran susu. Antaranya:
  • Bersandar dan ampung kepala bayi menghadap payudara
  • Mengiring ketika menyusukan
  • Baring terlentang dan letakkan bayi di atas dada

3- Pegang Payudara Dengan Dua Jari


Gunakan jari telunjuk dan jari hantu untuk memegang payudara. Cara ini dipanggil pegangan bentuk gunting.

Tujuannya adalah memperlahankan susu yang laju keluar. Ia membantu bayi untuk menelan susu dengan baik semasa menyusu.

4- Pam Sedikit Sebelum Mula Menyusukan


Anda perhatikan tanda-tanda bayi mula hendak menyusu. Usah tunggu sehingga dia menangis.

Sebelum menyusu, tekapkan dahulu susu yang akan terpancut keluar. Kemudian pam sedikit sehingga payudara berasa selesa.

Setelah itu mulalah untuk menyusukannya. Perhatikan bayi menelan susu dengan baik. Jika susu terlalu banyak hingga melimpah, rehatkan sebentar bayi dari menyusu.

Pamkan lagi susu, bila bayi nampak tenang susukannya semula.

5- Ambil Makanan Untuk Mengurangkan Susu Ibu


Anda boleh cuba untuk minum teh sage sebeleum tidur. Ia mengandungi estrogen semulajadi yang membantu mengurangkan susu yang berlebihan.

Atau anda boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) bagi mengurang susu terhasil. Selain itu, ESP juga membantu memekatkan susu ibu. Membantu bayi mudah kenyang dan tidak meragam.

Ketidakseimbangan hormon juga menjadi punca masalah susu terlalu banyak ini. Anda boleh amalkan GLA Complex bagi membantu menstabilkan hormon.

Tak perlu risau dan stress, masalah ini pasti akan berlalu. Apabila umur bayi semakin bertambah, dia akan semakin pandai menghisap dan menelan susu.

Tubuh anda pula akan menghasilkan susu yang cukup untuk bayi. Bukan lagi terlalu banyak sehingga melimpah.

Bertabahlah, ini hanya sementara. Cuba terus untuk positif dan menyusukan.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube