Cara Kembalikan Susu Badan Yang Hampir Kering
Tuesday, November 20, 2012
Penyusuan ibu tak selalunya indah, ada tika berlaku susu menyusut dan berkurangan, tapi adakah susu badan akan mulai kering? Adakah ibu sudah tiada peluang untuk menyusukan anaknya?
TIDAK, perkara ini tidak akan berlaku. Dalam keadaan biasa selagi ibu menyusukan anaknya, susu badan tidak akan kering, cuma akan disesuaikan mengikut keperluan dan permintaan si kecil.
Susu badan hanya akan kering atau hampir tiada jika ibu mengambil ubat-ubatan, sakit, mengandung atau lain-lain.
Ada di antara ibu, lebih-lebih lagi ibu muda akan mengambil jalan mudah dengan mula memberikan susu formula, yang konon-konon sebagai BACK UP. Dan mungkin akhirnya akan menjebakkan susu formula terus menjadi pengganti kepada susu ibu. Perkara ini tidak betul, susu ibu tidak perlu di BACK UP dengan susu formula. Kehadiran susu formula dalam penyususaan ibu hanya akan mengganggu proses penyusuan dan stimulasi akan turut terjejas, jadi susu akan terus berkurangan.
Kisah susu merudum pasti akan hadir dalam tempoh menyusukan anak, jadi apa yang harus dilakukan oleh ibu?
Ambil supplement?
Ingin dinyatakan secara jelas disini bahawa supplement adalah bukan pil ajaib yang membolehkan susu terhasil melimpah ruah, membuak-buak.
Jadi apa yang cara yang perlu dibuat untuk jika susu merudum dengan teruk?
- Lakukan Hypno Breastfeeding
Bayangkan, percaya dan yakin susu banyak akan dihasilkan. Sentiasa berfikiran positif, yakinlah segalanya bermula dengan minda.
- Ucapkan Syukur
Biasanya kita akan bersyukur setelah mendapat nikmat. Walhal, nikmat akan datang berluma-lumba jika kita ucapkan syukur sebelum nikmat itu datang.
- Berdoa
Susu ibu datangnya dari Allah, jadi berdolah kepada-Nya. Tak payah doa yang specifik, doa lah dengan sungguh-sungguh agar Allah cukupkan susu kita.
- Power Pumping
Ini adalah teknik untuk menghasilkan ransangan yang optimum kepada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Pilihan waktu dinihari atau tengah malam adalah yang terbaik untuk melakukan teknik ini. Hasilnya bukan sekelip mata, mungkin seminggu atau dua minggu. Lakukan secara berterusan, sekurang-kurangnya 1 kali sehari.
Perkongsian mummy lyna tentang Power Pumping:
Syukur alhamdulillah.
Dan itu jugalah praktik saya selama 2 minggu kebelakangan. Setiap hari, saya melakukan power pumping 1 atau 2 kali.
Berapa lama baru nampak hasilnya? Sesungguhnya bukan overnight. Ramai ibu yang give up power pumping sebab katanya tak ada perubahan pun..
Ia bukan magic ya. Sehari dua memang tak nampak apa2. Saya sendiri selama 3 hari masih mendapat amaun yang sama. Hari ke-4 ada peningkatan sikit.
Dan saya mengambil kita semua aspek secara holistik. Fizikal, emosi…
Sabar.
Syukur.
Alhamdulillah selepas 2 minggu, susu saya dah 80% recover. Bermakna saya masih kurang 4 oz untuk kembali kepada asal. Dan daripada amaun semasa merudum hari tu, ia dah meningkat sebanyak 250%!
Jadi, buat ibu2 yang mengalami nasib yang sama.. Jangan berputus asa, berusaha, berdoa, bersyukur dan bertawakallah. Pasti Allah tidak membiarkan hamba-Nya selepas Dia memerintahkan ibu2 untuk menyusukan anak dengan lengkapnya selama 2 tahun.
Insya-Allah, biidznillah.
Jadi, jangan sesekali putus asa untuk menyusukan anak. Jika kita putus asa bermakna kita tak percaya dengan kuasa Allah. Yakinlah, Allah akan cukupkan keperluan kita jika kita minta dan yakin pada-Nya. Makan milk booster berkoyan-koyan tapi tak percaya dan tak berusaha, janganlah berharap susu yang banyak melimpah ruah.
Yakinlah Allah sentiasa ada untuk kita.
7 comments
salam, heheh betul tu,,mak saye pun ckp, kalau nk susukan ank kena bdoa kena de niat nk susukan, bru susu tu kua,,
ReplyDeleteheheh ilmu bguna, walauponn saye blom bkhwin, nice sharing
Power pumping tu camna?
ReplyDeleteAssalam sis...nk tau power pumping tu nk buat cmna?
ReplyDeletePower pumping tu camna?
ReplyDeleteNORSHAHFEZA HAMSAN, ini lagi bagus, tanam niat awal2 even sebelum kawen. akak doakan agar awak dpt susukan bakal anak nanti ye.
ReplyDeleteeina, power pumping adalah cara nak berikan stimulasi kepada breast. bila bnyk stimulasi, insyaallah brain akan paham utk produce susu banyak2.
ReplyDeletecaranya pump 20 mins-rehat 10 mins-pump 20 mins
lebih baik buat masa tgh malam or b4 subuh...
cuba buat 3 kali seminggu, jika hari2 pun boleh.
Wah.. perkongsian yang sangat menarik sekali.. Tips Ibu Menyusu
ReplyDelete