Penyusuan Di Tempat Terbuka Bukannya Menyusukan Anak Sambil Menayang Buah Dada
Thursday, November 08, 2012
Entry Penyusuan Di Tempat Terbuka Bukannya Menyusukan Anak Sambil Menayang Buah Dada adalah entry khas bagi menjawab entry CursingMalay Apa Benefitnya Kau Dapat Breastfeed Mana-Mana Kau Suka?
Ibu-ibu berhak menuntut hak mereka untuk menyusukan anak mereka di mana saja dan tidak kira masa. Hak anak untuk diberi susu ketika lapar juga harus ditunaikan di mana saja dan tidak kira masa. Nursing In Public atau Penyusuan Di Tempat Terbuka adalah sesuatu yang telah diterima oleh sebahagian masyarakat. Tapi malangnya masih ada lagi yang tidak dapat menerima penyusuan di tempat terbuka secara peribadi.
Kenyataan balas Ayuni, Pengasas Breastfeeding Flash Mob Malaysia:
Saya perkenalkan diri saya sebagai salah seorang penganjur gerakan tersebut jika ini gerakan yang sama yang Tuan maksudkan sebab setahu saya ada satu saja pergerakan sebegini di Malaysia dan kami adalah gabungan ibu-ibu seluruh Malaysia dan bukan hanya satu kumpulan tertentu sahaja.
Saya hanya ingin mengulas perenggan pertama Tuan yang terang sekali tidak tepat. Maka saya dengan rendah diri ingin membertulkan persepsi Tuan tentang pergerakan kami.
"Slogan pergerakan ni seperti yang aku nampak adalah "Jika kami perlu berselindung semasa menyusu bayi, apa kata anda yang tutup muka anda?" atau dalam English nya...apa tah..aku tak ingat sangat,tapi bunyinya lebih kurang "Why should we cover oruselves when it should be you who cover your eyes?"
Saya faham mungkin pehamaman Tuan tentang isu ini agak 'diluted' berbanding misi asalnya. Misi asalnya ialah untuk meyakinkan ibubapa untuk tidak gemuruh dan kelam-kabut apabila anak menangis di tempat umum kerana mahukan susu ASALKAN aurat dijaga. Sebagai penganjur utama breastfeeding mob tahun ini dan tahun lepas, saya dan rakan-rakan penganjur amat mementingkan terpeliharanya aurat kami. Jadi kerana itulah sepanjang kami mengaturcarakan program tersebut, kami berulang kali mengingatkan ibu-ibu untuk menutup aurat dan bapa-bapa pula untuk menolong isteri-isteri untuk menjaga aurat. :)
Jadi statement "Why should we cover ourselves when it should be you who should cover your eyes?" adalah tidak tepat sekali dalam konteks penyusuan ibu di Malaysia. INI MEMANG BENAR DALAM KONTEKS PENYUSUAN IBU-IBU DI BARAT TETAPI BUKAN DI MALAYSIA. Saya sendiri sebagai ibu menyusu Timur kerapkali mengingatkan kawan-kawan ibu Barat saya yang tinggal di Malaysia tenting kepentingan untuk menjaga aurat mereka ketika menyusu di Malaysia. Itu adab kita dan mereka harus hormati.
Maka perenggan pertama Tuan sudah terpesong dan perenggan-perenggan lain sama terjejas. Tapi saya fikir mungkin ini kerana Tuan tidak jumpa blogspot kami tentang pergerakan ini? Kalau Tuan taip "breastfeeding flash mob malaysia", tentu sekali Tuan dapat jumpa laman kami dan dalam beratus-ratus gambar di sana, semua ibu-ibu duduk menyusu dengan kain menyusu masing-masing. PERGERAKAN KAMI TIDAK SEKALI-KALI MEMPERJUANGKAN PENYUSUAN TERBUKA DAN TERDEDAH seperti yang disampaikan Tuan.
Menyusu di tempat terbuka VS menyusu terbuka ADALAH DUA KONSEP YANG BERLAINAN. Adalah tidak logik untuk kami memperjuangkan penayangan aurat atas nama menyusukan anak.
Kenyataan "If breastfeeding offends you, put a blanket over your head" seperti yang difahami Tuan itu memang ada kami paparkan dalam salah satu slogan kami semasa acara mob tersebut tapi kenyataan tersebut lebih dituju kepada mereka-mereka yang rasa kurang senang dengan ibu-ibu yang menyusu WALAUPUN BERTUTUP KEMAS. Percaya atau tidak, itu hakikatnya. Ada di antara kami yang tertutup kemas tapi masih dihalau ke tandas untuk menyusu. Lain lah kalau terang2 terdedah. Saya sendiri akan tegur suruh tutup. ;)
Saya harap entri Tuan ni dapat membuka mata orang ramai untuk mengnormalkan penyusuan ibu dan bukan sebaliknya.
Terima kasih.
Jadi sudah jelas dan terang bahawa perjuangan menyusukan anak di tempat terbuka, sangat-sangat mementingkan penjagaan aurat dari terdedah.
Terdapat banyak kemudahan menyusu yang membenarkan ibu-ibu menyusukan di tempat terbuka, seperti nursing sling, nursing cover, nursing poncho, tudung, shawl dan macam-macam lagi. Adakah terlihat 'boobs' jika sudah dilindung begini.
Ubahlah fikiran dan tanggapan yang positif bagi mereka yang masih nampak 'boobs' bukannya memandang perbuatan menyusukan anak ini sebagai sesuatu tindakan yang mulia.
Menyusukan anak ditempat tersorok seperti di toilet adalah perkara yang menyedihkan, bagaimana jika kita sendiri disuruh menikmati makanan kita di tempat yang sama. Pasti tak lalu makan bukan. Jadi berikan hak anak yang mahu disusukan, tak kira masa dan tempat.
Tips di bawah sangat membantu ibu-ibu yang masih teragak-agak menyusukan anak di tempat umum:
- Jaga aurat sebaik mungkin
- Gunakalah nursing tools seperti nursing sling, nursing cover, nursing poncho & baju menyusu
- Sesuaikan kedudukan bayi dan ibu
- Maintain eye contact dan teruskan menyusukan anak, kebanyakan orang yang tidak pernah melihat bayi disusukan tidak akan perasaan yang anda sedang menyusukan anak
- Berlatih, berlatih & berlatih
Yakinlah, apa yang kita buat adalah suruhan Allah. Jika niat kita benar, insyaallah akan dipermudahkan urusan menyusukan anak di tempat terbuka. Mulakan dengan Bismillah, dan susukanlah anak dengan penuh kasih sayang.
2 comments
insyaAllah...moga Allah permudahkan..
ReplyDeletemantot tu gila la..
ReplyDeleteselalu jugak baca entry blog dia..
mgm dia tak layak la nak bincangkan isu ni sbb mmg tak layak pun
jgn riso..
nnti kenalh kat muka dia balik since dia pun baru ade anak..