Karam Singh Walia Hina Mat Rempit Melayu Pulakkk!!

Friday, January 07, 2011

awal tahun baru kelmarin kite digempakan dengan isu mr. karam kutuk dan hina melayu. tahu pun sebab bebudak office nie bising pasal asal usul melayu, ade jugak terdengar derang pun naik marah ngn mr.karam nie. lantas trus gali dalam mr. google.



---------------------------------

agak-agak ape yang korang boleh simpulkan lepas tengok video nie? mr. karam salah atau bebudak melayu yang salah. for me, aku salahkan dedua, mr. karam nape lar you tak cakap elok-elok...guna lar peribahasa indah yang selalu gune itu. bebudak melayu, salah jugak sebab derang tak sopan & tak lemah lembut. kan melayu penuh dengan sifat kemelayuan, sungguh lembut juga sopan.

rasenya macam keterlaluan bila mr. karam di provoke sebegitu. beberapa hari lepas kejadian, mr. karam buat penjelasan.

Karam Singh buat penjelasan


KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.

---------------------------------

sudah terang lagi bersuluh, maaf memaafkan perbuatan mulia. jadi tak usah perbesarkan isu sebegini, isu yang boleh memecah belahkkan malaysia. baru jek rase bangga dengan bola malaysia, so marilah kite buat orang luar rase bangga dengan attitude kite. eh eh...ade kaitan kah? layan jek lar


You Might Also Like

2 comments

  1. baru ku tau ada isu ni..punya la tertinggal eh..heheh

    isu2 perkauman ni, kalau boleh jgn la diperbesar2kan ..kan? takut jadik perang je..takmo takmo takmo

    ReplyDelete
  2. alaa isu perkauman. takutnye. sumpah takut. kecut kepale neh.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube