siti nordiana penyebab kematian Achik Spin & Faizal Yusuf

Tuesday, January 04, 2011

ya Allah! sungguh sempit betul pemikiran jika kita mengaitkan kematian seseorang dengan seseorang yang lain. ajal maut di tangan Allah, hanya Dia yang mengetahui rahsia umur hamba-hambanya.


kematian tak mengira muda atau tua. bulan november lalu kami dikejutkan dengan pemergian tok cik yang telah terlantar sakit selama 2 tahun. semasa arwah terlantar sakit, 2 orang saudaranya yang sihat tiba-tiba pergi meninggalkan dunia.

jadi, janganlah kita mudah membuat kesimpulan bahawa yang tua dan sakit akan pergi dahulu. kita yang sihat lambat lagi mahu menjenguk kubur. subhanallah.

terkadang bila terfikir tentang kematian saya jadi takut, takut kerana saya masih belum menjadi hamba-Nya yang baik. ya Allah! aku bermohon agar kau hidupkanlah & matikanlah daku dalam iman. amin.

kehilangan aktor faizal yusuf telah menyentuh hati saya, arwah yang selalu tampil dengan kepelbagaian watak, drama-drama yang saya paling ingat manjalara dan adamaya. yang terkini adalah tiramisu. semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah. al-fatihah buat arwah.





You Might Also Like

8 comments

  1. yela...serius sempitnya pemikiran..

    ReplyDelete
  2. yupsi, ape2pun semoga arwah tenang disana.

    ReplyDelete
  3. kebetulan je 2 lelaki ni pernah rapat dgn nana kan..dh sampai ajal. pegilah mereka..

    ReplyDelete
  4. sampai hati orang tu fikir macam nih..

    ReplyDelete
  5. lydzar: betul tuh....kebetulan sahaja. xde salah ape pun siti nordiana tuh
    rossoneri: btul2, mmg sungguh x baik jika kita menaruh syak begitu

    ReplyDelete
  6. Ya Allah tak baeknye sape yg kate cmtuh.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube