Kurus Dengan Eat Clean, Cabaran 21 Hari!

Friday, September 02, 2016

Assalamualaikum,

Pelbagai cara untuk kurus. Pernah tak korang cuba kurus dengan eat clean? Biasa kalau orang nak kurus, tak boleh makan nasi. Tak pun tak boleh makan malam.


Tapi dengan eat clean. Korang bebas untuk makan nasi. Siap boleh makan malam lagi.

Dan.....sehari korang terpaksa makan 6 kali hidangan. Tak sempat pun nak lapar.

But the best part is berat tetap turun secara sihat. Konsisten. Satu minggu dalam 0.5-2kg.

Jika jenis yang TAK SABAR, mungkin cara kurus ini tidak sesuai buat korang.

Turun 10kg seminggu, tak mustahil. Tapi 99.9% korang akan mengalami diet yo-yo. Berat badan akan 'bounce' semula, lebih parah lagi apabila ianya lebih berat dari sebelumnya. 

Pilihlah cara yang BIJAK dan SELAMAT.

Eray sendiri sudah lalui pelbagai jenis diet. Satu pun TAK MENJADI.

Cara kurus yang sebelum ini Eray tak boleh lakukan untuk jangka masa yang panjang.

Tapi kurus dengan eat clean, ia boleh menjadi satu 'lifestyle'.

Bila dah jadi rutin. Ia tidak lagi menjadi paksaan. Paling penting korang akan gembira sepanjang proses kuruskan badan.

Eray sendiri sudah rasa manfaat Eat Clean ini. 12kg BERJAYA ternyah dalam masa 5 bulan. Kini mampu tersenyum dengan berat 58kg. Sebelum ini 70kg.

diet eat clean, kurus dengan eat clean, cara eat clean, cara makan eat clean, cara untuk eat clean, kuruskan badan, turunkan 12kg


Bukan Eray tak tahu, ramai yang di luar sana yang mahu kuruskan badan, terutama ibu-ibu yang telah melahirkan anak. Tapi sebab tak tahu cara yang betul, ramai yang GAGAL di tengah jalan.

Ada yang PUTUS ASA, rela dalam terpaksa menerima berat badan yang berlebihan.

Yakinlah setiap masalah ada SOLUSI.

Oleh kerana inilah, Eray tulis satu entry khas 'Kurus Dengan Eat Clean'. Supaya ia memberi sinar dan harapan buat korang yang mungkin hampir putus asa. Atau tak tahu nak mula macam mana.
  Insyallah selepas baca entry ini, korang akan dapat kefahaman tentang Eat Clean dan mula mengambil langkah pertama untuk kuruskan badan.

Ingat ye, pastikan niat tu betul. Nak kurus supaya lebih sihat dan bebas untuk buat amal kebaikan.

Bukan sebab nak pakai baju saiz S, dan tayang di FB. Hehehe, kalau pakai untuk suami tak apa.

Ok, jom teruskan membaca. 

Apa Itu Eat Clean?


Eray sering gelarkan Eat Clean sebagai 'back to basic'. Korang 'reverse gear' cara pemakanan.  

Kembali ke fitrah sebenar.

Makan untuk dapatkan tenaga dan memelihara kesihatan.

Bukan makan mengikut nafsu, perasaan atau saja-saja makan isi masa lapang.

Tosca Reno adalah orang yang bertanggungjawab mempopularkan Diet Eat Clean ini. Memilih makanan yang asli. Atau apa saja makanan yang hampir dengan bentuk fizikal yang sebenar.

Contoh tomato. Buah tomato adalah eat clean. Tapi sos tomato bukan lagi eat clean.

Melainkan korang sendiri yang proses sos tomato tersebut di rumah. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan asli.

Terdapat pengorbanan yang korang perlu lakukan. Sila ucapkan selamat tinggal kepada 'fast food' dan makanan segera yang dijual dipasaraya seperti sosej, nugget dan pelbagai lagi.

Kalau teringin sangat pun. Korang boleh nikmatinya pada hari 'cheat day'.

Pilih satu hidangan (tak sihat) yang korang teringin sangat-sangat. Dan nikmatilah.

Anggaplah 'cheat day' ini sebagai satu reward, setelah paksa diri untuk Eat Clean selama 6 hari.

7 Syarat Kurus Dengan Eat Clean, Cabaran 21 Hari


Berikut adalah syarat-syarat yang korang perlu patuhi.

Mengapa 21 hari? Ini kerana habit manusia boleh BERTUKAR jika melakukan perkara yang sama selama 21 hari.  

1- Sukatan Makanan


Ini adalah bahagian yang paling penting. Setiap kali makan WAJIB mengikut sukatan.

Berikut adalah sukatan yang ideal:
  • Karbohidrat
Satu genggam nasi, ikut saiz genggaman korang. Atau boleh sukat guna ukaran metrik, dalam 100-150 grams nasi, pasta dan mihun yang sudah dimasak.
  • Protein
Ikut saiz tapak tangan masing-masing. Atau jika mahu guna ukuran yang lebih jelas, boleh ikut sukatan di bawah:
  • Ayam 200-300 grams
  • Ikan 120-150 grams
  • Daging 150-200 grams
*Korang boleh ambil 1-2 kali seminggu sahaja. Ini kerana kandungan kolestrol lebih tinggi berbanding ayam atau ikan.
  • Sayuran Hijau
Tiada limit, korang bebas makan sampai kenyang. Sayur yang paling sesuai bagi tempoh 21 hari cabaran kurus dengan eat clean ini adalah sayuran hijau berdaun.

Seperti bayam, sawi, kangkung dan pelbagai jenis salad (butterhead, romaine salad). Pilihlah ikut citarasa masing-masing.
gunakan tangan korang

ini adalah sukatan ideal


pemilih pinggan pun penting


2- Waktu Makan


Korang juga perlu patuhi waktu makan. 6 hidangan perlu diambil dalam sehari.

Ini adalah waktu makan yang ideal:

Sarapan pagi: 6:30-8:30 pagi
Minum pagi: 9:30-10:30 pagi
Makan tengahari: 12:30-2:30 petang
Minum petang: 3:30-4:30 petang
Makan malam: 6:30-8:30 malam
Supper: 9:30-10:30 malam

3- Air Secukupnya


Tanpa air yang cukup, proses menguruskan badan akan terganggu.

Bagi setiap 25kg berat badan, korang perlu minum 1 liter air. Sebagai contoh 75kg, 3 liter air perlu DIHABISKAN dalam sehari.

4- Real Food


Ini adalah merujuk kepada makanan sebenar. Korang perlu melupakan 'fast food' atau makanan yang telah diproses.

Melainkan jika korang proses sendiri di rumah. Homemade food is always allowed. Tapi pastikan ianya menepati cara masak eat clean.

5- Cara Memasak


Elakkan penggunaan minyak yang banyak, seperti menggoreng makanan.

Pilih cara memasak seperti rebus, kukus, panggang, bakar atau stir fry. 

6- Pilihan Menu Sihat


Rangka menu untuk satu minggu. Eray akan berikan menu seminggu buat korang yang 'sign up' untuk kelas Eat Clean by Eray.

The tricks is be simple and creative.

Ini contoh menu sehari:
Sarapan: French Toast
Minum pagi: 1 biji epal hijau
Makan tengahari: Nasi, ikan bakar dan sayuran hijau
Minum petang: 1 ketul karipap
Makan malam: Ayam panggang dan sayuran
Supper: 100ml susu segar    

Korang boleh Google untuk dapatkan pelbagai resepi eat clean yang sedap.

7- Kitchen Make Over

Sedikit 'make over' perlu dilakukan di dapur korang. Paling penting:
  • gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa dara
  • tukarkan gula putih kepada gula tebu asli
  • penggunaan garam yang minima, gunakan garam bukit asli 
  • gantikan sos cili, sos tomato dan mayonaise kepada sos yang lebih sihat seperti Kewpie Dressing Roasted Sesame atau sos cili Nandos
  • gunakan Liquid Amino
  • jem dan mentega kacang, pilih yang tanpa gula 

Syarat Tambahan

  • Buat Log Makanan
Sediakan satu buku, atau mungkin korang boleh download applikasi untuk log makanan sehari-hari.

Log ini penting supaya korang sendiri boleh monitor dan melihat kesan pengambilan makanan, terhadap penurunan berat badan.

Mahu kurus kena rajin, sebab kalau malas memang susah nak kurus.

Selepas 21 hari, korang pasti mengalami satu perubahan yang MENGUJAKAN.

Ingat 'keyword' adalah konsisten dan sabar.

Insyallah, korang pasti akan mendapatkan berat badan idaman.  

Jika korang rasa payah nak mula sendiri dan perlukan bimbingan. Boleh 'sign up' ke kelas Eat Clean by Eray.

SMS/WA 0167731892.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube