Bengkak Mata Tengok Zombie Korea! Oh No!

Saturday, September 24, 2016

Assalamualaikum,

Pedih mata, terasa lagi. Puas menangis tengok zombie-zombie ganas tu. Sampai meleleh air hidung. Tisu pula lupa nak bawa. Terpaksa lap dengan tudung. Elleh macam tak pernah buat...


.
Tiba-tiba terfikir pula, part cerita yang tak real tu boleh pulak menangis melolong. Tapi bila duduk atas tikar sejadah, tak pula nak rasa macam tu.
.
Nak rasa sebak pun payah. Lepas bagi salam, zikir lebih kurang. Doa pun setakat buat syarat je. Kalau boleh nak kata "Ya Allah, sama je macam semalam".
.
Agaknya sebab apa ye? Jauh ke hati ni dengan Allah. Nabi Muhammad saw yang dah dijanjikan syurga pun menangis-nangis minta ampun. Kita ni, tak ada apa-apa janji...pun boleh buat relax, buat peace.
.
Keras betul hati kita kan? Sombong pun iye juga. Tapi biasalah kita selalu pilih to live in denial. Deny diri banyak dosa, deny diri jahat, deny hidup cukup-cukup makan dan macam-macam lagilah.
.
Hidup dalam zon selesa, memang tak pernah bagus.
.
Sesekali kena cuba paksa diri menangis depan Allah. Perggh, feeling dia memang superb. Kalah feeling cinta dengan kekasih. Sebab ini feeling cinta dengan kekasih abadi.
.
Pilih timing yang betul. Kalau waktu tengah hari, solat zuhur..memang payah lah nak feeling. Kan anak bergaduh, suami ajak teman makan, anak nak makan, anak nak berry.
.
Waktu terbaik untuk feeling dengan Pencipta kita, waktu bila semua orang dah tidur. Orang kata waktu ini adalah waktu tahajud cinta. Masa ni tak payah fake dan deny. Mengaku saja dengan Allah tentang segala. Rasakan yang Dia hampir dengan kita. Insyallah, teresak-esaklah kita melalak. Kalah tengok cerita zombie agresif siap boleh pusing 360 darjah.
.
Tak cuba tak tahu. Tapi kalau dah tahu, mesti tercandu.

#eraymajidbebel

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube