WOTD 03: Don't Be Too Serious

Wednesday, September 14, 2016

Assalamualaikum,

Stop making that serious face. Ambil cermin dan lihat diri di dalam cermin. Cuba bagi senyuman yang paling cantik buat diri sendiri.

Believe me, you'll feel a lot better than before.

Kita selalu terperangkap dalam fikiran kita sendiri. Kita rasa bila nak capai sesuatu kejayaan, kita mesti lebih serious.



Terlalu serious dan fokus, sampai tiada masa untuk keluarga.

Lebih teruk lagi, tiada masa untuk diri sendiri.

Tanpa disedari, ia membuatkan kita makin tersasar dari target asal.

Perasaan takut dan 'competitive' ini akan menyedut tenaga yang besar. Sehingga ia membantutkan daya kreativiti dan motivasi kehidupun kita sendiri.

So chill. And be kind.

Bukan kepada orang lain, tapi diri sendiri.

Cuba lihat kepada orang-orang yang berjaya, mereka nampak relax dan sangat baik hati. Muka pun asyik senyum je.

Ada seorang yang Eray kenal personally. Master Lyna..but usually Eray panggil dia Mami Lyna je.

She is my upline dalam business Shaklee. Dia dah pun capai rank tertinggi dalam Shaklee, Master Coordinator.

Muka asyik senyum je. Cara dia bercakap dengan kita pun 'humble' je.

Walaupun income dah sampai 6 angka sebulan. Tak pernah pun tunjuk diri naik kereta mewah, jauh sekali nak tayang income yang macam leader MLM buat.

Dia selalu pesan "cari kekuatan dalaman, dekatkan diri dengan bisnes partner yang No. 1 iaitu Allah". 

Bila dalaman dah kuat, kita tak lagi terganggu dengan apa yang kita hendak dan yang kita mahu.

Lebih mudah untuk kita menumpukan perhatian, fokus, capai target dan menyumbang kepada orang lain.

Selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Dia menghampiri kita. Yakinlah.



 


You Might Also Like

1 comments

  1. Tapi kakak rasa kita bila tengok cermin memang akan senyum kan:)

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube