WOTD 04: Stop Your Negative Thought

Tuesday, September 20, 2016

Assalamualaikum,

Orang yang BERJAYA adalah orang yang boleh mengatasi segala fikiran atau bisikan negatif di dalam dirinya.

The power of MIND. Macam lirik lagu ini.

"Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh"

Semua yang kita ada, yang kita rasa adalah bermula dengan apa yang kita fikirkan.

Cuba ingat dulu waktu kita nak kahwin dulu. Hari-hari kita dok berangan, bestnya kahwin...boleh boleh naik pelamin, honeymoon, boleh jalan-jalan pimpin tangan...eh macam-macam lagilah.

Semua yang kita fikir tu indah-indah belaka. Hampir tak ada fikiran-fikiran yang negatif, macam dah kahwin nanti suami pukul, suami kahwin lain, suami ada perempuan simpanan.

Tak ada langsung!

Sampai akhirnya kita berjaya kahwin.

Basically sama je prinsipnya kalau kita nak capai sesuatu. Samalah juga kalau kita nak berjaya dalam bisnes, atau apa saja kejayaan atau pencapaian yang kita mahu.



Tapi sering kali kita 'overwhelmed' dengan fikiran yang bukan-bukan.

Macam Eray sendiri, kadang ada je kata-kata 'syaitan' kat dalam diri ni. Macam "elleh, mana ada orang nak beli Shaklee dengan kau"

"Eh macam bagus je apa yang kau tulis kat entry blog ni, ada ke orang kisah nak baca".

Eiii....macam-macam lagi lah.

Kalau dilayan, memang boleh rosak mood sehari. Apa yang dah Eray plan, semua tak menjadi.

Target yang dirancang awal bulan pun tak tercapai. 

The best thing is, stop! Berhenti dari terus fikiran yang bukan-bukan.

It's all in our mind only. Konon-konon kita rasa ada orang nak kutuk, padahal orang tak kisah pun...some more ada  yang sokong apa saja yang kita buat.

Ada satu teknik yang Eray belajar dari Family iReach Shaklee. Teknik untuk lenyapkan suara-suara jahat ni.

Bila saja kita terdengar suara jahat, contohnya "kau bukanya pandai pun".

Terus jawab dengan suara perlahan (kuat pun boleh kalau duk sorang-sorang), TERIMA KASIH sebab bagitahu aku, tapi tak apa aku boleh bejalar sampai pandai.

Counter je balik suara jahat tu dengan kata-kata yang positif.

Makin cekap kita jawab suara jahat tu, makin kuranglah ia muncul. Maka makin hebatlah kita menguasai fikiran kita.

Bila mind dah POWER, barulah perkara-perkara yang kita nak capai tu datang dengan mudah. Kalau nak buat sales RM1 juta sehari pun possible. Anything that you've dream will become reality. Best kan?

Kita banyak habiskan masa bercakap dengan orang lain. Tapi apa yang lagi penting, kita MESTI bercakap dengan diri sendiri.

Cubalah, memang agak awkward mulanya. Tapi alah bisa tegal biasa.

Come on guys! Fight your bad thought!

You Might Also Like

1 comments

  1. Dalam berbisnes ni kena kuat semangat, ignore apa orang nak kata terutama kata-kata yang langsung tak membantu atau membangunkan semangat kita untuk maju. Lagi-lagi orang kita, memang suka sokseksoksek negatif ni bila tengok orang baru nak melangkah untuk berjaya.

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube