WOTD 02: Tidak Apa Jika Tak Sempurna

Sunday, September 11, 2016

Assalamualaikum,

Tengah dengar lagu Hall of Fame, my kindda motivational song. Rasa bersemangat je lepas dengar seround.

Sering kali kita mahu hidup dalam keadaan sempurna. Tapi dengan mengejar sempurna itulah yang menjadikan kita semakin jauh dari sempurna.

It's ok to be imperfect. Make peace with it.


Jangan habiskan energy atau mood kita untuk perkara-perkara yang tak sempurna di mata kita.

Rumah asyik bersepah sebab anak-anak asyik nak main.

Lantai melekit, rumah berhabuk...ataupun tak siap to do list.

Relax. Bertenang.

Rather than kita fikir dan tense pasal perkara yang kita tak dapat capai. Apa kata kita fikirkan perkara yang kita dah berjaya buat.

Anak-anak happy sebab dapat main puas-puas, less tantrum.

Berjaya siapkan dua entry blog, lantai yang melekit tu pula carilah masa untuk mop. Kalau malas mop, sembur dan lap dengan Basic H je. Hahaha.

Jangan tengok to do list yang tak siap, tapi tengok yang dah berjaya kita siap.

Esok kita cuba untuk improve lagi. That's how it works.

Oh, mesti ramai yang berpuasa hari Arafah kan. Tahniah! Moga Allah terima amalan baik kita semua. Submit doa banyak-banyak hari ni.

Mana tahu semuanya termakbul.

Jangan lupa World Quran Hour, it's happening today. Pukul 9.00 pagi, wudhuk dan ready dengan Al Quran masing-masing.

Ya Allah, mesti kuat aura positif hari ini. Satu dunia ni baca Al Quran at the same hour.

Mesin basuh pun dah berhenti tu, Eray nak pergi sidai baju. Masih kat rumah sendiri, jap-jap lagi balik rumah parents. Maklumlah dekat. Selamat Hari Raya Haji.

You Might Also Like

1 comments

  1. Tiada insan yang sempurna maka berdamailah dengan ketidaksempurnaan :)

    Tq for the reminder Eray :)

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube