Biarlah Poket Rabak, Janji Ibu Sihat
Friday, September 16, 2016
Assalamualaikum,
Sama kan rupa kami? The one & only MY IBU Abdul Majid.
.
Terima kasih buat segalanya. Sumpah! Sungguh tak terbalas segala jasa & pengorbanan mu.
.
Teringat masa sakit dulu. Kelam kabut ibu, tuamkan kepala. Picit-picit nak bagi selesa badan. Macam-macam pula yang ibu masak, nak suruh tekak berselera. Yelah, ibu mana tak sayang anak kan?
.
Puas ibu jaga, sampai besar. Sampai berpindah milik kepada suami.
.
Tak dapat lagi duduk dengan ibu. Pindah pula KL, 300km jauh ibu nun kat JB.
.
Bila telefon sesekali terdengar suara ibu tersekat-sekat. Rupanya ibu tak sihat. Ibu memang ada sinusitis sejak dulu, tapi bila makin berumur makin teruk. Kalau kena memang terbaring lemah.
.
Kadang-kadang pula bila tanya khabar, sinusitis tak ada. Tapi lutut pula sakit. Sedih hati ibu, lagi-lagilah masa tu nak masuk Ramadan. Entah boleh entah tidak ibu nak join solat terawih kat surau.
.
Ada terfikir nak belikan ibu Vivix. Tapi selalu miss bajet. Yelah Vivix RM475 kut sebotol.
.
Tak sanggup lagi nak dengar ibu tak sihat. Dah lah duduk jauh. Jumpa sebulan sekali pun payah.
.
Akhirnya nekad Eray hadiahkan sebotol Vivix buat ibu. Biarlah poket rabak, yang penting ibu sihat.
.
Apalah sangat RM475 berbanding kesihatan ibu. Tak apalah. Lagipun Eray memang dah tahu Vivix ni memang elok untuk orang yang ada sinusitis. Masalah lutut sakit pun Vivix dapat bantu.
.
Gembira ibu bila terima kejutan sebotol Vivix. Ajar ibu cara makan. Hari-hari ibu amalkan.
.
Sekarang dah hampir 3 tahun kut ibu amalkan Vivix. Dah jarang sangat nak dengar suara ibu yang tak sihat. Lutut? Nak panjat 3 tingkat pun dah boleh sekarang.
.
Vivix is LOVE. Kasih dari anak kepada ibu yang tercinta. Tak ada siapa pun atas dunia ni sanggup melihat orang yang paling dia sayang sakit kan?
.
Berbaktilah selagi ada masa. Kerna esok belum pasti!
0 comments