Pernah Putus Asa, Namun Akhirnya Berat Badan Turun 12kg!
Wednesday, August 24, 2016
Assalamualaikum,
Turun 12kg! Inilah satu kejayaan yang TERBESAR buat Eray. Sebelum ini Eray dah pun putus asa "arrgghh, lantaklah! aku dah tak heran nak kurus...biarlah gemuk".
Hakikatnya Eray sedang menipu diri sendiri.
Siapa yang tak nak kurus? Cuba tanya diri sendiri....mesti korang akan dapat satu jawapan yang ikhlas dari lubuk hati "aku tak nak gemuk".
Cuma korang belum jumpa jalan yang BETUL. Sama macam Eray sebelum ini.
Bukan tak pernah usaha nak turunkan berat. Macam-macam Eray buat, minum air detox, tak makan nasi, tak makan malam, makan buah je. Tapi tak ada satu pun yang betul-betul berkesan.
Hampir semua supplemen kurus Shaklee Eray makan. Tapi tulah, nafsu makan BESAR naga, pantang nampak makanan sedap. Mesti beli.
Silap sendiri juga, dah nama pun SUPPLEMEN. Mana nak menjadi kalau diri sendiri tak jaga makan. Pantang nampak, bedal. Janganlah harap nak turun 12kg, 1kg pun belum tentu tau.
mok-mok kan? |
mak anak 3, tapi rupa macam mak anak 18 |
malu nak bergambo sengsorang, tuh nampak bantal? konon nak kaver |
Ubat kurus? Ish Eray tak berani pulak. Lagilah kalau yang guna tagline "10kg hilang hanya sebulan". Gila ke apa....nak gemuk pun makan tahun. Takkan nak kurus sekelip mata je.
Lagipun gemuk bukan penyakit, habis tu kenapa nak kena makan ubat kan?
Karang kurus tak dapat, kena pula masuk hospital sebab komplikasi ubat kurus. Tak ke naya namanya tu.
Eloklah biar lambat, asalkan SELAMAT. Badan nak pakai lama hoi!
Ok sambung balik cerita macam mana boleh turun 12kg tu.
Masa tu dalam bulan Mac 2016, tengok sorang-sorang kawan yang terlebih berat update status dah turun 1kg. Ada yang 2kg. Tapi memang ramailah juga yang dah turun berat. Macam berjemaah pulak.
Nak tanya dekat wall FB malu. Eray pun PM Kak Laila. Tanya apa yang dia buat.
Nak tahu tak apa?
Rupanya dia join kelas Eat Clean. Eh binatang apa pulak ni....jadi curious pula nak tahu.
Kak Laila kata dia join satu Kelas Whatsapp Eat Clean, dengan cikgu Fatin Ayuni. Tak tunggu-tunggu, Eray terus skodeng FB cikgu tu.
Mak iah, terkejut tengok transformation cikgu. Dari 110kg, dia berjaya turunkan hampir ke 70kg. Korang kiralah sendiri berapa berat dia dah berjaya buang.
Elok pun masa tu dia tengah buka pendaftaran untuk The Booster 11.0 (nama kelas dia). Tak pikir panjang, pejam mata terus daftar dan buat bayaran RM150.
Nak ilmu mana boleh berkira. Tak mahal pun kalau nak banding dengan ilmu yang dia kongsikan tu.
Kelas ini duration untuk 21 hari, apa yang Eray dapat sepanjang tempoh tu:
- paham konsep Eat Clean
- tahu cara nak make over dapur, tukar jadi dapur yang lebih sihat
- tahu cara nak masak 'clean' style
- dah reti pasal portion
- reti juga nak pilih makanan apa kalau makan dekat luar
- resepi-resepi yang 'clean' tapi cukup menyelerakan
Ada banyak lagi, macam tak larat pula nak tulis semua. Bermula dengan 70kg, selepas 21 hari berat Eray berjaya turun ke 68.Xkg (tak ingat).
Eh tak banyak pun? Eray tak kisah pun pasal tak banyak. Tapi bila nampak turun tu, Eray tahu yang badan Eray berikan respon baik dengan diet yang baru ni.
Tak nak turun mendadak. Nanti sekali naik, jadi gajah pulak.
Program ni memang sesuailah untuk orang yang suka makan. Sehari makan 6 kali. Makanan semua sedap-sedap.
Bestkan makan banyak, tapi tetap turun berat.
Bila dah dapat momentum Eray pun teruskan misi 55kg. Teruskan regim 'eat clean' dan disamping tu Eray gabungkan balik dengan supplemen Shaklee.
Almaklumlah, umur dah 34 tahun. Metabolisma pun sendu, berat payah nak turun. Eray ambil Cinch Tea Mix untuk tingkatkan balik metabolisma.
Lecithin wajib makan awal pagi, untuk 'curb' selera naga ni. Herb Lax, Alfalfa dan Vivix pun Eray ambil untuk detox.
Berkilolah jugalah turun lepas buat detox seminggu. Tak silap almost 4kg turun.
Lepas tu berat makin lancar menurun. Tu yang berjaya sampai turun 12kg. Seronok tau.
Sekarang berat Eray tinggal 58kg. Bemula Mac 2016, sekarang Ogos 2016. Kiranya dalam masa 5 bulan berjaya turun 12kg, not bad huh?
masa ni masuk uniqlo semata2 nak test baju, know what? i can to M size |
barulah confident bergambar sorang diri, dah macam nak nyanyi lagu negaraku pulak |
barulah equal, suami dan isteri. kalau tak dulu berat sebelah. hahahaha |
Korang pun boleh kalau sanggup berubah.
Eray paham sangat perasaan PUTUS ASA tu. I've been there. Salah sebenarnya kalau kita give up.
Sebab setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Cuma mungkin tak jumpa je lagi.
Oleh itu, kalau korang pun sedang rasa apa yang Eray pernah rasa...yakinlah masih ada sinar untuk korang.
Tak ada apa yang mustahil. Asalkan kita sanggup nak berubah dan berusaha.
Kalau korang perlukan nasihat atau pandangan, Eray sudi sangat nak kongsi. Jomlah kita kurus dan sihat sama-sama. Korang boleh SMS/WA Eray kat 0167731892.
4 comments
wow...bestnya dpt turun...
ReplyDeletesekarang pon sy dlm proses eat clean...br sminggu detoxkan badan....fuh...harap2 berhasil
wow...hebat ni..
ReplyDeletebestnya kurus mudah nak solat rasa nak main kejar dengan anak laju je
ReplyDeleteWow..tahniah! teruskan usaha..nak turun berat lg ke ni? huhu
ReplyDelete