7 Tips Penjagaan Buah Pinggang Khusus Buat Penghidap Diabetis
Tuesday, August 23, 2016
Assalamulaikum,
Penjagaan buah pinggang adalah amat penting buat pesakit kencing manis. Ini kerana 23% orang yang ada diabetis mengalami masalah sakit buah pinggang kronik.
Oleh itu anda perlu mengambil 'preventive measure' untuk menyelamatkan diri dari komplikasi diabetis yang dasyat ini.
Bayangkan jika kedua-dua buah pinggang rosak? Anda tiada pilihan melainkan dialisis, atau pemindahan buah pinggang. Ngeri jika memikirkannya.
Apakah anda sanggup untuk mencuci darah 3-4 kali seminggu? Menunggu 3-4 jam untuk proses dialisis habis? Atau anda sanggup keluarkan duit RM200 bagi setiap sesi dialisis?
Eray yakin, anda tentu TIDAK MAHU.
Dialisis, sudahlah perit dan ianya adalah rawatan yang MAHAL.
Sebelum ianya berlaku, eloklah anda ambil tahu cara penjagaan buah pinggang ini.
Inu bukanlah satu proses yang mudah! |
1- Dapatkan Nasihat Doktor
Ini adalah langkah yang penting, anda WAJIB berjumpa doktor. Jika anda ada terfikir untuk ambil ubat di farmasi tanpa prescription dari doktor, HENTIKANLAH.
Ia adalah tindakan yang kurang bijak. Doktor akan lihat dahulu tahap kencing manis dan tahap kesihatan buah pinggang anda.
Barulah ubat yang bersesuaian akan diberikan.
2- Kawal Tahap Gula
Mengawal tahap gula adalah cara penjagaan buah pinggang yang BAIK.
Ini kerana ia akan melambatkan penyakit buah pinggang. Selain itu, ia juga akan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Seperti sakit jantung dan stroke.
3- Kawal Tekanan Darah
Ia sama penting dengan mengawal paras gula di dalam darah.
Tanpa kawalan yang baik, buah pinggang akan lebih cepat rosak. Bukan itu sahaja, anda akan lebih terdedah dengan risiko serangan jantung.
4- Semak Ubat Anda
Terdapat jenis ubat kencing manis yang boleh memberikan kesan buruk pada buah pinggang. Oleh itu anda perlu berhati-hati. Pastikan anda 'disclose' semua maklumat kesihatan anda apabila berjumpa doktor.
5- Ubah Cara Pemakanan
Kini anda perlu ubah kepada gaya pemakanan yang lebih sihat. Paling utama, elakkan diri dari pergi atau membeli 'fast food'.
Makanan ini sangat merbahaya buat anda. Ianya tinggi kolestrol dan garam. Buah pinggang lebih mudah mengalami kerosakan.
Anda perlu bijak! Usah ikut nafsu makan.
Pastikan setiap kali makan 1/2 pinggan terdiri dari sayuran hijau, 1/4 nasi atau karbohidrat lain dan 1/2 lagi protein yang ada gemari.
Pilihan lauk pula, ambil masakan yang kurang gula, garam, minyak dan lemak.
Jika anda mampu buat langkah penjagaan buah pinggang ini, Insyaallah anda terselamat dari menjalani dialisis.
6- Lakukan Ujian Air Kencing dan Darah
Ujian ini perlu dilakukan 4 kali setahun. Ini bagi mengesan kemunculan protein dalam air kencing. Ujian darah pula, akan melihat tahap kreatinin.
Hasil ujian inilah yang menentukan tahap mana kesihatan buah pinggang anda.
7- Supplemen
Memandangkan anda masih perlu mengambil ubat kencing manis, seeloknya anda turut mengambil supplemen.
Fungsi supplemen ini adalah untuk mempertingkatkan fungsi dan kesihatan buah pinggang anda. Supplemen khusus buat masalah ini adalah Vivix.
Apabila anda menghidap kencing manis, saraf-saraf badan akan lebih mudah rosak. Bahagian yang paling 'prone' atau sensitif adalah saraf di sekitar buah pinggang.
Inilah sebabnya fungsi buah pinggang anda merosot. Jika tak dikawal, anda lebih mudah terkena penyakit buah pinggang kronik.
Pengambilan Vivix ini akan memulihkan kembali saraf yang telah rosak. Secara tidak langsung, buah pinggang pun dapat berfungsi dengan baik.
Selain itu, ia juga baik bagi mengawal paras gula dan tekanan darah. Ianya satu pakej kawalan kesihatan yang lengkap buat anda. Supaya terus merasa nikmat kesihatan.
Sayangilah buah pinggang yang dikurniakan buat anda. Betul, ianya boleh diganti. Tapi besar manakah peluang anda untuk dapatkan buah pinggang baru?
Menjaga buah pinggang adalah lebih baik sejuta kali, daripada memasukkan nama ke dalam senarai pesakit menunggu buah pinggang baru.
1 comments
http://cahayacinta.com
ReplyDeletekalau sakit susah nak fokus pada kerja nak lagi bila buat perkara yang kita suka..apa setiap dugaan dan ujian ada sebabnya.moga akan sembuh hendaknya.