7 Faktor Kejayaan Memerah Susu Badan!

Monday, October 19, 2015

Terdapat 7 faktor utama yang mempengaruhi kejayaan memerah susu. Berikut adalah faktor-faktor tersebut:


1- Refleksi Ejeksi Susu


Juga dikenali sebagai MER (milk ejection reflex). Ia sangat penting untuk memastikan susu dari dalam payudara dapat dikeluarkan dan diberi kepada bayi.

Rata-rata ibu yang menyusukan atau memerah susu dapat merasa proses MER ini berlaku. Tetapi ada juga ibu yang tak rasa apa-apa ketika MER terjadi.

Antara tanda ibu mengalami MER:

  • Sakit di kawasan abdomen akibat pengecutan rahim berlaku

  • Susu mengalir keluar dari payudara yang sebelah lagi 

  • Terasa suam atau seperti sesemut di bahagian payudara

  • Tampak susu keluar dari celah mulut bayi

  • Ibu terdengar bunyi bayi menelan susu

  • Emosi ibu merasa tenang dan aman

  • Jika ibu memerah susu, dapat dilihat pancutan susu dari puting


MER boleh berlaku kesan dari:

  • penyusuan susu ibu

  • Terdengar ketawa atau tangisan bayi dan juga melihat gambar atau video

  • Aktiviti yang meransang hormon oksitosin, seperti hubungan seks


Tetapi ibu perlu juga ketahui, terdapat juga perkara yang menghalang MER dari berlaku. 

Sudah tentu pengeluaran tidak dapat berlaku dengan baik. Bayi mungkin tak dapat susu yang cukup. Kesan masa panjang pula, kuantiti susu akan semakin berkurang.

Berikut adalah sebab MER terbantut dari berlaku:

  • Tak cukup privasi semasa menyusu atau memerah

  • Ibu stress

  • Ibu merasa letih

  • Emosi tak stabil seperti sedih, marah atau segan

  • Hisapan bayi tidak betuk

  • Ibu ragu dan tak yakin untuk menyusukan

  • Tindakbalas dari ubatan, rokok ataupun alkohol

memerah susu, memerah susu badan, memerah susu ibu, mengepam susu, cara mengepam susu, cara mengepam susu dengan betul, cara memerah susu ibu dengan tangan

2- Waktu Mengepam Susu

Ini juga mempengaruhi kuantiti susu yang diperah. Antara waktu yang paling baik adalah di awal pagi.

Ia diantara pukul 3.00 - 6.00 pagi. Ketika ini penghasilan hormon prolaktin (hormon penghasilan susu) yang tinggi.

Jadi jumlah susu yang berjaya diperah juga lebih banyak berbanding waktu lain.

Kalau ibu belum pernah cuba memerah waktu ini, apa kata mulakan sekarang. Selepas bayi menyusu, bangun sebentar untuk sambung memerah.

3- Keselesaan Ibu

Ibu yang selesa akan lebih berjaya memerah susu. Oleh itu tempat mengepam juga memainkan peranan.

Keselesaan juga berkait dengan perasaan ibu pada masa tersebut. Cari tempat yang selesa supaya proses memerah lebih lancar.

4- Jumlah Susu Ibu Yang Terhasil

Sudah tentu jika lebih banyak susu yang dihasilkan, maka lebih banyak hasil susu yang diperah.

Menambah kekerapan 'direct feeding' dapat menambah penghasilan susu badan.

5- Stress

90% kegagalan ibu memerah susu adalah disebabkan stress. Oleh itu, sebaik mungkin ibu perlu mengawal stress.

Makanan yang mempunyai vitamin B Complex sangat membantu ibu untuk lebih tenang. Kesannya hasil perahan akan bertambah.

6- Kemahiran Ibu

'Practise makes perfect', selalukan kita dengar ini. Ibu yang baru melahirkan anak pertama, mungkin kurang mahir berbanding ibu yang sudah ada 2-3 anak.

Paling penting ibu terus memerah untuk menjadi lebih mahir. Bergaullah dengan ibu-ibu lain supaya dapat belajar tips dan tricks memerah.

7- Tempoh Masa Perahan dan Penyusuan atau Waktu Memerah Sebelumnya


Jika ibu memerah sebaik sahaja menyusukan anak, sudah pasti hasil susu perahan tidak banyak berbanding ibu memerah 2-3 jam selepas menyusukan. Susu yang dihasilkan terkumpul, menjadikan hasil perahan banyak.

Tetapi ibu perlu ingat, mengumpul susu atau menunggu payudara merasa berat hanya akan membuatkan penghasilan susu semakin berkurang untuk jangka masa panjang.

Selain itu, menunggu lama sebelum memerah akan menyebabkan lebih banyak 'foremilk' berbanding 'hindmilk'. Oleh itu, perahlah susu 2-3 jam sekali supaya penghasilan susu yang cukup terjamin.

Faktor kejayaan memerah susu ini sangat membantu ibu untuk 'check and balance' apa yang ibu telah lakukan. Ingat ye, usah sesekali membanding hasil perahan diri sendiri dengan ibu yang lain.

Selain itu, perlu ibu fahami bahawa kuantiti susu yang berjaya di perah bukanlah ukuran tepat susu yang dihasilkan oleh payudara. Tingkatkan MER, supaya ibu berjaya hasilkan susu yang cukup untuk di kecil.

You Might Also Like

7 comments

  1. sejak fully breastfeeding ni,banyak ilmu yang saya carigali untuk menghasilkan susu yang mencukupi untuk bby.,.memang seronok menyusukan anak ni,bagi ibu yang bekerjaya,mengepam susu bagi saya menyeronokkan..walau ada yang kata susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, memang best menyusukan anak. tapi memang banyak cabaran.

      Delete
  2. kalau dapat susukan bayi secara terus amat galakkan tapi kalau dapat perah untuk kerjaya ok juga.katanya jimat rm

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat2. lagipun mengepam kat pejabat ni kire macam waktu rehat lah untuk mak2.

      Delete
  3. banyak juga faktor untuk di ambil kira ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling penting kena paham konsep supply demand, kalau tu paham. Insyaallah settle apa je masalah nak menyusukan anak.

      Delete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube