3 Sebab Saya Suka Penyusuan Lebih 2 Tahun

Thursday, October 01, 2015

Ada yang kata bila anak 2 tahun 'wajib' kena pisah menyusu. Jadi boleh ke penyusuan lebih 2 tahun ni?


Boleh atau tidak. Bergantung pada ibu dan anak. Hukumnya harus dipisahkan kerana anak yang berusia 2 tahun takkan dapat cukup zat semata-mata dari susu ibu. Anak mesti sudah mula makan makanan-makanan lain.

Tapi kalau mahu teruskan juga penyusuan lebih 2 tahun pun tak menjadi kesalahan. Banyak kelebihannya.

Tapi bagi MakDara (MD) ada 3 sebab utama kenapa masih terus menyusukan anak yang ketiga ni. Antara sebabnya:

1- Jalinan Hubungan

Ibu yang menyusukan anak pasti merasa perkara ini. Bila mata bertentang mata, tangan si ibu membelai rambut si anak. Dan anak pula memeluk ibu.

Oh sungguh indah bukan. Bila anak semakin besar, ibu pula makin sibuk dengan urusan rumah dan kerja lain.

Jadi waktu menyusukan adalah waktu paling ideal untuk anak bermanja. Penyusuan lebih 2 tahun, ialah lebih kepada 'comfort nursing'.

Maknanya anak menyusu untuk penuhi keperluan kasih dan sayangnya. Bukan untuk susu ibu itu sendiri.

2- Pelega Segera

Adakala anak tidak sihat, menyusukannya akan membuat ia berasa lebih selesa.

Setuju kan kalau MD kata kedudukan menyusukan anak adalah posisi paling rapat antara ibu dan anak. Bila anak tak sihat, sudah tentulah manjanya pun lebih.

Anak lebih tenang jika diletakkan pada posisi itu. Selain itu, disebabkan selera makan anak mungkin patah ketika sakit. Susu ibulah penyelamat bagi mengelakkan perutnya yang kosong.

Kalau anak merajuk pun, lebih senang memujuk dengan 'nak susu tak?'. Betul tak?

3- Golden Time

Haha waktu emaslah sangat. Jadi ibu mestilah sibuk menguruskan urusan-urusan duniawi.

Bila anak minta menyusu, pada saat itulah 'golden time' datang. Ibu dapat peluang untuk baring dan berehat sambil menyusukan anak.

Dan mungkin juga dapat tidur sekali. Disamping hormon-hormon penyusuan yang dilepaskan membuatkan ibu menjadi lebih tenang. Bila selesai menyusukan anak, terasa emosi lebih stabil dan 'recharged'.

Ibu MD sudah berkali-kali ingatkan pasal pisahkan susu. Memanglah ada rasa macam lebih mudah kalau anak dah tak menyusu.

Tapi 'deep down inside my heart' tak bersedia lagi. Antara momen yang paling disukai, adalah menyusukan anak.

Sebab tu MD tak kisah untuk teruskan penyusuan lebih 2 tahun. Lagipun belum ada tanda-tanda nak hamil semula. Jadi kita nikmati waktu ini selagi ada.






You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube