7 Tips Tambah Susu Tak Cukup, Stress Sedih Anak di NICU!

Sunday, October 18, 2015

Apabila anak yang baru dilahirkan masuk NICU, sudah tentu ibu akan menjadi sedih dan stress. Perkara ini boleh menyebabkan susu tak cukup. Tentu ibu bertambah tertekan.


Ditambah lagi dengan keletihan akibat melahirkan anak. Hormon yang masih tak berfungsi dengan betul. Semua ini akan memburukkan keadaan. Impian ibu mahu berikan sepenuhnya susu badan pada anak serasa seperti berkecai. 

Tak ada harapan!

Sabar ibu-ibu. Insyaallah ada jalan penyelesaian untuk masalah susu tak cukup ini. 

MakDara (MD) pun pernah menghadapi masalah yang sama. Pengalaman anak pertama dimasukkan ke NICU akibat komplikasi kelahiran. 

Tak sempat nak dukung anak lepas dia dilahirkan. Terus ke masuk NICU. Tambah lagi proses kelahiran yang panjang, hampir 12 jam. Memang rasa macam dah nak habis nyawa.

MD harap tips yang bakal dikongsikan ini dapatlah membantu ibu-ibu yang sedang melalui saat-saat sukar ini. Jangan putus asa, harapan masih ada.

7 Tips Tambah Susu Tak Cukup, Stress Sedih Anak di NICU!

susu tak cukup, susu tak keluar, susu tak keluar selepas bersalin, susu tak keluar bila pam, susu badan tak cukup, susu ibu tak cukup, tambah susu badan

1- Bertenang

Ibu perlu bertenang, lagi-lagi apabila diuji begini. Bila tenang barulah ibu boleh berfikir dengan baik. Dan dapat fikirkan tindakan yang dapat dibuat untuk selesai masalah susu tak cukup.

Insyaallah anak sedang dijaga rapi oleh jururawat dan doktor. Fikirkan betapa pentingnya susu yang cukup, supaya anak dapat kuantiti susu yang sepatutnya.

Dan ibu mesti tahukan yang susu ibu adalah 'ubat' untuk anak. Jadi bertenanglah.

2- Minta 'Room In' Dengan Anak

Tanyakan pada pegawai yang bertugas untuk 'room in' atau duduk sekali dengan anak di hospital. Ada hospital yang menyediakan bilik dan kemudahan untuk ibu.

Jika ada kemudahan ini, maka ibu cuba susukan anak 2-3 jam sekali. Dan jika bayi tidur, bangunkan dia untuk menghisap susu.

Tapi tak semua anak yang masuk ke NICU dapat disusukan. Ada yang tak boleh disusukan kerana proses rawatan yang diberikan oleh pihak hospital.

Jika begitu, ibu perlu mengepam dan berikan susu yang dipam kepada hospital.

3- Berikan Kolostrum Ibu

Sewaktu awal kelahiran, ibu selalu keliru dengan susu tak cukup ini. Kadang-kadang bukan tak cukup, tetapi ibu salah faham tentang susu ibu.

Semasa bayi baru dilahirkan 0-7 hari, kebiasaanya susu yang keluar adalah kolostrum. Ia adalah susu awal yang pekat dan berwarna kuning emas. Kuantitinya pula memang sedikit.

Kolostrum susu ibu inilah yang mempunyai 101 khasiat, dan sudah tentu sangat baik untuk anak yang di dalam NICU.

Hanya selepas 7 hari, barulah susu matang akan keluar. Susu ini lebih bersifat susu, berwarna putih dan cair.

Bagi yang tak dapat menyusukan secara terus. Ibu boleh mengepam kolostrum ini dan berikan pada pihak hospital untuk diberikan kepada anak.

4- Mengepam Susu

Jika anak di NICU mengepam susu adalah sangat penting bagi tangani susu tak cukup.

Sebaiknya ibu dapatkan pam yang bergred hospital atau pam yang ada kemudahan 'double pumping'. Kajian menunjukkan mengepam susu secara serentak dapat meningkatkan penghasilan susu.

Jika ibu boleh 'room in' dengan anak, boleh mengepam 10-15 selepas bayi menyusu. Bagi ibu yang tak boleh menyusukan anak kerana anak 'tube feeding' atau tak dapat berada di hospital dengan bayi. Ibu perlu mengepam dengan lebih kerap.

Pam susu sekali diantara 2-3 jam dan ulang. Lebih kurang 8 kali sesi mengepam dalam sehari. Bagi meningkatkan penghasilan susu tak cukup ini, ibu boleh lakukan 'hands on pumping'. Teknik ini terbukti dapat mengandakan susu ibu.

5- Dapatkan Sokongan

Sokongan untuk ibu menyusu sangatlah penting. Tanpa sokongan mungkin ibu akan menyerah kalah dan 'redha' dengan susu formula.

Beritahu pada suami dan mintalah sokongan dia. Banyak yang suami boleh lakukan. Antaranya beri kata semangat, basuh dan sediakan alatan mengepam, urut badan ketika pam susu dan banyak lagi.

Tapi kalau suami pun tak menyokong, ibu jangan mengalah. Cuba hubungi kawan yang juga menyusukan anak. Insyaallah dia akan menyokong anda.

Atau cari kumpulan sokongan penyusuan di dalam Facebook. Insyallah ibu pasti bertambah semangat untuk terus 'fight' susu tak cukup.

6- Pantau Kesihatan Ibu

Ibu yang baru melahirkan 'fragile' dari segi emosi dan fizikal. Oleh itu, janganlah sesekali abaikan kesihatan diri.

Kalau ibu sakit, macam mana dengan anak di NICU? Macam mana anak nak minum susu ibu?

Jaga diri dengan cara makan makanan yang berkhasiat setiap hari. Alih perhatian dari risau dan stress memikirkan anak di dalam wad. Juga minum air yang secukupnya, minimum 2 liter sehari.

Ibu juga boleh mengambil makanan-makanan yang dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Seperti lobak putih, kurma dan sebagainya.

Bagi memastikan ibu kekal sihat dan bertenaga, anda boleh mengambil supplemen. Seperti B- Complex yang dapat membantu ibu mengawal stress. Atau Energizing Soy Protein yang dapat  membekalkan tenaga berpanjangan. Sesuai dengan ibu yang sibuk ulang alik ke hospital menjenguk anak hingga tak sempat nak makan.


7- Berdoa

Berdoalah dan yakin bahawa Dia akan membantu memudahkan yang sulit. Setiap ujian itu adalah untuk mengangkat martabat kita di sisi-Nya.

Mintalah supaya anak sihat dengan cepat dan dapat keluar hospital cepat. Doakan juga supaya air susu ibu dapat menjadi 'ubat'yang menghilangkan kesakitan anak.

Pinta juga supaya susu tak cukup menjadi cukup. Sehingga dapat susukan anak hingga cukup tempoh penyusuan.

Yakinlah, ujian ini pasti berakhir.

Dan anak tercinta akan kembali ke pangkuan ibu.

You Might Also Like

5 comments

  1. masa 1st time dapat baby memang keliru kan tentang pengeluaran susu ni,tapi alhamdulillah,pengalaman mengajar kita..so belajar secukupnya

    ReplyDelete
  2. situasi susu tak cukup bukan perkara baru..cuma galakkan bayi menyusu supaya ada demand terhadap pengeluaran susu..

    p/s >>> Entri terbaik saya : Rahsia BESAR Lubuk Duit Terbongkar

    ReplyDelete
  3. cuba elakkan tekanan tapi kalau ada masalah kitatak bijak nak atasi sukar nak hasilkan susu untuk bayikan

    ReplyDelete
  4. pengalaman saya kalau ada masalah saya tolak tepi kalau pikir saya akan cepat sakit kepala so set dalam minda benda baik bagus dan doa insyallah akan mudahkan

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube