7 Cara Kempiskan Perut Berkesan dan Mudah Elak Lemak Terbonjol, Malu!
Thursday, October 08, 2015Anak dah masuk dua tahun. Tapi perut macam gitu jugak. Ada tak cara kempiskan perut yang berkesan dan mudah.
Yelah dengan nak urus anak-anak lagi. Suami lagi. Mana ada masa nak lumur-lumur dengan kapur dengan limau.
Lagipun, messy!
Mungkinlah 0.001% nak dapat balik perut leper masa anak dara.
Tapi paling kurang.
Bila pakai baju, tak nampak lemak terbonjol keluar. Malu!
Ada pulak kang yang 'spedo' kata mengandung lagi.
7 Cara Kempiskan Perut Mudah dan Berkesan
1- Sedut Otot Perut
Pernah dengar tak pasal ni. MakDara(MD) dapat petua ni lama dah. Tegakkan badan dan sedut otot perut ke dalam.
Ini cara yang paling pantas nak kempiskan perut.
Mula-mula buat mungkin payah juga. Tapi bila dah biasa buat, sambil-sambil masak pun boleh buat.
Tak percaya cuba buat. Kalau tak paham, boleh bodybuilding.com.
2- Jangan Makan Bersulam Air
Ni pun cara kempiskan perut orang lama. Pantang kut orang tua makan bersulam air.
Inilah sebabnya, nak elak perut buncit rupanya.
Makan dulu sampai habis. Baru minum air. Seeloknya, tunggu lepas setengah jam.
3- Say No To Milo
Ataupun minuman manis lainnya. Ada pakar nutrisi kata sebenarnya apa yang membuatkan perut buncit adalah kerana air manis.
Jadi kurangkan minum air manis yang berlebihan.
Satu hari, sekali pun dah cukup.
Kalau haus lagi, minum air kosong. Tanpa kalori.
Tak boleh telan air kosong? Buat 'infused water'.
4- Amalkan 'Infused Water'
Pernah dengar pasal ni?
Air ni sedang jadi trend bagi perempuan yang nak kuruskan badan.
Ada banyak pilihan 'infused water' mengikut keperluan. Kalau nak kempiskan perut, boleh gunakan lemon, timun dan daun pudina.
Cara nak buat? Hiris lemon dan timun (jangan lupa basuh bersih dulu).
Masukkan ke dalam botol air, bubuh juga daun pudina yang dah dicuci.
Lepas itu penuhkan dengan air kosong. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
Esok pagi dan sepanjang hari tu minumlah air 'infused' ni.
5- Minum Cinch Tea
Teh ini diformulasi khas untuk mengurang inci di bahagian badan. Terutama perut.
Bagaimana ia berfungsi? Teh ini akan meningkatkan kandungan metabolisma di dalam badan.
Metabolisma tinggi membuatkan proses makanan bertukar tenaga menjadi lebih baik. Ia juga membakar kalori yang berlebihan di dalam badan.
Kalori yang berlebihan di simpan di dalam badan menjadi lemak. Bagi golongan ibu-ibu biasanya lemak-lemak ni berkumpul di kawasan perut.
Sehingga sampai terbonggol keluar bila pakai baju ke seluar.
Teh ini akan membuatkan lemak terbonggol tak kelihatan lagi.
Cara kempiskan perut ini akan makin berkesan kalau terus buat cara ke 6.
6- Kawal Makan
Kawal, bukan tak boleh makan langsung.
Boleh makan seperti biasa. Cuma kurangkan portion.
Cuba amalkan hanya satu genggam nasi untuk sekali makan. Lauk pula pilih yang kurang minyak. Serta lebihkan sayur dan buah.
Trik nak bagi kenyang cepat, masukkan juga sup ke dalam menu harian.
Tapi mestilah sup yang rendah kalori, macam sup ayam dan sup sayur. Kalau sup gear box tu tak aci ye.
Bila rasa lapar, padahal baru makan je tadi. Jangan terus makan keropok ke biskut ke. Tapi minum dulu air kosong.
Ingat, jangan biarkan nafsu makan mengawal diri. Biar diri kita yang mengawal nafsu makan.
7- Detox
Kereta kalau lama tak servis pun boleh jadi masalah.
Jadi samalah macam perut kita. Bagi memjadikan cara kempiskan perut lebih berjaya. Sebaiknya, detox dulu perut kita.
Mungkin sebelum ni kita ada masalah susah nak membuang. Kalau buang pun tak lawas. Ini pun boleh buat perut buncit.
Cuci usus sebersihnya dengan Herb-Lax. Minum air kosong secukupnya dan ambil 5 biji sebelum tidur.
Esoknya korang akan mengalami lawas yang selawas-lawasnya. Tapi yang best nya, ia takkan buat korang cirit birit.
Hanya amalkan 2 kali seminggu.
Terasa perut kempis lepas detox menggunakan Herb-Lax ni.
Disamping itu, boleh juga amalkan Omega Guard bagi pembakaran lemak yang berkesan di bahagian perut.
Barulah rasa 'best' bila pakai baju takde apa yang berbonggol keluar. Nampak lebih yakin. Dan takdelah lagi orang nak speku kata mengandung lagi.
Nak order Cinch Tea, Herb-Lax dan Omega Guard? WA/SMS 016 773 1892.
Konsultasi dan tips kurus akan diberikan secara PERCUMA.
0 comments