5 Doa Terpilih Elak Anak Malas Belajar Supaya Rajin, Bijak & Cemerlang!

Wednesday, October 07, 2015

Risau hati mak ayah bila anak malas belajar.


Kalau main tak payah suruh. Dialah nombor satu.

Kalau tengok tv santak dari pagi ke petang pun tak apa.

Tapi.

Bila suruh baca buku, mulalah buat peel. Buat-buat letihlah, mengantuklah dan macam-macam hal. Jadi mak ayah ni, kasabaran mesti pada takat tinggi. Kalau tak, mahu jadi kes dera anak.

Tahun depan anak MakDara (MD) masuk darjah satu.

Jadi sebagai persediaan, MD kumpullah segala doa dan tips supaya anak tak malas belajar. Mak mana tak nak anak cemerlang dunia akhirat kan.

Dah terlanjur mengumpul ni, maka MD kongsikanlah buat rakan semua. Mana tahu bermanfaat.

5 Doa Terpilih Elak Anak Malas Belajar


5 doa-doa ini adalah dari ayatul Al-Quran. Tiada doa yang lebih mustajab, melainkan ayat suci Allah.

Pernah MD dengar, permintaan orang yang rajin dan sungguh-sungguh membaca Al-Quran lebih mudah makbul. Berbanding dengan orang yang kuat berdoa, tapi kurang membaca kitab Allah ini.

anak malas belajar, anak malas belajar baca, anak malas baca buku, anak tak nak ke sekolah, tips anak rajin, anak bijak dalam kandungan, anak bijak pandai, doa anak malas, doa anak malas ke sekolah



Doa mak ayah tiada hijab. 

Tapi mesti yakin masa berdoa. Dan harap ia akan dimakbulkan.

Ok, ini 5 doa-doanya yang kita boleh amalkan bersama-sama.

Doa 1


anak malas belajar, anak malas belajar baca, anak malas baca buku, anak tak nak ke sekolah, tips anak rajin, anak bijak dalam kandungan, anak bijak pandai, doa anak malas, doa anak malas ke sekolah 

Doa 2 


Doa 3



Doa 4


Doa 5


anak malas belajar, anak malas belajar baca, anak malas baca buku, anak tak nak ke sekolah, tips anak rajin, anak bijak dalam kandungan, anak bijak pandai, doa anak malas, doa anak malas ke sekolah

Doa tanpa usaha adalah sia-sia. Kalau anak malas belajar, maka dia tetap jadi malas.

Kena ikut hukum Sunnatullah aka hukum alam. Ada usaha, ada doa dan berserah pada-Nya, Insyaallah makbul doa-doa kita semua.

Bukan senang jadi mak ayah. Bukan semata-mata bagi perut kenyang dan hantar anak sekolah.

Mak ayah adalah sekolah pertama anak-anak.

Berikut adalah tips anak jadi rajin, bijak dan cemerlang yang MD kumpul dan boleh diikuti:


1- Beri galakkan pada anak
2- Jangan banding anak-anak, hatta perkara yang kecil macam "Tengok adik tu makan bersih, awak habes bersepah"
3- Gunakan ayat yang baik-baik
4- Kawal anak tengok tv
5- Mak ayah kena korban cerita kesukaan, tak pun tengok bila anak-anak dah tidur
6- Elak mengugut anak, contoh "kalau periksa tak bagus, mak tak beli mainan yang abang nak tu" 
7- Elakkan tinggikan suara dan marah, bertegas takpe
8- Tahan kehendak anak, itu akan buat dia menjadi lebih sabar
9- Sentuh ubun anak-anak dan nyatakan harapan dan nasihat kita padanya ketika dia sedang mamai mahu tidur. Waktu itu 'subconscious mind' sedang diaktifkan
10- Beri makanan yang baik-baik, elakkan fast food. Berikan minyak ikan untuk menjadi cerdik dan bijak.

Selain dari itu, temanlah anak waktu dia belajar. Macam dalam drama-drama tu, buatkan susu panas ke air panas.

Mudahan anak kita cemerlang dunia dan akhirat.


You Might Also Like

3 comments

  1. InsyaAllah jika diamalkan selalu memang akan ada perubahan pada anak-anak...

    ReplyDelete
  2. ini adalah doa terbaik yang wajar sekali kita amalkan..

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  3. saya minta izin kongsikan doa doa tersebut ye :) -jacquelyn-

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube