Kebanyakan ibu takut untuk kuruskan badan masa menyusu. Takut susu badan tak cukup. Hebat bukan pengorbanan seorang ibu. Sanggup korbankan kepentingan diri, demi untuk anak.
Sebenarnya kuruskan badan semasa menyusu adalah sesuatu yang boleh dilakukan. Malah proses untuk kurus boleh jadi lebih cepat. Kenapa pula?
Semasa menyusukan anak sebanyak 300-500 kalori akan digunakan dalam sehari. Ini bersamaan dengan satu jam berzumba. Hebat bukan?
sumber: https://www.today.com/parents/breastfeeding-diet-what-eat-drink-while-youre-breastfeeding-I529521 |
Kerana itulah saya kata nak kuruskan waktu menyusui anak lebih mudah. Tetapi ada syaratnya.
1- Jangan Percaya Mitos Ini
Ibu yang menyusukan anak mesti makan banyak, barulah susu banyak. Ini mitos semata. Usah percaya. Kerana percayakan inilah ramai ibu-ibu terperangkap dalam berat yang terus-terusan naik.
Kalori yang diperlukan oleh ibu menyusu adalah dalam 1500 hingga 1800 kalori. Jika ibu-ibu makan lebih dari jumlah ini, kalori yang terkumpul akan tersimpan menjadi lemak.
Oleh kerana itulah penting bagi ibu menyusu mengawal pengambilan kalori sehari-hari.
2- Makan Secukupnya
Bagaimana? Ikut saja pinggan suku-suku-separuh. Suku pinggan untuk karbohidrat seperti nasi, suku pinggan lagi untuk protein seperti ayam dan separuh untuk sayur dan buah.
Pastikan juga minum air dua liter setiap hari. Jika merasa lapar lagi, makanlah buah-buahan. Ianya lebih selamat.
3- Makan Secara Kerap
Habit makan yang kurang baik mestilah diubah. Elak makan sekali dalam jumlah yang banyak. Tetapi makanlah sedikit dengan kerap.
Ini adalah cadangan waktu makan yang ibu boleh ikuti:
- Sarapan
- Snek Pagi
- Makan Tengah Hari
- Snek Petang
- Makan Malam
- Snek Malam
Diet Eat Clean antara diet yang selamat untuk dilakukan. Ibu boleh kurus tanpa menggangu produksi susu badan.
Selain itu, hadkan pengambilan gula. Air manis sekali sehari sudah cukup, pilih untuk minum di waktu pagi. Kek, kuih dan aiskrim ambil sekali saja seminggu. Gula yang berlebihan adalah punca utama kegemukan tau.
Makanan segera pun sama. Kalau teringin sangat, sekali saja dalam masa seminggu. Makanan segera ini banyak gula dan lemak trans, tak elok untuk kesihatan. Lagipula sebagai ibu, mestilah anda mahu susu badan yang berkualiti untuk si manja.
Apa yang ibu makan, itulah yang anak makan.
Jika ibu berjaya ikuti tiga syarat ini, kuruskan badan masa menyusu boleh dicapai.