5 Tips Kurus Lepas Bersalin, Turun 10kg Tak Sampai 30 Hari
Monday, August 21, 2017
Paling seronok bagi mak-mak yang melahirkan anak adalah kurus lepas bersalin. Betul tak? Kalau boleh lepas habis pantang dah boleh dapat balik berat asal.
Nak tak Eray kongsi tips turunkan 10kg tak sampai 30 hari?
Sekarang Eray sudah 27 hari berpantang. Masih belum dapat berat asal, tapi dah berjaya buang 10kg berat mengandung hari tu.
Tinggal 5kg lagi sebelum dapat berat asal 59kg.
Inilah yang Eray lakukan sepanjang berpantang;
1- Sarapan Di Awal Pagi
Paling lambat Eray akan bersarapan jam 8.00 pagi. Bagi yang nak kurus lepas bersalin, jangan sesekali tinggalkan sarapan.
Eray suka yang simple dan mengeyangkan.
Paling suka makan dua keping roti wholemeal. Kadang-kadang makan dengan sebiji telur, sesudu sos Sesame Soy dan berhelai-helai salad.
Ada masanya juga Eray sapukan roti dengan 'peanut butter' yang sihat. Tiada gula tambahan dan minyak. Jenama yang biasa Eray ambil The Jaw Kisser.
Padankan dengan Cinch Tea panas. No sugar. Wow! Berpeluh-peluh lepas tu.
Cinch Tea bagus untuk tingkatkan metabolisma badan. Bagus untuk pembakaran lemak degil di sekitar perut.
Sesekali teringin manis, Eray masukkan dua sudu besar Vico. Ini tak boleh buat selalu kalau nak kurus cepat tau.
sumber: http://www.myhealthtips.in |
2- Banyak Makan Sayur
Sebenarnya bukan nasi yang mengeyangkan perut. Tapi pengambilan sayur (serat) yang banyak membuat perut kenyang lebih lama.
Nasi ada kalori yang tinggi. Cukup satu mangkuk kecil nasi untuk sekali makan.
Sayuran pula kalorinya sangat rendah. Nak makan satu pinggan penuh sayur pun takpe.
Ibu menyusukan hanya perlukan 1500 hingga 1800 kalori setiap hari. Pengambilan kalori berlebihan, jika tidak ditukarkan kepada tenaga akan menjadi lemak.
Lemak bertambah, maka makin susahkan nak kurus lepas bersalin.
3- Menyusukan Anak
Ada yang tahu, tetapi masih ada juga ibu yang tidak tahu.
Menyusukan anak boleh membakar 200-500 kalori setiap hari. Ini yang paling Eray suka. Keistimewaan ini hanya ada pada ibu yang menyusukan saja tau.
Kalau tak, untuk bakar kalori sebanyak itu ibu perlu berjogging paling kurang selama 30 minit. Susukan si baby bila saja yang dia mahu.
4- Minum Air Banyak
Banyak mana? Eray biasanya akan minum 2-3 liter setiap hari. Minum air kosong sangat membantu bagi menghilangkan rasa lapar yang tidak perlu.
Bayangkan sajalah, baru lepas makan nasi. Tak sampai 2 jam, sudah mula merasa lapar. Ini semua permainan minda.
Minum segelas air untuk hilangkan rasa lapar. Air yang cukup juga bagus bagi melancarkan proses kurus lepas bersalin.
Tapi jangan pula minum sekali banyak. Minum secara kerap dalam kuantiti yang kecil.
5- Konsisten Set Post Natal Shaklee
Eray rasa set ini sangat membantu Eray berpantang dengan baik. Bukan setakat rasa bertenaga sepanjang hari, biarpun terpaksa bangun tengah malam menyusukan.
Stress pun terkawal. Bahaya stress ni tau, ia boleh hasilkan hormon cortisol yang boleh buat berat lambat turun.
Selain itu, set ini ada protein baik tanpa kolestrol iaitu Energizing Soy Protein (ESP). Kalori ESP yang rendah sangat sesuai dijadikan snek pagi atau petang.
3 sudu besar bersamaan dengan hanya 109 kalori. Lagipun ia membuatkan perut kenyang lebih lama. Susu badan pun bertambah pekat.
Omega Guard (OG) di dalam set ini pula bagus untuk membakar lemak secara efektif. Ia juga boleh mengurangkan lemak yang tersimpan di dalam badan.
Kurang lemak, makin cepatlah kurus lepas bersalin.
Mudah saja bukan? Elakkan berlapar semasa berpantang, takut nanti susu badan pula yang terjejas. Kesian baby nanti.
Kat mana nak beli Set Post Natal Shaklee? Boleh terus hubungi;
1 comments
Idaman ke wanita yang selepas bersalin untuk mendapatkan bentuk badan asal kembali.
ReplyDelete