Tips Berpantang Sendiri, Ikhlas Dari Lubuk Hati Mak Anak 4

Monday, August 14, 2017

Beruntung perempuan berpantang ada 'kemewahan' dijaga oleh ibu atau mak sampai 44 hari. 14 hari berteman pun dah kira bersyukur sangat.

Maka mula hari ke 15, Eray mula berpantang sendiri. Masuk hari ni kiranya dah 5 hari.

Mencabar? Huh memang. Paling mencabar to keep my sanity.

Anak yang besar umur 8, 6 & 4. Tengah kencang bergaduh, main, menjerit, menangis & mengadu.

Kena banyak-banyak Istighfar, zikir tak boleh tinggal. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

B-Complex dua biji setiap kali lepas sarapan.

Ada masa mudah nak leraikan isu anak-anak. Ada masa, huh tak jalan.

Jalan paling baik, tinggalkan. Masuk bilik, kunci dan pejam mata.

Tak pun cium si baby tu puas-puas. Baunya nyaman.


 
Tak apalah anak-anak menangis menjerit sekejap. Asalkan ibunya tak naik hantu.

Huish bahaya wei meroyan.

Set pantang yang dipilih pun salah satu faktor kejayaan pantang sendiri ni. Macam yang Eray ambil ni, badan memang segar tak lesu. Walaupun pukul 3.00 pagi dah bangun.

Susu badan pun meriah, nampak dah bulat sikit Sumayya. Takde bengkak susu.

Luka bersalin 7 hari dah baik. Rahim pun dah masuk tempat asal.

Bengkung & stokin memang tak tinggal. Setakat ni kalau keluar rumah pun pergi KK.

Kerja rumah, mana yang sempat buat. Tak sempat, Eray bagitahu suami & dia akan tolong.

Ada baki 24 hari lagi. Lebih kurang 3 minggu. Lepas itu merdeka.

Yehaa.

You Might Also Like

0 comments

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube