mangsa sula menderita
Friday, January 07, 2011punca galian berita: kosmo online
Mangsa sula menderita sakit
KULAIJAYA – Walaupun telah 11 tahun berlalu, mangsa sula, Mohd. Shah Abdul Razak, 23, dari Bandar Tenggara di sini masih menanggung azab kesakitan tanpa ada mana-mana pihak yang tampil untuk membantu membiayai kos perubatannya.
Lebih menyedihkan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebanyak RM70 sebulan pada tahun 1999 itu pun telah dihentikan tanpa sebab pada 2002.
“Saya tidak diberitahu kenapa bantuan itu dihentikan tetapi sebagai ibu, saya sanggup ikat perut demi membiayai kos perubatannya.
“Sejak suami meninggal dunia empat tahun lalu, saya hilang punca kerana saya ada lima orang anak lagi yang masih bersekolah dan perlu ditanggung,” kata Jamilah Daud, 49, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Setiap bulan, kata Jamilah, dia terpaksa mengeluarkan kira-kira RM500 bagi membiayai rawatan Mohd. Shah bagi memulihkan kecederaan pada dubur dan kos membeli beg takungan najis.
--------------------------------------------------------------------------------------------
simpati kepada mangsa, kesan sula bukan hanya pada fizikal, malahan mental. kesian si ibu yang terpaksa bertungkus lumus kerja dan yang lagi membebankan si ayah pula telah meninggal dunia. harap akan ada saluran yang memudahkan orang ramai untuk membantu, e.g bank akaun atau no.hp makcik jamilah.
3 comments
sungguh tak dapat bayangla macamana keseksaan nya..
ReplyDeletekesiannya dia..dh 11 tahun berlalu. kena sula sebab apa ni yer? penderaan ke? tetiba nk tahu sejarah kejadian plak
ReplyDeleteamirah: tuh ar nye...kene sula dr dubur ke tengkok
ReplyDeletelydzar: lame sudah, die kene time budak ngn psychopath mane tah. kesian budak nie.