episod demam sekeluarga

Thursday, January 13, 2011

adusss kami dilanda virus, bersin-bersin no stop, hidung berlari (running nose) :), kepala denyut-denyut, tak boleh nak focus, tekak loya-loya. ku pikirkan adik rayna dh bertamu since cik P pun tak datang menjengah lagi. jadinya mc semalam, keje mc, blog pun mc.

semalam badan rayna suam-suam kuku, just bagi ubat demam cam biase. elok-elok die main dari pagi sampai ke petang. tiba malam menjelma, trus panas. haruslah tuam ngan air sejuk seluruh badan, bagi ubat. tido malam ibu rayna pun tak tenang dek kerana bahang panas badan anakanda. kul 3 pagi tuh kaw-kaw punye panas, so ape lagi ubat bon*** ler jawabnya.

alhamdulillah 1 jam lepas insert badan die jadi sejuk. bila bangun pagi tadi pun still ok, cuma mood die tak berapa nak ok.

tapi sempat lagi die buat kelakar pepagi, macam biase sebelum kuar g opis we all breakfast dulu. so ajakler si kecik tuh dok skali. tak expect lak die nak makan, tetiba terus angkat tangan nak doa. kelam kabut ibu die bagi sandwich roti, tapi mentah-mentah die reject. rupe-rupenye rayna mahukan nasi lemak yang indah berbalut dengan daun pisang. gembira ibu bukan kepalang sebab semalam rayna makan sikit jek. alhamdulillah seleranya dah kembali seperti biasa.

dengan sebab rayna dah ok, so buat keputusan tak jadi amik EL arini. hantar rayna ke mama lela dengan harapan rayna gembira, main, makan ubat, makan nasi banyak-banyak. :)

harap-harap mood rayna kembali berbunga lah petang nie.

You Might Also Like

1 comments

  1. Jom bersama Encik Dave Hills layan HDR kat Cameron Highlands. ^_^

    ReplyDelete

WeLoveSusuIbu On FB

WeLoveSusuIbu Instagram

Nuffnang

WeLoveSusuIbu Youtube