5 Idea Bisnes Untuk Student, Laku Keras
Thursday, April 04, 2019
Masalah duit tak cukup bukan lagi asing dikalangan pelajar universiti. Berniaga inilah salah satu solusinya. Oleh itu, saya nak kongsikan idea-idea bisnes untuk student. Apa yang menarik, bisnes ini laku keras tau.
Nak tahu apakah bisnesnya?
5 Idea Bisnes Untuk Student, Balik Modal dan Untung Cepat
1. Kedai Runcit Mini
Budak-budak kolej ni memang selalu lapar. Tapi selalu juga tak simpan stok makanan. Jadi korang buatlah kedai runcit.
Jual benda-benda yang mereka suka. Contohnya Maggi Cup, Nescafe 3 in1 ataupun roti coklat Gardenia. Korang naikkan sikit harga, untung tu bolehlah buat duit poket. Boleh makan sedap sikitkan?
2. Servis Lipat Kain
Berapa ramai kawan-kawan korang yang suka lipat kain? Hah yang tak suka lipat kain lagi banyak adalah. Inilah peluang korang, sediakan servis lipat kain.
Hebohkan dekat kawan-kawan, pasti berbondong-bondong kain yang datang.
Mungkin korang boleh caj RM0.20 untuk satu helai. Kalau 10 helai dah RM2, kalau 100 helai? Banyakkan?
3. Servis Bersihkan Bilik
Ini ada syaratnya, kalau korang lelaki buat servis kat bilik lelaki je tau. Bilik perempuan? Korang carilah 'business partner'.
Banyak bilik yang bersepah kat kolej tu. Yelah, budak-budak universiti kan sentiasa sibuk...macam-macam program. Inilah peluang untuk korang.
Caj ikut tempoh pembersihan. Kalau ada permintaan unik, contohnya kemaskan almari. Ini korang boleh kenakan caj yang lain.
4. Jadi Runner
Ini idea bisnes untuk student yang ada kenderaan. Atau kalau korang bernasib baik, boleh pinjam motor dari kawan-kawan.
Tak kisahlah runner untuk apa pun. Contohnya belikan makanan, hantar coklat kat pakwe/makwe, pergi photostat buku dan macam-macam lagi.
Caj boleh dikenakan mengikut jarak, kos minyak dan kos lain-lain.
5. Tutor
Kalau korang 'genius' atau 'scorer', inilah peluang terbaik buat korang.
Siapalah yang tak nak A bila peperiksaan kan? Kalau selama ni korang ajar FOC, apa kata mulai hari ini korang caj. Korang dapat duit, kawan-kawan dapat ilmu. Barulah win-win situation.
Orang tua-tua kata, kalau ada kemahuan di situ ada jalannya. Gunakanlah peluang bisnes untuk student ni sebagai melatih diri menjadi orang hebat.
20 lagi idea bisnes untuk student yang korang boleh cuba.
Terima kasih.
0 comments