Letih Masa Mengandung, Ini 5 Cara Natural Mengatasi
Thursday, January 31, 2019
Letih masa mengandung adalah perkara yang biasa. Dan ini sangat tidak menyenangkan.
Aktiviti atau rutin yang senang dilakukan boleh menjadi sangat berat. Contohnya memasak atau mengemas rumah.
Tak larat! Betulkan?
Ini ada 5 cara yang ibu boleh lakukan untuk atasi masalah letih masa mengandung.
sumber: https://www.bundoo.com |
1- Makan Makanan Yang Betul
Ramai ibu-ibu yang masih menganggap bila mengandung boleh makan apa saja. Ini adalah tanggapan yang kurang tepat.
Semasa mengandung sebenarnya adalah masanya ibu mengambil makanan yang betul. Ini akan membantu mengatasi letih semasa sedang hamil.
Dr Weil mencadangkan untuk makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini kaya dengan nutrisi yang bagus untuk ibu hamil.
Kemudian, elakkan makanan segera yang kosong (atau terlalu sedikit) kandungan nutrisinya. Ia langsung tak membantu ibu yang keletihan melampau.
Kurangkan juga pengambilan roti putih, yang mana ia boleh membuatkan ibu bertambah lemah dan mengantuk.
Banyakkan pengambilan protein seperti ayam, daging dan juga telur. Protein adalah makanan yang penting bagi membina sel-sel badan ibu. Bukan itu saja, ia juga penting untuk perkembangan bayi di dalam rahim.
Ya saya faham, ada ibu-ibu yang tidak mampu makan kerana loya. Ada juga yang terus hilang selera, dari suka makan ayam bila mengandung bau ayam pun tak lalu.
Oleh itu, saya mencadangkan ibu mengambil protein dalam bentuk suplemen seperti Energizing Soy Protein (ESP).
ESP ini diperbuat dari kacang soya non-GMO. Soya ini adalah antara protein yang paling baik. 99.9% soya yang dimakan akan diproses dan dicernakan menjadi asid amino.
Asid amino inilah yang diperlukan untuk membentuk sel-sel penting semasa proses perkembangan bayi di dalam rahim. Insyallah bayi yang dilahirkan sihat, sempurna dan comel.
2- Bersenam
Cuba hilangkan letih dengan bersenam. Apabila bersenam kita akan rasa lebih baik. Contohnya ‘brisk walk’.
Ia juga akan membuatkan ibu tidur lebih nyenyak dan mood pun lebih baik.
3- Tidur Cukup
Terimalah kenyataan bahawa anda perlu tidur secukupnya. 8-9 jam setiap malam adalah sangat baik untuk atasi letih semasa mengandung.
‘Power nap’ tidur siang hari selama 15-20 minit juga bagus untuk mengembalikan tenaga.
Jangan sampai terlebih tidur pula. Ia akan membuatkan badan jadi lebih penat.
4- Hadkan Kafein
Ok saja kalau ibu teringin minum kopi, tapi hadkan. Cukup hanya 1 1/2 cawan sehari.
Kafein yang lebih boleh menjadi punca gangguan tidur dan mood.
5- Rehat
Badan si ibu bekerja keras ketika hamil. Anda akan menghasilkan lebih darah, denyutan jantung meningkat dan perlukan lebih banyak air dan nutrisi.
Emosi juga lebih rapuh dikala ini. Oleh itu, ambillah peluang untuk berehat.
Kerja rumah? Anda mintalah bantuan suami atau mungkin anak-anak yang lebih tua. Ingat ye ibu rehat secukupnya.
Letih semasa mengandung boleh menjadi satu cabaran besar untuk ibu-ibu kan? Banyak kerja-kerja yang tertangguh akibat keletihan melampau ni. Nak pergi pejabat untuk rasa azabnya Ya Rabbi.
Saya juga pernah mengalami masalah ini.
Cubalah 5 tips atasi keletihan melampau ni. Insyaallah ada perubahannya.
Oh ya jika anda perlukan suplemen bagi membantu atasi masalah letih masa mengandung ni, ada boleh cuba Set Kehamilan Shaklee
Letih semasa mengandung boleh menjadi satu cabaran besar untuk ibu-ibu kan? Banyak kerja-kerja yang tertangguh akibat keletihan melampau ni. Nak pergi pejabat untuk rasa azabnya Ya Rabbi.
Saya juga pernah mengalami masalah ini.
Cubalah 5 tips atasi keletihan melampau ni. Insyaallah ada perubahannya.
Oh ya jika anda perlukan suplemen bagi membantu atasi masalah letih masa mengandung ni, ada boleh cuba Set Kehamilan Shaklee
Jika anda perlukan konsultasi set mana yang bersesuai, terus saja WA/SMS saya di 0167731892.
Terima kasih.
0 comments