Tips Berpantang Sendiri, Elak Stress Walaupun Kena Jaga Anak-anak Yang Lain
Friday, November 09, 2018
Tips berpantang sendiri yang saya nak kongsikan hari ni sebenarnya adalah dari pengalaman sendiri.
Bukan mudah tau bila terpaksa berpantang sendiri, dalam masa yang sama nak uruskan anak-anak yang sudah bersekolah. Silap-silap boleh mengundang stress.
Jadi ibu-ibu yang berpantang sendiri kena bersedia mental dan fizikal.
1- Pilih Set Berpantang Yang Mudah Diambil
Bila berpantang sendiri masa untuk dimanja berurut bertungku agak terhad. Jadi set berpantang yang mudah diambil sangat membantu.
Seperti Set Berpantang Shaklee, habis saja sarapan boleh terus telan Vita-Lea with Iron Formula, B Complex dan SR Vitamin C.
Penting untuk cukupkan nutrisi di waktu pagi. Barulah badan bertenaga untuk uruskan diri, bayi dan anak-anak lain.
Selain itu Omega Guard dan Ostematrix di dalam Set Pantang Shaklee ini juga penting.
Omega Guard adalah minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3. Manakala Ostematrix mengandungi vitamin D. Kekurangan kedua-dua nutrisi ini boleh menyebabkan risiko meroyan atau ppd.
Ianya penting untuk menjaga paras sistem serotonin. Serotonin inilah yang membantu menstabilkan mood walaupun anda sibuk dengan urusan menjaga diri, menyusukan bayi dan menguruskan anak-anak yang lain.
2- Jangan Paksa Diri
Ya saya faham, ibu-ibu ni kalau boleh mahu semuanya dalam keadaan yang bersih dan teratur.
Tapi apa yang lebih penting itu adalah kesihatan diri. Berilah masa untuk diri sendiri, jangan paksa diri untuk lakukan kerja rumah.
Belajar untuk tutup sebelah mata.
3- Minta Tolong Suami
Beruntunglah kalau anda ada suami yang memang ringan tulang. Tak payah minta tolong, habis bersinar rumah dikemaskan.
Buat yang tak ada suami begini, janganlah sedih. Jangan pula memendam jiwa, ini bahaya tau.
Berkomunikasi dengan suami dan beritahu apa yang dia perlu lakukan, seperti kemas rumah, buangkan sampah, siapkan anak-anak nak ke sekolah dan apa sahajalah. Arahan mesti jelas, barulah suami mudah faham.
4- Ajar Anak Lebih Berdikari
Sebenarnya waktu berpantang sendiri adalah waktu yang baik untuk mengajar anak yang lebih besar untuk berdikari.
Beritahu mereka untuk basuh pinggan lepas makan, kemaskan bilik, mandikan adik-adik atau apa saja yang bersesuaian dengan umur mereka.
Walaupun anak baru dua tahun, anda boleh berikan arahan mudah. Seperti ambilkan lampin bayi atau buangkan lampin kotor dalam tong sampah.
5- Luahkan Jangan Pendam
Akan ada hari, atau waktu dimana apa yang anda rancang tak menjadi. Contohnya bayi asyik nak menyusu atau merengek sepanjang hari. Pasti stress bukan?
Luahkan apa yang anda rasa. Cari orang yang anda percaya dan selesa. Mungkin ibu anda sendiri, kawan baik atau suami. Ini akan mengurangkan rasa stress.
Atau;
Mahu dapatkan diskaun 20% dan ‘cash back’? WA/SMS saya Eray Majid di 0167731892.
3 comments
satu tip yang sangat menarik..kerana berdasarkan pengalaman sebenar..
ReplyDeletesy xdpt byg kn jenis suami pemalas apatah lg time isteri tgh berpantang... allahu jauhkanlah suami mcm ni
ReplyDeleteBukan mudah berpantang sendiri sebab saya pernah lalui bersama isteri. Pada masa ketiadaan isteri dengan baby yang baru lahir berulang alik ke hospital kerana Jaundice. Saya menguruskan anak-anak dirumah.
ReplyDelete